Friday, June 21, 2013

Baju Raya Project

Korang dah tempah baju raya baru. Buka almari.. wah, dah penuh almari aku rupanya... ish, baju ni dah sempit... yang ni bukannya aku pakai lagi dah... opps, corak ni dah tak up to date la. Tuppp, tutup almari balik.Daripada biar je baju-baju tu "melepak" dalam almari sampai reput, apa kata korang dermakannya melalui Baju Raya Project?



Ikhlas I doakan, semoga penaung dan warga kerja yang menggerakkan projek ni mendapat pahala yang berlipat kali ganda dari Allah. Korang tau tak kat luar sana, ramai yang tak mampu nak beli baju raya? Sekolah mak I pernah buat program sebegini beberapa tahun lepas. Instead of terus menderma, mereka buat jualan amal. Baju yang kainnya mahal-mahal dijual dengan harga tersangatlah rendah. Murid-murid yang tak berapa mampu ni punyalah seronok dapat beli baju raya yang cantik dengan harga sangat murah. Mahal lagi baju T kat kedai.

Bila kita dekatkan diri dengan mereka yang kurang mampu, kita jadi insaf. Kita tak sangka masih ada orang yang tak mampu bermimpi untuk beli baju baru. My mom taught us well. Dia sendiri datang dari keluarga miskin. Mungkin sebab tu kami diajar untuk bersederhana dari kecil.

I think this is going to be a big project. Baru keluar kat FB, dah ramai sangat nak ingin membantu. Setakat ni mereka hanya tetapkan beberapa masjid di kawasan KL/Selangor sahaja untuk proses penyerahan baju-baju tersebut. Kebetulan I akan balik ke Seremban pada 13 & 14 Julai. Alang-alang balik, ada juga tanya sedara-sedara samada ada baju nak didermakan atau tak.

Kadang-kala kita tak sempat nak turun padang untuk jumpa golongan yang kurang mampu ni. Memanglah seeloknya kita pergi bagi sendiri tapi kalau dah kurang masa, bagus juga bila ada pihak yang organize benda-benda macam ni kan?

Bulan puasa pun dah dekat. Jom kita derma baju raya!

0 scribble(s):

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.