Thursday, June 13, 2013

Apabila Ahmad Idham persoalkan waktu tayangan filem ketika Maghrib

Apabila Ahmad Idham membidas tokei-tokei panggung wayang di Malaysia kerana mengadakan slot tayangan ketika waktu Maghrib, I tertarik untuk baca apa yang dia marah sangat tu. Katanya, tokei-tokei ini tidak menghormati waktu Maghrib, mereka tau waktu tu adalah waktu solat yang singkat tapi tetap mengadakan slot tayangan. Pendek kata, tokei-tokei ini tidak peka walaupun kita tinggal di Negara Islam.

Sebagai bekas kaki wayang (dan kini tengok wayang bila sempat saja), I rasa perkara ni takde isu besar. Tidak perlu salahkan tokei-tokei tu. Nama pun tokei. Semestinya mereka nak mengaut untung sebanyak mungkin. Selagi boleh tambah slot, mereka buat la. Usually, filem yang ditayangkan waktu Maghrib tu adalah filem-filem dari luar negara.

Semuanya perlu bermula dari mereka yang nak pergi tengok wayang tu. Setiap filem selalunya ada 5-6 slot setiap hari. Kalau rasa malas nak keluar sekejap untuk solat Maghrib, pilih la slot yang lain. Takde hal pun kan? Yang buat hal nya, bila suka sangat pergi tengok wayang time Maghrib tapi tak reti-reti nak keluar sekejap untuk pergi solat. Setakat 10 minit tu, bukannya korang terlepas banyak pun.

Setakat ni pernah juga la beberapa kali I dapat slot Maghrib. Meaning slot start waktu hujung Asar dan habis around Isyak. Ni kalau teringin sangat nak tengok nak tiket banyak dah habis. Ok, kita tengok la juga. Tapi keluar sekejap. Kalau camni, selalunya I pergi tengok kat Pavilion sebab GSC dan surau berada di level yang sama.

Yang pentingnya diri kita sendiri. Mungkin tokei wayang tu tak peka. So kita sebagai umat Islam, kena peka la tentang solat ni. Macam tak betul pula nak salahkan tokei wayang semata-mata. Bagaimana dengan stesen TV yang menyiarkan drama Melayu pada waktu Maghrib?

3 scribble(s):

Irfa said...

sy pun kaki wayang jugak hehe
tp pilih tygan lepas magrib ;)
sbb x nak anak2 tgk mak ayah abaikan solat

maisy said...

Sokong Ahmad Idham..satu je yg perasan..he brave to raise this issue..either tokei nak layan ke tidak..ikut suke lah..

TV and wayang berbeza..wayang kalo dah masuk,susah benar penonton nak kluar..mmg berape kerat je yg kluar gi solat...

Kenapa tak rest kejap slot wayang tu utk maghrib..20 mins ke kosongkan slot...bukan lama sgt pun..even waktu maghrib tu pun mmg dah sah2 tak elok kluar mlm..ni lagi pulak tgk wayang,terus skip solat...

Bagus,lagi ramai yg berani mcm ni..makin ramai yg concern pasal Agama...

Liz said...

kak Irfa> yups, ada banyak slot tayangan. eloklah pilih yang memudahkan kita.

Maisya> yes, he's brave which is good. semuanya bermula pada diri sendiri. Sebenarnya tak susah nak keluar dari wayang untuk pergi solat. Sama juga kalau kita keluar sekejap untuk membuang air. Cuma orang je yang rasa susah.

Kalau rasa susah, pilih slot lain.

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.