Monday, May 06, 2013

Voted...


Berhati-hati sungguh petugas SPR mencalit dakwat kekal di jari. Terima kasih sangat. Bukan apa, ada sesetengah petugas "janji calit" je sampai habis bersememeh. Ada yang calit sampai penuh satu ruas jari. Kesian je tengok empunya jari. Btw, si pencalit di jari I ialah seorang lelaki. Terima kasih la bang.

I taknak discuss tentang keputusan pilihanraya. Yang menang, sila jalankan tugas anda dengan sebaiknya. Yang kalah, tidak bermakna anda kalah terus. Yang memegang tampuk pimpinan negara, jangan terlalu leka. Memang kamu boleh terus mentadbir negara tetapi lihat saja jumlah kerusi Parlimen yang telah dimenangi pihak lagi satu. Bertambah dari tahun 2008. Lihat juga "kebangkitan" mereka di beberapa kerusi yang tidak dijangka. Itu sesuatu yang perlu difikirkan.

Lepas mengundi semalam, kami 5 beranak + 1 cucu terus ke Jusco. Sebenarnya nak pergi beli sarapan tapi banyak kedai kat TTJ tutup. So pakat nak gi Giant, bersarapan di sana. Sekali terlajak ke Jusco gara-gara nak redeem shower gel di The Body Shop. Shutter kat Jusco pun tak buka lagi! Tepat 10 pagi, terus ke The Body Shop.

"Ye, ada apa-apa yang saya boleh bantu?" tanya salesgirl. Kami tunjuk jari kami dan dia terlopong. "Eh, kejap.. kejap... tak siap lagiiiii!!!!" kata salesgirl (lelaki) itu. Kelakar giler!


Kawan I kata, muka nampak mature. Iyo lah, nama pun dah 3 series. Kira ok la daripada orang kata muka macam budak sekolah. Tapi tudung agak senget. Haiya!

Pastu papa baik hati pula nak belanja kami makan steamboat. Bersarapan steamboat lah kami pagi tu.



Budak kecik ni tak sekolah hari ni sebab tadika dia kat Selangor. Nasib baik taska pulak kat KL. So dia boleh duduk kat taska sepanjang hari. I pulak kena bekerja. Agak boring sebab di kawasan ni dah macam pecah 2 : KL & Selangor. So ikut pada registration address masing-masing. Macam my office, alamat KL. Bank yang selang satu blok kat my office, alamat Selangor. Boleh dikatakan rata-rata office kat sini, guna alamat Selangor. Jadi memang sunyi sepi tempat ni.

Kat mana I kerja? Di kawasan yang dimenangi oleh Rafizi Ramli :p

0 scribble(s):

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.