Wednesday, May 15, 2013

Untuk esok

Asal Teacher's Day, I buntu.. hehe... kali ni nak bawa apa ke sekolah? At first, puas fikir 2 menu untuk 2 sekolah. Tapi semalam dapat sms from kindy. Katanya esok takde afternoon session. Semua kena hadiri morning session tapi esok start lewat. Pukul 9 pagi hingga 12 tengah hari.

Fikir-fikir, sudahnya rasanya esok Tisya tak pergi kindy la sebab takde sape nak hantar dia pukul 9 pagi. Lagipun esok tak belajar. Jadi tiada rasa guilty dalam hati I sebagai seorang umi. Kalau bab sekolah, I memang taknak dia ponteng melainkan dia sakit. Kalau setakat benda kecil, silakan ke sekolah. Sekolah tu penting walaupun hanya tadika. Dari kecil macam ni la kita kena ajar dia suka pergi sekolah. That is just my opinion.

So esok dia duduk taska je la. Cuma I tetap kena fikirkan juadah untuk dibawa sempena Teacher's Day. Isk, nak bawa apa ye? Tiap-tiap tahun menghantar makanan untuk Teacher's Day dan Hari Raya, I sampai dah kekeringan idea.

Tolongggg!!!

0 scribble(s):

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.