Tuesday, May 14, 2013

Tayangan perdana "Sofia The First : Once Upon A Princess"

Dah lama tak bawa anak pergi tengok wayang. Dah banyak kali dia ajak, sejak bulan 2 kot tapi sebab ada je halangan (kerja, sakit, outstation), maka makan popcorn kat rumah saja lah! Jadi bila Sophia send invitation to watch "Sofia The First : Once Upon A Princess", I cepat-cepat RSVP. Now tiada alasan untuk keluar dengan keluarga. Tayangan selama sejam ini merupakan tayangan perdana sempena kemunculan TV series "Sofia The First" yang akan mula bersiaran tahun ini.


Sampai kat GSC ngam-ngam pukul 11 pagi. Kitorang tak familiar sangat dengan The Gardens. Awal-awal dah minta hubby park kereta di The Gardens. Tapi dia park kat Mid Valley. Ok lagi la. Sampai sana pukul 10.30 pagi. Pastu leh "tersesat" kat The Gardens. Pukul 11 pagi baru sampai. Terus mendaftar, ambil goodie bag dan minuman yang disediakan. Aik, minuman je ke? Hehe, rupa-rupanya popcorn dah diletak awal-awal di setiap seat.

Twin seat yang selesa. Nasib baik ada bawa sepupu dia.
Kalau tak, duduk la kamu sorang-sorang kat situ. Hehe

Malu nak bergambar sebab ramai orang tengok.


Hadiah paling best dalam goodie bag : Amulet ala-ala
Magic Amulet of Avalor yang dipakai oleh Sofia

Selama ni kita disajikan dengan kisah Disney Princess yang telah meningkat dewasa. Yang menariknya, "Sofia The First" meneritakan kisah si puteri kecil bernama Sofia. Dia dilahirkan sebagai kanak-kanak dari golongan rakyat. Kemudian ibunya berkahwin dengan raja. Maka bermulalah kisahnya sebagai seorang puteri yang cuba mempelajari cara hidup sebagai seorang puteri raja.





Untuk yang ingin menonton "Sofia The First : Once Upon A Princess", bolehlah menontonnya pada :

Tarikh : 19 May 2013
Waktu : 11 pagi
Saluran : Disney Channel (ASTRO Channel 615)

Tarikh : 27 May 2013
Waktu : 1 tengah hari
Saluran : Disney Junior (ASTRO Channel 613)

Siri televisyen "Sofia The First" pula akan menyusul pada Julai 2013.

2 scribble(s):

nieda said...

Bdk2 pasti suka cerita ni. Humaira nampak je iklan ni kt tv terus ckp bila cerita princess ni? Dah stand by rekod utk hari ahad ni, takut lupa. Hehe

Liz said...

Nieda> Cerita pasal princess, memag la budak2 perempuan suka. Kita yang besar ni pun suka tgk

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.