Thursday, May 16, 2013

Selamat Hari Guru

Hello... Selamat Hari Guru untuk semua guru di Malaysia. Teringat masa sekolah dulu. Bila Hari Guru, dah macam pesta sebab tak perlu masuk kelas. Semua sibuk di dewan sebab nak meraikan guru-guru yang telah berjasa kepada semua. Ada nasyid, drama, sajak, syair... meriah!

Right now, Tisya tengah menyambut Hari Guru di tadika. Yups, kata semalam tak payah pergi tadika kan? Tapi abi nya dah minta kebenaran untuk masuk kerja lewat. So dia pergi hantar anak. I pulak bangun pukul 5 pagi, masakkan mee goreng dan potong buah tembikai untuk dihantar ke nursery. Kesian pulak kalau makanan tak cukup kat nursery.

Pagi tadi diorang melepak kat office I sekejap. Desk yang pada mulanya neat and tidy telah bersepah dalam sekelip mata. Adoi, semua benda Tisya nak usik. Siap baring kat carpet sambil main dengan stapler. I pura-pura tak nampak sebab taknak marah dia.

Harapnya teachers dia suka dengan hadiah yang kami pilih. Instead of beri hadiah kepada semua teachers yang mengajar di situ, kami beri hadiah kepada class teachers sahaja. Lagipun, sambutan Hari Guru ni bergabung dengan sesi pagi. Jadi memang tak tau berapa ramai teacher kesemuanya.


Sekadar yang termampu. Alhamdulillah.


Ni gambar fresh pagi tadi (from their FB). Masa ni Tisya kat office I lagi. Apa lagi, minah tu kelam kabut nak pergi sekolah. Siap pesan kat I, "Umi tolong kemaskan sepah-sepah ni ye".

2 scribble(s):

nieda said...

profession guru sangat mulia. Selamat Hari guru kepada semua guru2

Liz said...

Nieda> betul tu

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.