Thursday, May 30, 2013

Lakesight Soft Launch

Bila tengok filem mat salleh yang ada scene outdoor wedding, rasa sweet je. Romantic habis kan? Outdoor wedding kat Malaysia? Berpeluh-peluh rasanya. Tapi sekarang pun dah ramai yang pilih untuk adakan outdoor event. Eventhough sometimes cuaca boleh menjadi penghalang, ia tidak menjadi halangan utama kerana dengan perancangan yang rapi, outdoor event bakal memberi keselesaan kepada tetamu yang datang. Dengan kawasan yang terbuka, sekurang-kurangnya tidaklah rasa sesak bila semua tetamu ditempatkan dalam sebuah bilik yang tertutup. Lebih-lebih lagi jika tetamu yang dijemput itu ramai.

Sabtu lepas, kami sekeluarga menghadiri Lakesight Soft Launch di Lakesight, Kelana Jaya. Dear Sydney, thanks for the invitation. Selepas pulang dari Yadah Birthday Party, kami pulang ke rumah untuk bersiap dan terus gerak ke Kelana Jaya.

Kami sampai tepat pada jam 5.30 petang. I was expecting the place already full with guests and their crazy hats but we’re the first to arrive.They were still setting up the place so we took our time to snap a few photos by the lake. Cantik juga tasik kat situ.


Pretty balloons from Belle de Balloon Artist


I disapa oleh Sydney and she apologized for the delay. Auwww, such a sweet lady. Beberapa kali dia berbual dengan kami dan pastikan kami selesa di sana.


Ada photographer bertanya samada kami mahu gambar kami diambil. Why not? Then, he asked whether we want them to print it out for FREE. For free? Of course!!! Hasilnya….

Gambar sebenar lebih cantik. Ni scanned copy je

Hahaha, tak sia-sia kami memakai warna sedondon!

Antara booth yang ada pada hari itu..



The event started with The Mad Hatter Tea Time. Food was limited but very yummy and pretty! Rasa sayang nak makan. I suka bila makanan tak banyak sebab tak pening kepala nak fikir nak makan yang mana satu :p

Fruit tarts

Marshmallows

Sweet cupcakes

Fancy cookies - Ni paling sayang nak makan!

Sementara menunggu product launch and dinner time, halwa telinga kami disajikan dengan live performance. Sedap suaranya! Terasa macam dalam Hollywood scene di mana kami berada dalam pub sambil dipersembahkan dengan lagu-lagu berentak perlahan.


Oh, did I tell you that we can have a free manicure by Posh! Nail Spa?

Awesome!!! Batrisyia yang pernah mencuba di Kidzania pun tak melepaskan peluang ni.


The product launch was delayed. Masih ramai tetamu yang belum sampai. Katanya ada yang sesat jalan dan ada yang terperangkap dalam kesesakan lalu lintas. So kita makan dulu.


Jadi, apa yang ditawarkan oleh Lakesight dan di mana tempatnya?

Lakesight terletak di Plaza Kelana Jaya di mana ia menyediakan tempat atau ruang untuk sesiapa sahaja yang ingin mengadakan majlis berskala kecil dan sederhana. Just say it… birthday party, registration of marriage, private function, corporate function, even pet party! Seperti namanya, Lakesight terletak berhadapan tasik. So yes, the view is nice kalau nak buat outdoor event. Di Lakesight, indoor venue ada menyediakan ruang untuk bersantai yang dilengkapi dengan 50" TV, bilik karaoke dan Xbox. Sesuai untuk birthday party. Outdoor venue pula lebih sesuai kalau melibatkan jemputan yang ramai dan inginkan suasana yang lebih romantik. Pakej yang ditawarkan bermula daripada RM500. Mereka juga menawarkan khidmat sebagai perancang majlis.

Antara yang ditawarkan

Ruang bersantai. Deco akan disesuaikan dengan tema majlis.

Photos  from Lakesight FB

Kepada mereka yang masih tercari-cari venue yang sesuai untuk organize apa-apa event, boleh la masukkan Lakesight sebagai salah satu lokasi pilihan anda.

0 scribble(s):

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.