Thursday, May 02, 2013

Hari Pekerja yang extra special

Hellooo.... no, today is not Monday! Sindrom cuti umum di hari bekerja kadang-kadang buat otak kita anggap begitu, betul tak? Mungkin sebab tu rasa liat nak bangun pagi tadi.

Semalam sudah menjadi sejarah. Sejarah sebab hubby bekerja di Hari Pekerja, lantas 2 tiket wayang "hangus" begitu sahaja sedangkan tarikh ber-dating telah ditetapkan seawal 3 minggu lepas. Huh, merajuk nie. Dengan selambanya dia boleh jawab, "Takpe, kita tengok wayang lain kali". Amboi amboi amboi.

Maka I membawa diri dengan anak. Ala, bukan pergi jauh pun. Pergi beli barang rumah je. Keluar dari rumah pun dah nak tengah hari tapi alhamdulillah, cuaca menyebelahi kami dua beranak. Panas sangat pun tak best kan?



Kesayangan!

Jusco super sesak dengan orang ramai. Maklumlah, wallet masing-masing penuh dengan duit gaji. Ramai yang menolak troli penuh dengan muatan. First time tau keluar berdua dengan Batrisyia. Nasib baik dia mendengar kata. Seronok window shopping dan mencuba pakaian. Memang hajat nak jalan-jalan dulu. Bila dia dah penat, baru kita pergi beli barang. Tercari-cari juga hadiah untuk her teachers tapi tak jumpa lagi yang berkenan.

Sebelum balik, dia minta ice cream. Ingatkan nak beli 1 tub untuk dibawa pulang. Sekali dia taknak. Dia kata, dia nampak sorang budak dalam troli makan ice cream dalam mangkuk. Nak tau ice cream apa?



Bertuah sikit sebab Batrisyia pakai baju kaler pink. It's Pink Wednesday at Baskin Robbin. Share dua orang. Dia still batuk sikit-sikit. So bila suap tu, I suap sikit je. Yang makan banyak adalah uminya. Lagipun, Batrisyia lagi sukakan waffle tu. Kesian dia. Baru sihat sikit. Muka pun cengkung je.

Sampai rumah, dia sibuk nak bergambar pulak. Minah ni memang pantang nampak kamera. Why not! Lagipun semalam extra special kerana...


What took you so long?



Pose haremmm kerana last minute budak kecik ni boleh jerit
"Umi, turun bawah sikit. Tinggi sangat la!"

Besar maknanya bila berat mencapai 50kg kerana...



Masa 56.2kg, BMI adalah 24.3. Masih normal tapi dah menghampiri ke BMI untuk overweight (25). Now BMI dah menurun ke 21.6. Alhamdulillah. See, I dah cakap. Eventhough berat dah jadi 50kg, I taklah nampak kurus mana pun. Lagipun, tujuan utama turunkan berat badan bukanlah kerana nak kurus tapi nak buang lemak-lemak yang jahat itu.

5 scribble(s):

animkechik said...

ho ho ho...

nanti aku kejar pelan2.

jgn lupe bwk blk buku kevin, nk try praktik..

CIK NANA said...

Congrats Liz!!
:)
Nana berat 76 kg. hehe.
-pitam-
nak kena kurangkan lagi and target 65 ja. pelan2.

Liz said...

Anim> ingat aku. sms jumaat malam. ada je buku tu kat rak.

Nana> hehe, baru balik dari meng-komen di blog nana. masuk2 sini je, ada komen nana pulak. tau2 je. Good Luck awak. Takpe. Biar perlahan tapi lepas tu maintain daripada turun cepat tapi lepas tu naik semula.

-makcik anon..keh..keh...- said...

WoW!!


congrats ... :)

Liz said...

Makcik Anon> hehe.. akhirnya setelah sebulan lebih berat tu statik je. menyampah.

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.