Monday, May 06, 2013

Baju mampu milik

I tidak terlalu memilih bila sampai bab pakaian. Yang berjenama ke, yang mahal ke.. tak la sampai pilih macam tu. Kalau dah berkenan, yang kat pasar malam pun I tak kesah. Cuma ada beberapa perkara yang I akan pastikan sebelum beli :

1. Material tak jarang
Ni kira perkara teratas yang perlu dipastikan because I don't like wearing inner shirt. Dah la Malaysia ni iklim Khatulistiwa. Kalau 4 seasons, tak la kisah sangat. Tapi bila cuaca panas, inner shirt membuatkan I tak selesa. Kalau tak pakai, jadi free show la pulak. Memang ada orang yang tak kisah bila nampak bayang-bayang tapi apa guna tutup aurat tapi masih nampak yang bayang-bayang tu.

2. Tak tebal, tak panas
Sangatlah diperlukan bila hendak dipakai oleh saya yang terpaksa ke hulu hilir ni. Kalau tak, kepanasan!

3. Warna
Warna sweet, ceria... not gloomy dan yang pasti, masih tak suka hijau. Dunno laa, tak boleh masuk!

4. Harga mampu milik
Wah, bukan rumah je mampu milik. Baju pun kena mampu milik ye. Secara jujur, baju atas RM100 adalah mahal bagi I. Banyak lagi benda I boleh beli tau. Lebih-lebih lagi bila dah ada anak nie. Tapi banyak baju yang I berkenan harganya mesti lebih RM100. Jadi apa yang I buat, kita tunggu price slash. Tunggu sale dan beli waktu tu. Dapatlah murah sikit. Heheheh.

Tangan gatal nak beli satu baju ni. Dulu dah nampak tapi harga atas RM100. Now ada sale pulak. Murah sikit la. Dah 2 kali pergi dan pegang tapi tak terbeli. Tak tau kenapa. Sekarang, asyik terbayang je. Macam mana nie?

Rasanya kena beli la. Takut tak boleh tidur. Lagipun, minggu ni nak pergi tengok wayang. Hahaha, alasan baik punya!

3 scribble(s):

Tuan Juhaida said...

hehe kalau dah 2x pegi tengok tu mesti dah bkenan sgt tu ,baik beli kan kempunan lak hehe.sekali sekala rewards diri sendiri

Fiza Rahman said...

Beli jer ☺☺

Liz said...

Tuan Juhaida> hihihihi.... tgh fikir2 lagi nie.

Fiza> aihhhh, tak tau la. macam nak beli tapi macam taknak pulak

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.