Friday, May 31, 2013

Alkisah.... 4 hari lagi

Blog lain dah mula cerita persiapan raya. Hehe.. I tidak lagi sebab masih ada 4 hari lagi nak ganti puasa. Selalunya I akan ganti waktu hujung minggu sebab taknak terlalu letih. Hari bekerja ni kadang-kadang perit tekak dibuatnya. Ye la, kalau bulan Ramadhan, boss pun kurangkan kerja luar sebab tau kita penat. Tapi kalau bukan bulan puasa, dia bukannya tau kita tengah ganti puasa pun.

Tapi baju raya dah tempah dah. Itu diaaa.... masa balik Seremban aritu, tiba-tiba mama ajak pergi cari kain. Pastu tiba-tiba mama sponsor. Tapi tahun ni I pilih 2 helai je sebab rasa macam dah banyak pula baju kurung baru tahun nie. Masa adik I kahwin aritu, dah tambah 3 helai. Wardrobe pun dah macam tak muat je. Nak kena beli wardrobe baru kot :p

Kitorang bab baju kurung, tak la pilih yang gemerlapan dan mahal. Senang keluar dgn mama sebab kitorang target kain 4 meter mesti harga paling mahal RM50. Paling mahal ye. So bila korang kata kain baju raya korang harga RM100, RM200... I terbeliak bijik mata sikit. Mesti cun giler. Selalu pergi beli banyak, baru boleh kautim harga murah sikit. Ko senyum-senyum, putar ayat, rembat 10 helai.. dapatlah murah. Tapi kain RM50 pun cantik juga. Tu pun syukur kan? Ada orang tak mampu nak beli baju.

So baju I dah setel. Tinggal nak bayar kat tailor je. Tailor kat Seremban murah. RM30 sepasang. Tak dapat harga upah macam tu kat KL nie. Bulan depan dah boleh start cari baju untuk anak pulak.




0 scribble(s):

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.