Tuesday, April 16, 2013

When life is unfair

*Entry sedikit emo. Maafkan saya*

Bohong kalau I cakap yang I tak kecewa setiap kali dengar berita orang lain pregnant. Urm, kalau berita biasa.. I ok lagi. Tapi kalau ibu yang pregnant tu jenis lasak, tak reti duduk diam dan aktif… ia akan buat I terfikir.

Life is unfair to me!

Macam mana dia yang lasak dan aktif tu boleh pregnant dan sihat sedangkan I yang limit kan pergerakan masa pregnant boleh keguguran? Memang rasa unfair sangat lah. Tapi kemudian, cepat-cepat beristigfar. Setiap yang berlaku mesti ada hikmahnya kan?

Cuma ada sesetengah orang yang kurang faham. Bila orang tengok anak I yang sorang, dah besar pulak tu.. mesti akan terkeluar soalan “Bila nak tambah lagi?”. Me dengan senyum dan muka terkulat-kulat akan jawab, “Belum ada rezeki” atau “Tengoklah nanti” atau baru-baru ni I ada jawab, “Kalau boleh beli anak kat kedai, sekarang juga saya pergi beli”. Kalau dah jawapan camtu, bermakna I dah BOSAN!

Tapi nak salahkan mereka pun tak boleh kerana mereka bukan tahu apa yang telah berlaku. Takkan I nak cakap, “Saya dah 2 kali keguguran. Bukan taknak tambah anak”. Nanti orang tu pulak serba salah. Tak ke? Mengeluarkan statement tentang my previous miscarriages seolah-olah meminta rasa kasihan daripada mereka.

I hate when people touch my tummy! Ni jarang dibuat oleh rakan sebaya. Orang yang lebih tua yang suka buat macam tu. Sambil sentuh perut I sambil tanya bila nak pregnant lagi. Ada sekali tu siap macam di tonyoh-tonyohnya perut I. Sejak dari tu, I akan berdiri jauh sedikit daripada mereka. Takut tertepis tangan pula.

Kenapa bila takde anak, orang tanya bila nak ada anak? Bila dah ada anak satu, orang tanya bila nak tambah anak lagi? Bila semuanya lelaki, ditanya bila nak dapat perempuan. Begitulah sebaliknya. Some people are too concern, don’t you think?

Soalan-soalan itu seringkali dilemparkan kepada perempuan/isteri. Kenapa tak tanya lelaki/suami? Macam mana eh kalau ada makcik tanya seorang suami “Bila nak mengandungkan isteri kamu tu?”. Kahkahkah…. Very rude! Come on, kalau pergi LPPKN pun, perkara pertama yang mereka akan buat ialah Sperm Analysis. Itu dia…. Betapa pentingnya peranan lelaki.

I’m not saying suami I bermasalah. No, we have nothing to prove. Dah ada anak pun. Dia pun dah berjaya pregnant kan I sebanyak 3 kali. Hihihi. Cuma ada sebab kenapa Allah tu tarik balik rezeki kecil tu. So we take it as suratan takdir dari Allah yang Maha Esa. Hidup ni kena redha kerana Allah sahaja yang Maha Mengetahui.


Hmmm, nak raya ni... bersedialah nak buat muka terkulat-kulat lagi :p

12 scribble(s):

Fiza Rahman said...

Betul lah liz, pasal anak jer suma nak tye org pompuan. Cer tanya org lelaki plak kan.

In shaa allah...aku doakan ko smoga cepat dpt baby. DIA adalah perancang yang terbaik.

Kita diuji dgn cara yg berbeza kan.

Syigim said...

haha cute ayat last tu. :) betul, u have nothing to prove! Allah knows best!

my sis duorg pun xde ape2 lg n guess what - ade sorg makcik yg siap kasi X-tips lg, position mane yg effective n so on---eh, cammon la makcik!

camne pulak kalo yg tanya "eh, ade ape2 ke?" smabil tunjuk perut? hey, perut ku buncit sgt ke! haha :P

Faizah said...

aku anak 2 pn org dh tny bila nak 3. mulut org mmg tak letih

-makcik anon..keh..keh...- said...

wOw!... We have so much in common...
Bab anak ni.. i pun selalu fikir macam u jugak...scenario sekelilingnya exactly the same mcm semua yg u tulis tu... tapi sekurang-kurangnya u dah ada anak sorang...tp i masih mencuba..
ada satu time tu rasa putus asa dan rasa stresss sangat2...rasa benci pada semua org...
even now and then perasaan putus asa, marah , sedih, benci keep on coming.. yes.. Istighfar saja yg mampu i lakukan buat masa ini... and cuba divert perasaan negative tu kpd benda lain... serupa macam nak lari dari kenyataan laa..
apa lagi boleh buat..

p/s: actually tak sangka kita sedikit serupa..character..minat dll.. kalau dulu masa mmu kita berkawan...boleh jadi kawan baikkah? ;p .. dulu u nampak pendiam & inside ur circle only... hehehe....(err,i pun sama kot..haha...)

Liz said...

Fiza> Jarang sangat nak tanya lelaki kan? Sebab tu agaknya laki aku tak faham kenapa aku emo. Hihihi.

Thanks for your doa. Betul. Sebab tu bila ada ujian menimpa, kita nampak orang lain macam takde masalah.. kita kena ingat. Mungkin orang lain takde masalah macam kita tapi dia juga ada masalah lain yang tidak kurang beratnya.

Kak Syigim> ahaks, betul ni kak. Tengah practice nak buat muka toye. Wah, jangan la saya terjumpa makcik yang bagi X-tips. Tak tau nak lari mana. Hahaha..

Faizah> Nanti bila anak dah kahwin, mesti ada soalan baru, "Bila nak timang cucu?" Pfft!

Makcik Anon> first, nak bagitau. I TERSEDAK ROTI bila baca you tulis "MMU". What??? Amboiii, sorok identity ke? Siapakah kamu? Hehehe.."pendiam & inside ur circle" tu memang betul la. I tak sombong tapi pemalu. Cuma bila dengan geng sendiri, barulah terserlah ke pot pet -an diri itu. Kat blog nampak peramah tapi kalau jumpa kat luar, korang mesti fikir dalam mulutku ada emas. Hahaha... Saya pemalu.

Perasaaan kecewa orang yang tak dapat anak langsung dan perasaan kecewa orang yang dah ada anak seorang tapi tak dapat tambah anak itu SANGAT BERBEZA KAN? Tapi sekurang-kurangnya kita berkongsi secebis perasaan yang sama. It's true bila perasaan tu datang dan pergi berulang kali. I sendiri pernah berair mata bila anak keep on asking me, "Bila Tisya nak dapat adik?". Tak tau nak jawab apa. Sampaikan dia kata biar dia makan banyak2, nanti perut dia besar, pastu boleh keluar baby. Begitu desperate nye dia nak ada adik :(

hey, kamu budak IT ke? :p

maisy said...


ko ni..ok dah tu ada Tisya...as a human..just keep trying...and be ignorance as u can..kekdg org ni,nak beramah mesra dgn kita tp tak tau nk ckp apa..then ckp pasal anak....

Try pati delima gulsan ,mane tau lekat..work for me..di samping mkn ubat kuat rahim..ye lah eventho tak preggy pon..just standby dulu...

Lain org lain bodynya..jgn putus asa and jgn stress.. :)

Liz said...

maisya> selalunya aku buat derk je tapi kdg2 terasa juga.

-makcik anon..keh..keh...- said...

yup... IT .... haha...biarlah rahsia...
Tapi, I enjoy reading ur blog...
Keep on writing...ya!
Biarlah kita berkawan di alam siber sahaja... saya pun pemalu...hehe..

Liz said...

makcik anon> siapa ni eh? tapi kat MMU tu, masing2 mmg ada geng sendiri. usually lepak dengan bebudak rumah je kan?

-makcik anon..keh..keh...- said...

Of course...tu la maksud 'Inside ur circle only' ..haha.. :)
tuh nak kira laa tuh bape rumah yg ada sekumpulan dak IT ... haha..
Anyway..Good Luck! :)

Tapi ada je rumah-rumah yang bercampur dan geng sesama sendiri..
As far as i know.. rumah kami x berapa geng ngan rumah liz..jauh kot?..

But.. as an IT student, kita semua masih berkawan dan bertegur sapa bila berjumpa...lagi2 ada yang sama kelas kan...

izzah azfar said...

salam kak liz,

zah ikuti cerita akak dah lama :)

kalau dekat rasa nak peluk.

sabarlah ye.

zah cuma nak kongsikan bahawa..org yg sabar itu ada hikmah sbnrnya.

macam adik zah sendiri, kahwin dekat 2 tahun dah..zah sbg kak long mmg lah teruja nak dapat anak saudara, tp zah dan ibu lebih bersikap...takpe mereka masih muda...

nak jadikan rezeki, adik ipar zah pregnant twin...sedangkan kedua belah pihak kami takdepun twin :)

see...Allah tu adilkan?
tunggu lama tp dapat dua terus...

btw, sangat berdebar nak dapat anak saudara.

apapun semoga akak dan suami terus kuat, mulut org mcm tulah..

zah dah kena, dulu lambat dapat anak kena,bila anak rapat-rapat pun mereka pandang mcm hampeh..apapun anak rezeki :)

insyaAllah.

hugs akak ketat2.

Liz said...

makcik anon> takpe... biarlah identitimu menjadi misteri. Hahaha...

Izzah> thanks for your thought. hihih. mulut orang kita boleh buat ignore je. mulut anak? hahaha... kena pressure dengan anak sendiri

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.