Thursday, April 11, 2013

Tema biru pilihan hati

Sambungan dari Part 2.

The next day, majlis belah kami pula. Kali ni kami sepakat buat kat dewan sebab taknak rumah berkecah. Nanti penat nak kemas. Majlis ni memang serba serbi outsource kecuali goodies for children and VIP. Catering from Syazs Catering Taman Tuanku Jaafar. Mak andam dan pelamin pula dari salah satu butik pengantin di Senawang.

Pukul 8 pagi dah ada kat dewan sebab orang catering nak masuk. Masa tu juga kami punggah goodies untuk tetamu dan I siapkan guestbook table. Guestbook table simple je sebab memang tak dan nak hias apa-apa.

Bahulu perisa Cappucino dari Bahulu Classiq

Lollipops yang di sponsor makcik

Chocolates untuk tetamu cilik


Bahagian depan sengaja dibiarkan kosong, memberi ruang kepada tetamu untuk menulis. Instead of using book, we printed out the guestbook layout using A4 paper. So ramai tetamu boleh menulis dalam satu masa. Tak perlu tertunggu-tunggu. Lepas tu tinggal jadikan buku je.



Bila dah setel, terus balik ke rumah semula untuk bersiap. Semua orang bersiap awal pada pagi tu sebab nak kena ada kat dewan by 11am. Bila kami sampai dewan, dah ada tetamu yang sampai.




Ni semua geng motor adik. Adik I aktif dengan 2 kumpulan. CBR dan Kyukyu. Ni geng CBR. Mereka sampai awal sebab mereka nak menghadiri satu lagi majlis perkahwinan di Kuala Lipis pula selepas tu. Menjelang tengah hari, semakin ramai tetamu yang hadir. Kami pun tak sempat nak jenguk dalam dewan kerana tak menang tangan menyambut tetamu di pintu masuk. Nasib baik Syazs Catering dah pakar dalam kerja mereka. Hal-hal dalam dewan, semuanya mereka selesaikan.

Walkway yang belum dipasang red carpet

Centerpiece setiap meja. Hasil kerja pihak catering dan sayalah tu! :p

Fondant cake dari pihak catering. Butter cake tu memang sedap!

Elok je pengantin sampai, hujan renyai-renyai turun. Apa lagi, tak main dah berarak perlahan. Jalan laju sikit. Bunga manggar yang kami cucuk pada malam sebelumnya tu pun tak sempat ikut berarak. Elok je dibiarkan di pintu pagar dewan.



Bacaan doa oleh sepupu kami; Haji Amzari bin Jaafar

Ramai puji pelamin cantik. Oleh kerana buat kat dewan, platform pun panjang. Ni pun tak dapat capture gambar penuh. Bila pengantin dah masuk dewan, kami pun sempat la bergambar kat luar tu. Dari tadi bagi goodies, tak menang tangan.


Ni sepupu juga. Family yang sponsor lollipops tu. Hihihi. Nanti bila dia kahwin, kami semua wajib tolong sebab family dia dah banyak tolong kami dalam 3 majlis perkahwinan. Bukan setakat tolong dari segi kudrat tapi sponsor macam-macam. Terharu rasanya.

Alhamdulillah, lauk pauk dari pihak catering pun sedap. Lauk kat meja beradab dengarnya sedap juga. I sempat pandang kepala udang je la. Mak aiii, besar! See for yourself (hint : kat pinggan adik)


Di luar, kami masih sibuk mem promote kawan-kawan adik untuk tulis kat guestbook. Benda ni kira masih baru dalam majlis perkahwinan orang Melayu di Malaysia. So ramai juga yang malu-malu nak mendekati meja tu.


Majlis berakhir pada jam 4 petang. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Now it's time to...
Merampas takhta di pelamin

Gambar satu family tak ada pulak untuk di share sebab hanya OP je yang ambil gambar kami.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang menjayakan majlis kami. Terima kasih juga kepada semua tetamu yang hadir. Sampai kita bertemu lagi di majlis perkahwinan selepas ni. (entah bila la ye Encik Muhammad Irfan).

6 scribble(s):

Fiza Rahman said...

Wah...gang superbike ☺☺.

Liz said...

Fiza> Aah, memang minat dia sejak dulu. Tu pun sibuk nak beli Ninja. Erkkk

eynda said...

Cantik kek kaler biru :-)

Liz said...

eynda> terima kasih kak :)

ernyassmien said...

mak long liz! erny nak tulis wish dekat guest book. tapi orang ramai sangat. tak dapt nak tulis. so so sad la aunty :(

Liz said...

Erny> ye ke? ingatkan awak ada tulis sebab kalau tak silap, kakak awak ada tulis. takpe la, tunggu next wedding pulak.

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.