Wednesday, April 03, 2013

Situasi mak-mak


Kihkihkih. Yang ada anak je memahami situasi ni. Gambar terakhir tu mmg betul la. Kalau dah penat sangat, dah rasa malas nak kemas.

I pernah dengar satu panggilan telefon di Sinar FM. Makcik ni, I rasa umur dia dah 50-an atau 60-an la. Dia kata, dulu dia rajin kemas rumah tapi orang lain kat rumah tu rajin juga buat sepah termasuklah suami dia. Sampai anak besar, situasi tetap macam tu. Sudahnya dia buat announcement kat rumah ni, "Mulai sekarang, mak dah taknak kemas. Apa nak jadi, rumah nak tunggang terbalik ke, buat la apa korang suka". Dia tekad tak kemas rumah walaupun dia sendiri rimas tengok rumah yang bersepah. Hahaha, kelakar makcik ni.

I pernah juga buat camtu. Dah penat giler mengemas waktu siang. Malam tu sepah balik. Lepas I kemas, esok tu sepah balik. Masuk hari ketiga, I buat announcement. Lepas tu terus masuk tidur. Pagi tu, wahhh... rumah dah tak sepah.

Tapi sekali tu je la I buat. Sekarang guna pendekatan lain. Siapa yang buat sepah, dia kena kemas. Sape yang bawa balik barang dan simpan berbulan-bulan kat rumah tu (tanpa diusik), I buang. Senang cerita.

Minggu depan nak check barang-barang lama kat bilik kosong tu. I dah tak tau nak buat apa dengan storage box baju-baju lama Batrisyia dan barang-barang mainan dia. Barang mainan tu ingat nak derma je. Korang tau tak kat mana I boleh hantar? Baju pulak, sayang rasanya nak let go tapi nak buat apa simpan lama-lama. Silap-silap, baju boleh jadi buruk. Sebab tu baju-baju Batrisyia memang akan digunakan sampai dah tak muat dan lusuh. Pendek kata, pakai sampai tamat tempoh.

Ehem, parlimen dah bubar. Dah tau nak pangkah mana? :)

2 scribble(s):

:: Cik Viva :: said...

hehehe..dah kemas2 bersepah balik..sian kat mak2..

Liz said...

Cik Viva> ingatlah kita masa kecik2 dulu. hahaha

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.