Wednesday, April 17, 2013

Selepas 100 hari


Wah, tak sangka I seberat 56.2kg 100 hari lepas.

Ok, I tak pernah menangis gara-gara berat badan. Hehehe, cuma tension bila scale tu seolah-olah cuba sabotaj program pembuangan berat badanku. Di kala lagi 1kg nak dapat target pertengahan jalan (50kg), angka tu taknak turun-turun pulak dah. Berat paling rendah direkodkan setakat dalam program ni ialah 50.5kg. Pastu dia naikkkk balik pegi 51kg. Nak kena aktifkan diri semula nampaknya. Honestly, I dah lama tak jogging.


It takes 7 weeks for my husband to notice.. yeay! 

4kg lagi untuk dibuang. Bear in mind bahawa mereka yang mempunyai berat badan yang berlebihan akan lebih cepat membakar kalori berbanding mereka yang mempunyai berat badan lite-lite je. Let say si A (wanita, 50kg) dan B (wanita, 80kg) sama-sama ikuti JomFit dan sama-sama bersungguh-sungguh ikut setiap gerakan dalam masa 3 jam itu. By end of session si B akan lebih membakar kalori berbanding si A. Sebab tu I tak pernah volunteer for Suunto Challenge di JomFit sebab gerenti I tak dapat bakar banyak kalori macam orang lain. Huhuhu, redha je la ye. Mungkin sebab berat dah turun banyak, jadi pembakaran kalori pun menjadi perlahan. Ditambah pula dah kurang aktif berbanding dulu.

Ada akak kat office ni tanya I. Kenapa bersungguh nak turun berat sampai sanggup exercise? Dia tegur sebab I dah kurus sikit dan muka nampak cengkung. Urm, I rasa exercise tu bagus.. bukan untuk turun berat badan je tapi untuk kesihatan juga, betul tak? Lagipun, I bukan jenis yang kurus. Kalau berat tu turun pun, I tetap nampak curvy and I'm loving it.

For some people, they get annoying bila tau orang tu exercise beriye dan kira kalori yang diambil setiap hari. Especially bab kira kalori tu la. Hihihi. Let it be. Kita hanya perlu remind diri sendiri. Kita buat semua tu untuk kesihatan badan. Kalau kita jatuh sakit akibat tidak menjaga pemakanan, mereka yang selama ni annoying dengan kita bukannya akan jaga kita pun masa tu. Macam I pernah beritahu dulu, buat pekak telinga dengan komen-komen negatif yang tidak membina. You know your body better.. you know what you're doing.




Nota : Untuk mereka yang request I share apa yang I makan, I akan buat entry khas tentang tu ye. Nak kena karang elok-elok sikit. Gimme me some time, ok?

2 scribble(s):

Ila said...

dah pas 44 hari ni tp berat liat jer...huhuhu.kena ikut cara awak ni

Liz said...

Ila> time berpantang la paling senang nak turun berat kan? Saya ni tgh cuba nak dapat balik berat selepas pantang.. hehe.. 47kg. bestnya kalau dapat breastfeed baby. senang nak burn calories

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.