Tuesday, April 09, 2013

Selamat Pengantin Baru adikku

Mari lekas langsaikan hutang cerita nie :)

Akhirnya, adik I kahwin juga. Anak lelaki pertama dalam keluarga, dia bertemu dengan jodoh dengan Norasikin yang tinggal dalam satu negeri tapi bukan orang negeri. Hikhik, I bagi tau ni bukan apa… asal duduk negeri Sembilan, terus kena chop orang negeri. Padahal dia asalnya Perak. Gambar dari OP belum siap lagi kot. So kita guna gambar yang ada je la.

Mereka dinikahkan pada 22 March yang lalu. Lepas solat Jumaat, kami gerak dari TTJ. Tak dapat nak sampai sana pukul 3 petang sebab diorang balik dari solat Jumaat pun dah nak pukul 2.30 petang. Muka adik I? Rileks je. Pelik betul budak nie. Takde rupa nervous langsung. Tapi mama kata, dalam hati dia siapa yang tahu. Ye tak ye juga kan?


Imam petang tu memang fuhhhh, panjangnya khutbah! Hahaha, buat semua orang nervous aje. Berpeluh-peluh semua orang tunggu. Pastu dia tanya soalan. Nasib baik tak susah sangat. So akhirnya mereka berjabat tangan dan akad dilafazkan. Dengan sekali lafaz, Nazdri dan Norasikin sah menjadi suami isteri. Alhamdulillah.



Lepas selamat ijabkabul, panjang lagi imam memberi nasihat. Memang bagus betul la. Lepas tu cepat-cepat suruh sarung cincin.

Gambar ni ambil kat rumah. Tu yang terang sikit.
 Cincin belum letak lagi masa ni.


 Selamat Pengantin Baru buat Nazdri dan Norasikin.



Nak interframe.. Pengantin lama dengan anak nan seorang.

Opps, muka berpeluh-peluh :p

2 scribble(s):

Syigim said...

i love weddings! macho la adik! hihi. may Allah bless the couple with everlasting happiness :)

Liz said...

kak syigim> me too. thanks kak. insya Allah

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.