Thursday, April 04, 2013

Saya dah besar

Last night, Batrisyia minta tidur di side yang I selalu tidur. Minah ni lasak so memang tak bagi dia tidur kat tepi sekali. Baru-baru ni dia bergolek sampai jatuh katil. Kuikuikui. Kesiaaannnn.

Tapi malam tadi, dia cakap dia dah besar. Dia boleh tidur kat situ. So I bagi je la. Sesekali terbangun juga sebab risau dia ke tepi sangat. Tapi nampak ok. Sampai ke subuh dia tak jatuh katil pun. Alamatnya I kena tukar tempat la.

Dia sekarang suka guna ayat, "Tisya dah besar" bila I tak bagi dia buat sesuatu. Ni penangan iklan Calciyum Max la ni. Yang bestnya, dia dah mampu lipat SEMUA pakaian dia. Kalau sebelum ni, tolong sikit-sikit je. Pastu lari. Sekarang, dah 3 kali dia lipat baju dia sendiri.

Tapi ye la, lipat pun tak la cantik sangat. I biarkan je. Lepas tu suruh dia letak dalam bilik. Bila dia dah tidur, I akan lipat semula baju-baju tu. Saja nak tanamkan keyakinan dalam diri dia yang dia boleh lipat baju sendiri.

Terima kasih sebab tolong umi

0 scribble(s):

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.