Friday, April 19, 2013

Her own bedroom

Sejak dari baby, Batrisyia tidur sebilik dengan kami. Kami sedang berkira-kira nak pisahkan tempat tidur. Rumah ada 3 bilik tapi semuanya nak tidur kat bilik yang sama. Eh, kami berdua memang la kena tidur di bilik yang sama. Batrisyia ni je nak kena pindah bilik.

Bila tanya dia, kejap ok.. kejap tak ok. Masa cousins dia datang minggu lepas, cousins dia tidur berdua. Saja suruh Batrisyia tidur sama-sama. Ok je. Tapi entah pukul berapa, dia menangis cari kami. Tapi pandai pulak dia masuk bilik.

Dah beberapa kali juga kami biarkan dia tidur sorang-sorang. Selalunya kamilah yang kena beralih ke bilik sebelah. Kadang-kadang dia lena sampai ke pagi. Kalau tak tu, tengah malam nanti dia bangun dan pindah ke katil kami.

Batrisyia ni jenis tak boleh dipaksa. Bila sampai masa, dia sendiri akan buat. Potty training, dia sendiri juga yang beriya. Seminggu je potty training, terus excel. No diaper at night time? Dia sendiri juga yang buat arahan veto untuk tidak dipakai CD waktu tidur malam.

Now, dia dah kata dia nak tidur di bilik sendiri. Mak excited! Tapiiiiii, ada tapinya.... Ni syarat-syarat yang dia kenakan:

1. Nak dinding kaler pink.
2. Nak langsir gambar Disney Princess.
3. Nak cadar Hello Kitty.
4. Nak lampu Barbie.
5. Nak selimut Mickey Mouse.
6. Nak sarung bantal Minnie Mouse.

Tak dapat bayang!

Tengah mencari-cari idea untuk decorate bilik dia. Bagi dia semangat nak tidur kat bilik sendiri. Tengok hasil kreativiti ibu-ibu lain di Project Junior, ter kagum sekejap. Rajinnya!

5 scribble(s):

Fazahra said...

hahaha..pandai dia bg syarat ye..okla tu letak smua character yg dia nak so xdela dia feel lonely..ada princess, hello kitty, barbie, mickey & minnie teman tidur :)

Tuan Juhaida said...

wah byk syarat haha...tp kena cuba penuhi sebagi galakan utk dia tidur dibiliknya sendiri

Syigim said...

alololooo terbyg si comel kecik batrisyia tu tido sorang2...bagus jgk dia dah ade idea nk make her room feel comfortable :) good luck mummy ber-deco2! mesti fun punya!

Dd said...

I'm excited too nak decorate my boys room. Budak sekrang semua benda dia nak pilih sendiri.

Liz said...

Fazahra> hihihi. Tapi bila semua ada, macam dah takde hala tuju pulak. Tapi layankan je.

Tuan Juhaida> betul. salah satu tips untuk galakkan anak tidur di bilik sendiri ialah libatkan dia dengan pemilihan barangan di tempat tidur.

kak Syigim> hahaha. tak tau la dia camne. cakap je lebih. entah2 sampai masa, lari masuk bilik kami juga.

Dd> kanak-kanak zaman sekarang ada pendapat mereka sendiri. kita dulu ikut je apa yang parents kita sediakan. betul tak?

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.