Friday, April 26, 2013

GE13

Satu minggu lagi nak balik ke kampung halaman untuk mengundi. Ada beberapa hari lagi untuk decide nak undi siapa. Opps, wait... sudah ada calon yang berkenan di dalam hati. Shhh...

Meriah betul poster dan bendera di KL dan Selangor ni. Dengar cerita kat TTJ pun meriah juga. Can't wait to be there. Lain macam rasanya bila berada di tempat sendiri nanti. Di FB pun meriah. Ada yang kita boleh agak dia sokong siapa hanya melalui fakta dan auta yang disampaikan. Kat FB ni jaga-jaga sikit. Kalau kita nak share sesuatu, pastikan perkara tu satu fakta dan dari sumber yang boleh dipercayai (seperti video Nurul Izzah dan Nong Chik di dewan parlimen, tu dah kira fakta tu sebab takkan diorang berlakon pulak. Ye tak?), bukannya setakat chart yang mengandungi sesuatu yang belum tentu betul. Tapi kalau dah sah betul, tak salah nak share.

Share pun janganlah sampai menggunakan bahasa yang kesat dan tidak sedap didengar. Kita pun bukan politician, nak cakap berapi. Tunjukkan apa yang korang rasa tu di kertas undi nanti. Pangkah calon dan parti yang berkenan.

Yang penting, jangan hanya dengar dari sebelah pihak. Internet di hujung jari. Carilah berita dari sumber yang lain juga tapi jangan diterima semuanya bulat-bulat. Tapis dan ambil yang betul sahaja. Macam mana nak tau mana yang betul? Itulah gunanya research.

Ini pendapat I sahaja. Sorry la kalau tak sependapat. Biasa la, lain orang lain pemikiran. Cuma sedih bila tengok "perang status yang keterlaluan" di FB. Caci maki ni bukan cara kita. Betul tak?

Ini kalilah? We'll see.

0 scribble(s):

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.