Tuesday, April 23, 2013

Emosi di hari Isnin

Emosi agak terganggu hari nie. Jika diikutkan hati, mau saja duduk di rumah tapi tuntutan kerja memerlukan I berada di office. Kerana tu ada update di FB pagi tadi. Komen dari kawan sekolah rendah membuatkan I tersentap. Tetapi komen kedua dari kawan uni membuatkan I tersenyum. 2 orang kawan yang sebaya tetapi berlainan jantina dan berlainan cara pemikiran.

I rasa kawan sekolah rendah tidak mempunyai maksud apa-apa. Cuma emosi mak yang terkenangkan anak membuatkan I tak setuju. Mana boleh kita label si ibu bapa yang terpaksa keluar bekerja eventhough si anak tengah sakit itu sebagai ibu bapa yang tidak mendahulukan anak. Kadang kala kita perlu berfikiran waras. Kalau setakat sakit biasa, tak salah jika bergilir-gilir dengan suami untuk ambil cuti jaga anak. Cuma bila sampai ke tahap “life threatening situation” dan memerlukan penjagaan rapi 24 jam, mungkin boleh consider untuk berhenti kerja. Sekali lagi, I bukan tidak mendahulukan anak kerana I bekerja pun untuk masa depan anak.

Dipendekkan cerita, kami dah terjah ER semalam kerana suhu badan Batrisyia dah cecah 40 degrees dan taknak turun. Batuk pun agak teruk. Kami pulang dari hospital dengan 2 botol ubat. Paling tak puas hati dengan cara doctor tu rawat Batrisyia tapi I malas nak panjangkan cerita.

Lepas pukul 12 malam tadi, kami semua tak tidur lena. Batrisyia muntah kahak pada jam 1.30 pagi, 2.15 pagi, 3.00 pagi dan 5.30 pagi. Dia sendiri kejutkan kami, minta hantar dia ke bilik air. Kahak keluar dengan air yang dia minum setiap kali selepas muntah sebelumnya. Keluar kahak berlendir tapi mujur bukan jenis hijau. Pukul 5.30 pagi, dia muntah sambil menangis. Kuat dia pegang tangan I. I pun dah nak nangis sama. Rasa helpless sangat bila dua-dua menyangkung kat lantai bilik air.

Hubby decided to take a leave. On the way hantar I ke tempat kerja, dia muntah lagi. I dah tak keruan tapi bila memikirkan hubby akan bawa dia jumpa doctor sekali lagi, I tidak mahu risau tidak bersebab. She’s in a good hand! Hubby bawa dia ke hospital yang sama dan salurkan rasa terkilan (dengan khidmat doctor semalam) itu kepada doctor yang merawat Batrisyia hari ni. Darah diambil untuk memastikan tiada jangkitan kuman. Doktor cuma minta kerap beri Batrisyia makan. Tak perlu makan yang berat-berat. Takpe beri makanan ringan macam biskut dan roti dan takpe jika dia makan dalam kuantiti sedikit.

Esok, semestinya kami perlu bekerja. Batrisyia pun dah rindukan tadika dia. Harapnya dia cepat sembuh.

4 scribble(s):

CIK NANA said...

Faham sgt yr situation babe. Sabar ye. Dilema ibu bekerja. Pls kerajaan sediakan nursery at each of pejabat.. we really need it.

Liz said...

Nana> Thanks Nana. Mari sama-sama kuatkan diri untuk anak-anak. Sufi macam mana?

CIK NANA said...

Sufi Alhamdulillah. He's recovering. :) Hope tisya will recover soon. :)

Liz said...

nana> insya Allah

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.