Thursday, April 25, 2013

Bila anak sakit, cerita di blog ni tentang dia sajalah

-Entry khas untuk keluarga di Seremban dan mereka yang mengambil berat-

Terima kasih kepada kamu yang bertanyakan status kesihatan Batrisyia. I can’t remember kali terakhir dia demam teruk macam ni. Probably 2 years ago? Rasanya la kot sebab masa tu dia pucat, kuku jadi biru dan tengah malam terus bawa dia ke ER. Dah seminggu dia demam tapi kesihatan dia masih tidak memberansangkan. Selesema dah kurang, masih batuk tapi tidak muntah kahak lagi. Demam je yang buat kami risau. Dalam satu masa, dia boleh nampak macam nak sihat tapi tiba-tiba je suhu dia akan naik tinggi.

Contohnya macam semalam. Nampak ok waktu pagi. Bila I call taska waktu tengah hari, mereka kata dia ok. Makan pun berselera. So I decided to send her to school. It was Wednesday. She can wear her sport attire and they will do craft and art for the half day session. Macam tak la berat mana pun. As a precaution, I tetap beri dia ubat-ubatan sebelum hantar dia ke sekolah.

10 minutes to 5pm, her class teacher called hubby. Hubby pula terus telefon I sebab my office lagi dekat dengan kindy. Teacher beritahu yang suhu badan Batrisyia naik ke 39.9 degrees. Mereka dah mandikan Batrisyia dan minta dia berehat. I terus ke kindy. Dah la semalam hujan lebat sangat. Kereta bergerak macam siput. Memang menguji tahap kesabaran I. Dengan fikirkan I sorang-sorang nak handle Batrisyia.

Sampai sana, Batrisyia nampak lemah, pucat, kuku tangan dan kaki jadi biru. Kesian sangat. Mesti tengah kesejukan. Dalam kereta, dia terus tertidur. Tapi sempat la cakap, “Nanti Tisya dah baik, Umi belikan hadiah ye. Tisya nak Barbie”. Huwaaaa… sedey giler dengar permintaan dia. I jadi sedih sebab kalau diikutkan, malam tu hubby bertolak ke Terengganu. Kahkahkah, dah kira macam I have no shoulder to cry on la gitu. Tapi ye la, hati bapak pun jadi tak keruan bila anak tak sihat. Maka dia postpone perjalanan ke hari ini. Malam tadi sama-sama jaga Batrisyia.

Batrisyia nie kalau dia sakit teruk macam ni, dia jadi garang. Itu tak boleh, ini tak boleh. Tak boleh makan ubat, tak boleh pegang dia, tak boleh angkat dia bawa masuk bilik, tak boleh makan.. what?. Ye la, dia taknak makan nasi, makan ubat sebab dia taknak bangun dari tempat pembaringan. Letih sangat kot. Faham la. Tapi malam tadi kena marah juga sebab taknak makan ubat. Anak garang, mak garang. Tak tau la macam mana nak survive 3 hari berikutnya tanpa hubby.

Hehehe, sebenarnya I tak sabar nak tunggu hujung minggu sebab nak jaga Batrisyia betul-betul. Harapnya dia sihat menjelang Ahad nie. Cuma ok la dia nak makan bubur nasi. Tu pun sebab dia tau bubur nasi tu lembut, boleh terus telan dan paling penting, boleh makan sambil baring. Aduhhh, pandai ko nak.

4 scribble(s):

nieda said...

Tak boleh baca ttg si kecil sakit. Mulalah mata bergenang. Get well soon tisya...

Liz said...

Nieda> thanks for your thought. insya Allah, she's recovering.

Anonymous said...

org baru smpt baca blog lizek,sian tisya...hopefully she recovering soon!!pray for her...

-cinonet-

Liz said...

thanks sue. dia dah sihat dah. hari ni dah boleh ke tadika

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.