Monday, April 01, 2013

All about school

Finally, school break is over. Jalan kembali sesak. Rutin kembali sibuk. Tapi I rasa Batrisyia suka sebab tak perlu mengadap homework lagi. Hehehe.. nasib la dapat umi yang strict bila sampai bab education. So selagi kerja tak siap, selagi tu la tak boleh buat benda lain. Cuma I tak la kejam sangat suruh dia siapkan semua dalam dalam sehari. Kita bahagikan pages. So setiap hari kena target siapkan banyak mana. Tutup TV bila buat homework. Selesai 1 page, dia dibenarkan rehat sekejap.

Kadang-kadang dia mengelat. "Umi, bont*t Tisya sakit duduk lama-lama". "Umi, Tisya tak reti buat. Umi tolong ajar". Padahal masa tu dah buat separuh jalan. Saja je tu. Menguji kesabaran sebab bila dia buat homework, I akan duduk sebelah dia untuk bagi kata-kata semangat dan ugutan sikit-sikit. Hahaha.... tapi tak boleh lawan la ugutan abi dia, "Kalau Tisya tak siapkan homework, abi telefon Teacher Atikah. Abi bagitau dia Tisya tak siapkan homework" sambil pura-pura ambil handphone. Perghh, dengar ayat ni, Batrisyia terus menangis dan sedu sedan buat homework. Kehkehkeh. Kejam sangat ke?


Anyway, kami dah daftarkan Batrisyia untuk sesi persekolahan tahun 2015. Sekolah mana? Sekolah yang ada dalam perjalanan pergi balik office-rumah. Senang. As parents, kita nak masukkan anak kita ke sekolah hebat-hebat. I juga tapi dah takde yang dekat.  Entah la. Sekolah yang bagus boleh melahirkan ramai pelajar yang cemerlang tapi tak semestinya pelajar dari sekolah biasa-biasa tidak boleh menjadi cemerlang, betul tak? Semuanya bergantung kepada usaha dari pelbagai pihak (sekolah, ibu bapa dan kanak-kanak itu sendiri). So I taknak ambil pusing sangat bab sekolah. Asalkan dia masuk sekolah yang lebih pentingkan pencapaian akademik berbanding ko-kurikulum, I dah rasa ok. Kalau nak hantar ke sekolah paling hebat kat KL ni, nun di Damansara tu. Hmm, I dulu pun sekolah kat ceruk kampung juga :)

Bagaimana dengan anda? Sanggup hantar anak jauh-jauh asalkan dapat masuk sekolah yang bagus atau pilih sekolah yang dekat dengan rumah je?

0 scribble(s):

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.