Tuesday, March 12, 2013

Tunggu gaji anak

Nak bagi semangat kekdahnya...

"Tisya kena rajin baca. Kalau habis buku ni, abi belanja Pizza Hut " kata abi sambil membelek buku Bacalah Anakku Volume 1. Masa tu Batrisyia taknak ulangkaji. Ye la, tiap-tiap malam ulangkaji. Ada juga masa tiba-tiba dia boring. Tapi Volume 1 tu tinggal dalam 5 muka surat je nak habis.

Tu kisah Jumaat minggu lepas. Ni kisah semalam...

"Abi, tengok. Tisya dah habis baca. Esok bawa buku merah (Volume 2)" kata Batrisyia. Tiada bunyi excited pun. Kitorang puji dia sebab berjaya habiskan.

"Abi, Tisya dah habis baca buku ni. Kalau Tisya habis baca, abi belanja Pizza Hut" katanya dengan bunyi excited. Erk, umi abi dia lupa langsung pasal "perjanjian Pizza Hut" ni. Hahahaha... I pandang hubby sebab dia yang berjanji. Kuikuikui, hamek ko. Anak ni bukan jenis pelupa. Dia ingat setiap janji manis yang ditaburkan.

"atau pun KFC" kata Tisya. Ewah, dah pandai bargain.
"ataupun McDonalds" katanya lagi. Ni tak boleh nak. Dah boikot!
"ataupun Kenny Rogers" kata umi. Yum yum!
"ataupun Roti Coklat" kata abi. Ni sebab Batrisyia kata teacher masak roti coklat sedap.

"Nantilah. Tunggu gaji" kata Batrisyia. Kahkahkah, macam la tunggu gaji dia!


0 scribble(s):

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.