Wednesday, March 20, 2013

Tips I hilangkan 5.2kg dalam masa 72 hari

Ape cerita lepas entry nie?

Amboi korang. Dengar cerita macam tu, ada je 2-3 sms masuk tanya apa yang I makan. Ada yang nak I buat list apa yang I makan dari pagi sampai ke waktu tidur.

I makan nasi. Tak percaya? Tiap-tiap hari I makan nasi melainkan hari-hari yang I teringin nak makan mee, laksa, spaghetti dan sebagainya. Siapa kata makan nasi boleh menggemukkan? Tidak... nasi tu tak menggemukkan kita tapi kalau makan nasi melebihi kuantiti yang sepatutnya, memang la boleh gemuk.

Jadi, jangan salahkan nasi. Ia tak bersalah! :)

Ok la, ceritanya I dah sampai plateau state. So I ubah rutin setiap hari. Hari ni barulah berat tu turun semula. Inilah berat paling rendah pernah direkodkan sepanjang 72 hari ini iaitu 51kg. I telah hilang 5.2kg.

Inilah gunanya simpan banyak fitness quotes. Bila rasa down, jadikan fitness quote tu sebagai pendorong untuk teruskan usaha.

Makcik Anon minta I share tips yang I ikut sampai boleh turun 5kg dalam masa 2 bulan. Hmm, ape tips eh. Rasanya tak la hebat sangat sampai nak share tips kot. Tapi ini yang I buat:

1. For the first 2 weeks, I make sure I minum banyak air. Make sure ada 2 liter air dalam botol dan habiskan waktu bekerja di office. Kadang-kadang, kita minum sikit-sikit dan tak sure berapa banyak kita dah minum. So bila dah siapkan botol, senang. Tujuan I minum air ialah untuk beri signal kepada badan yang I dah minum air yang mencukupi, so sila flush out air yang selama ni disimpan di dalam badan. Korang akan selalu ke bilik air. Bertahan je la lalui process ni. Penting.

2. Sebelum mula, I dah signed up 3 sesi JomFit. Ini sebagai pendorong untuk kekal aktif. Bila buat aerobik ramai-ramai, kita rasa seronok dan kita boleh buang persepsi bahawa bersenam itu susah! Sekarang memang join JomFit. Minggu ni je tak dapat pergi sebab kena balik kampung. I'll be there next week.

3. Download video zumba, kickboxing dan apa-apa fitness video di Internet. Ramai yang kata, tiada masa nak bersenam. Kalau tiada masa, kita kena pandai-pandai curi masa. I tak pergi gym. I buat aerobik di rumah. Lepas siapkan semua kerja atau kadang-kadang terus buat lepas sampai rumah, kami pasang video dan buat sendiri kat rumah. Nak lagi seronok, paksa hubby buat sekali. Hehehe..

4. Berjogging di kawasan rumah di hujung minggu. I kan duduk apartment je. Ada 4 blok. So Sabtu atau Ahad, I akan jogging lepas solat Subuh. Pukul 6 lebih dah keluar. Dapat 5-6 rounds pun jadilah. Lepas tu pergi ke taman dan buat strength exercise (10 minutes jogging, lepas tu buat strength exercise, lepas tu jogging lagi sampai tak larat). Ianya lebih baik dari mereka yang sedang berselubung dalam selimut di tilam empuk di rumah. Tapi kan, sejak sakit aritu.. I tak jogging pun. Eiiiii, kena rajinkan diri semula nampaknya.

5. Tips no 5 ni rasanya yang banyak menyumbang kepada penurunkan berat badan I. COUNT THE CALORIES. Kalau susah nak kira kalori yang keluar, sekurang-kurangnya kiralah kalori yang masuk melalui mulut tu. Segala jenis makanan yang korang makan, boleh dikira kalorinya jika tahu caranya. Kalau tak tau, boleh refer di cekodok.com. Kalau beli makanan di luar, tengok di pek makanan. Ada jumlah kalori di situ. Jangan ignore je. Sebab tu I kata, nasi tidak menggemukkan. Yang buat korang naik berat badan ialah kalori masuk lebih banyak dari kalori keluar.

To lose one pound, you must burn at least 3500 calories. That is a fact. Banyak ke? Memang banyak kalau korang fikir nak kurangkan 1 pound dalam masa sehari. Apa kata target kurangkan 1 pound dalam masa seminggu? So sehari korang perlu bakar 500 calories je. 500 calories tu pula boleh dicapai melalui pemakanan dan senaman.

In 7 weeks, jiran-jiran pun tegur dah kurus sikit. Ambil produk apa. Bila I kata I tak ambil apa-apa produk, ada yang terkejut. Yang kelakarnya, ada yang siap recommend I ambil Alpha Lipid kalau nak turun cepat. Katanya, tak payah susah payah bersenam. Hmmm...

I taknak share gambar full selagi belum capai 50kg. Tapi I boleh share 2 gambar nie. Korang decide samada nampak perubahan atau tak?

Gambar Oktober tahun lepas. Berat 56.2kg


Today!

Ok la kan? Tak la bambam sangat kat muka tu. Hihihi.

10 scribble(s):

-makcik anon..keh..keh...- said...

Thanks for sharing!! :)

eh masa 56kg pun OK jugak per...
x nampak gemukss ponn... :)
nampak sesuaii je...kalau 50 tak ke nanti nampak macam kurus sgt..
Tapi u sure do look different...lebih kurus dr gambar pertama tu..

So... means setiap hari laa u buat aerobic/excercise tu? hmm...
that one i susah sgt nak buat..huhu..

I dah start ngan calori counting, minum bnyk air..& excercise everyday..at least jalan 10000 langkah kalau malas sgt nak jogs dll... mmg ada sedikit perubahan...

however...after 2 weeks..i dah mula rasa letih2 je bila balik keje..macam x cukup rehat/tido...so, mulalah rasa malas nak buat apa2 lps balik keje...huhu...

is it enough if we do excercise 3 times a week about 1 hour every session?jogs,walking..etc

-makcik anon..keh..keh...- said...

About the food u eat...Ok jugak mcm yg sape cadangkan tu...u share apa yg u makan dari pagi sampai ptg..so that we can have some rough idea..how to control the calorie intake... :)
bukan sebarangan food kan boleh makan kalau nak control..even nasik pun kalau sepinggan penuh dah 300 kalori...tak campur lauk pauk lagi...oily food lagi..kuih muih apatah lagi...

Faizah said...

this is inspiring. takdak herbalife, alhalipid etc etc. thanx for sharing :)

Tuan Juhaida said...

bagusnya sebab rajin buat exercise...tu yang i payah nak buat dah la mkn pun macam2 nak mkn hihi.tahniah!good job.tq, share!

Liz said...

Makcik Anon> aiyoo, masa 56kg tu tak sesuai sebab saya rendah je orangnya. hihihi. saya nak dpt berat saya selepas bersalin iaitu 47kg.

aerobics saya tak buat setiap hari tapi selang sehari sebab nak bagi muscles rehat. tgk jenis aerobik, kadang kala ia boleh jadi 'high impact exercise'. so muscle perlukan rehat untuk repair balik dan menjadi lebih kuat.

kadang-kadang, x buat aerobik pun. saya tukar buat skipping, light jog.. ikut apa yang terasa nak buat. kevin zahri ada kata, kita sendiri tau badan kita. kalau kita rasa tak larat dan boleh memudaratkan badan, take it slow. nanti kalau dah cedera, langsung tak boleh exercise berhari-hari. kita juga yang rugi.

Liz said...

Makcik Anon> about food I eat, bukan taknak share tapi taknak ia dijadikan rujukan bulat-bulat untuk orang nak yang diet tanpa pengetahuan. nanti bila berat dia tak turun, dia salahkan saya pulak. nanti la, insya Allah one day saya cerita bab makan ni pulak. tu pun kalau berat dah sampai 50kg. hehehe, susah betul nak dpt 50kg nie.

Liz said...

Tuan Juhaida> dulu pun rasa malas tapi orang cakap, kena cuba buat dulu. seminggu yang pertama, kita rasa liat sangat tapi bila dah jadi rutin, insya Allah ok. jangan terus buat yang berat2. kita buat yang ringan2 dulu. bagi badan biasa. awak skipping 10 minit kat rumah pun dah boleh berpeluh satu badan.

tenku butang said...

he2..

done follow sini.. jom follow n singgah blog teman.. heee.. http://tengkubutang.blogspot.com/

klu minat kucen leh follow blog ni jugak.. =)
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

Fiza Rahman said...

Tahniah liz ☺☺. Memang nampak perubahannya. Aku ni tgh nak naikkan berat badan. Tapi tak naik2. makan hati kan ☺☺

Liz said...

Fiza> takpe la fiza. hargai nikmat kurus tu selagi boleh

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.