Friday, March 15, 2013

Tetap menjadi pojaan hatiku!

I still remember those days.. selalu pinjam tudung mama. Ye la, nama pun cikgu sekolah. Koleksi tudung pun macam-macam warna. Setiap warna ada beberapa tona.

Tapi tiba-tiba mama cakap, "Isk, dah tak reti nak pakai tudung bawal" sambil betulkan tudung Pearl Haya di kepala. Ok, mama bukan pakai Pearl Haya je la. Tudung instant biasa pun ada juga. So jangan chop mama pakai tudung mahal je sampai dah tak pandang tudung murah.

Jeng jeng jeng.. apa lagi. Terus cakap, "Kalau taknak, bagi along la". Tiba-tiba datang pulak adik, "Boleh tapi ko bagi tudung instant ko kat aku". Ewah, "Boleh tapi tudung biasa je. Pearl Haya aku nak simpan". "Ok".

Maka, mama perturunkan tudung-tudung bawalnya kepadaku.


Ni baru sikit. Ada lagi yang tak gantung sebab hanger takde. Nak kena beli hanger baru hari ni. Nasib tudung Pearl Haya boleh lipat. Kalau tak, tak tau nak gantung mana dah hanger-hanger tudung ni.

Amacam?

5 scribble(s):

animkechik said...

harus ke susun ikut tona kaler? dh mcm kedai dh..

:: Cik Viva :: said...

banyaknya bawal, tapi nape warna macam lebih kurang sama ye? saya tak terpiker pulak nak gantung tudung bawal pakai hanger lobang macam tu..buleh praktikkan ni..tq

Liz said...

Anim > Haruslah. Senang nak tengok tone mana paling masuk dengan baju.

Cik Viva> Nampak lebih kurang eh? Pencahayaan kot. Sebenarnya tak la lebih kurang sgt. Kalau tgk depan2, ada lain nye.

Tuan Juhaida said...

hehe betul tu,walau byk tudung instant n shawl kat pasaran, tudung bawal mmg tetap menjadi pujaan hatiku jua hehe

Liz said...

Tuan Juhaida> kan? hehehe... lagipun, muka tak nampak bulat.

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.