Wednesday, March 06, 2013

Parents Teachers Meet. Apa kata teachers tentang Batrisyia?

Last Saturday, telah diadakan Parents Teachers Meet di tadika Batrisyia. Sesi kami pukul 9 pagi tapi masa kami sampai, dah ramai ibu bapa yang datang. Confuse juga sebab sesi bermula seawal 8.45 pagi. Nampaknya ada parents yang tak sabar nak jumpa teachers.

Berdebar nak jumpa teachers sebab nak tau prestasi Batrisyia macam mana. Dulu masa dia demam teruk tu, reading dan Iqra dia memang ke laut. I jadi risau sampaikan I karang surat untuk teachers, minta maaf kalau Batrisyia nampak macam taknak belajar. Masa tu rasa bersalah sangatlah. Alhamdulillah, teachers memahami.

Back to the meeting, kami dikehendaki berjumpa dengan class teacher iaitu teacher Atiqah. Teacher Atiqah tunjukkan evaluation chart. Alhamdulillah, semuanya ok. Masa dia cakap yang Batrisyia ni senyap kat kelas, I terperanjat juga. Senyap? Biar betul? Kenapa puan? Tak la, kat rumah dia banyak cakap. Ooo, kat sini dia senyap je. Kalau saya ajar, dia concentrate dengar apa yang saya cakap. Buat kerja pun concentrate. Boleh diharap. Apa yang saya suruh beritahu parents, dia akan sampaikan. Fuh, lega. I takut dia main-main kat kelas je.

Bab reading takde masalah. Batrisyia pelajar perempuan paling laju di kelas. Tapi ada student yang lagi laju. Student lelaki. Nama dia Zafri. Yang ni memang I tau sebab Batrisyia selalu sebut nama Zafri.

Next, jumpa teacher Fiza pula. Teacher Fiza ni khas untuk bacaan Iqra dan hafazan. Alhamdulillah, pun takde masalah. Tinggal lagi 4 muka surat je nak habis Iqra 1. Teacher Fiza kata bab hafazan, Batrisyia agak terang hati. Cepat hafal. Kalau solat tu, suara dia antara yang kuat membaca. Alhamdulillah, berkat selalu ikut abi dia solat. Kalau sekarang ni, I tak tau abi dia atau dia yang jadi imam sebab suara dia lagi kuat dari imam sebenar.

Now, mereka dah mulakan Al-Baghdadi di tadika. Parents boleh pilih samada nak enroll anak untuk cuba kaedah ni atau tak. Rata-rata memilih untuk beli set Al-Baghdadi tu. Tapi teacher juga akan tengok prestasi Iqra student tu dulu. Batrisyia disarankan cuba Al-Baghdadi sebab dia pun laju bab Iqra. Kalau mulakan dari kecil, insya Allah dia cepat belajar.So far, nampak ok je. Dia enjoy belajar guna kaedah Al-Baghdadi. Maybe sebab guna set ketuk tu kot. Silibus AL-Baghdadi ni khas untuk pra-sekolah. Jadi memang tak sama macam silibus pelajar sekolah rendah dan orang dewasa.

I suka tadika ni sebab ceria! Hehehe.. Jom tengok. I ambil gambar dalam tadika je. Gambar students dan teachers memang I tak ambil. Nak tau kenapa? Hihihi. Dipendekkan cerita, guru besar dah masuk blog ni sebab pengelola TLC dah "terjumpa" blog I sebab I pernah mention tentang tadika ni masa I mula-mula buat survey 2 tahun lepas. So kiranya blog ku sudah di skodeng. Maka I dah agak segan nak snap banyak gambar kat tadika masa tu :p

Ni kelas Batrisyia

Ok, dalam kelas dia memang tak ambil gambar sebab excited sangat nak jumpa class teacher dia.

I suspect ada satu arrow dah tercabut. Hehehe..


Nice!


Yang ni memang cantik. Tak berkedip mataku memandang


Insya Allah


Actually ada banyak rama-rama tergantung dan dilabel dengan nama nabi-nabi


Kat area pintu masuk bahagian dalam


Wall ni paling meriah. Ada pokok-pokok dan counting bees

Setakat ni, I puas hati hantar Batrisyia kat sini. Baru masuk bulan ketiga. I pun taklah harapkan Batrisyia dah excel macam-macam tapi boleh nampak prestasi dia makin maju. Tu satu permulaan yang baik, betul tak? Kita boleh push anak tapi jangan melampau sangat. Kita bagi ruang untuk dia tunjukkan kemampuan diri dia.

3 scribble(s):

Fiza Rahman said...

Cantik skolah tisya. Kat PASTI tak der plak parents teachers meet...huhuhu...

*∽ IZAN ∽* said...

wah bagus atmosphere tadika Batrisya ni. Dari kecil dah di beri pendedahan agama InsyaAllah dah besar jadi anak yg solehah pada Ibu Bapa.. mudah2annnnn

Liz said...

Fiza> Takde langsung ke dalam setahun? Maybe hujung tahun kot

kak Izan> Memang kami pilih tadika Islam kak. Tadika Islam sekarang pun banyak yang ok.

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.