Monday, March 18, 2013

Dia pergi dalam usia yang muda

Pukul 7 pagi, mama called. Pelik sebab awal bebenor mama call nie, kenape ek? Lepas tu mama beritahu berita tentang sepupuku di Rembau. Meninggal dunia sekitar jam 2 pagi. He was a few years older than me. Selama ni dia ada semput tapi tak la melarat sangat. Jadi, bila tiba-tiba dapat berita macam ni, terdiam juga. Sakit apa agaknya.

I biarkan masa berlalu sampai agak-agak my parents dah sampai Rembau. Then, I smsed my mom. Mama cakap, dia meninggal dunia dalam tidur. Tak sakit apa pun. Demam je. Itulah. Kalau dah ajal, ia tidak mengenal tua atau muda.

An hour ago, I called papa pulak sebab nak tau cerita lebih lanjut. Arwah demam 3 hari lepas tapi dah baik dah. Cuma malam tadi arwah mengadu tak boleh tidur dan kaki terasa lemah. Ayahnya pun ada bangun beberapa kali malam tu dan nampak arwah masih "ada". Cuma bila terbangun sebelum pukul 2 pagi tu, tergerak hati nak tengok anaknya. Arwah sudah tiada.

Meninggal dunia dalam tidur. Somehow, I rasa dia pergi dengan aman. Insya Allah.

Mati itu pasti tapi setiap kali khabar berita itu datang kepada yang masih hidup, kita pasti terkejut (melainkan si mati memang sudah sakit sebelum tu). Kita jangan rasa kita takkan dipanggil lebih awal hanya kerana kita masih muda. Jangan ambil mudah akan kesihatan diri. Rehat kena cukup. Kalau rasa tak kesian pada diri sendiri, kesiankan orang sekeliling kita.


3 scribble(s):

Syigim said...

mak kak syigim pun xsakit tak apa, tiba2 rebah kat kerusi depan komputer. terus takde dah. innalillah. harap2 kita mati dlm tenang, beriman insyaAllah.

Fiza Rahman said...

Al-fatihah.

Liz said...

kak syigim> insya Allah kak

Fiza> thanks

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.