Friday, March 08, 2013

Busy..busy...

Orang lain yang nak kahwin, orang lain yang busy. Tapi bukan busy body eh. Kena paksa rela menolong persiapan majlis kahwin adik no. 3.

2 minggu lagi tu. Fuh, sekejap je. So far, persiapan berjalan lancar. Tinggal benda-benda kecik je nak bagi settle. Dapat pulak pengantin yang bekerja syif. Time tak keje, dia tidur. So tak dapat la nak minta dia tolong buat benda-benda remeh ni. Buat pening kepala dia je kan? Takpe. Nasib baik ada orang nak tolong.

Entry ni takde motif. Sebenarnya baru siapkan thank you tag untuk salah satu door gift yang akan diberi. Minggu ni my parents akan ke rumah saudara mara untuk menjemput mereka secara rasmi ke kenduri tu. Minggu ni juga nak finalize lauk pauk dengan catering dan bagi list lagu kat DJ. Hujung minggu ni juga I nak cari ilham untuk hantaran, basuh semua baju kurung, tudung, sampin, baju melayu, baju gown untuk majlis 3 hari tu, Fuhhh......

Semua orang excited!

Eh, kata busy.. tapi panjang pulak merepek. Chanchinchau!

2 scribble(s):

Tuan Juhaida said...

salam, memang kerja kawin ni memenatkan tapi bestkan !merealisasikan impian pengantin dan sama2 meraikan mereka serta doakan kebahagiaan mereka juga.Good luck!

Liz said...

Tuan Juhaida> betul. bila buat tu kita rasa best. walaupun remeh tapi bila dah siap, puas hati. nasib baik adik beradik sama2 tolong.

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.