Tuesday, March 05, 2013

Bila yang dikenali itu telah gugur sebagai seorang pejuang negara

Bila teringat kenangan di Sabah 3 tahun yang lalu, salah satu perkara yang kami takkan lupa ialah ketika berjumpa kawan hubby di sana. Hubby bawa kami satu rombongan ke rumah kawan dia. Kami yang buta jalan telah dipandu arah oleh kawannya yang masa tu hanya menaiki motosikal. Waktu malam sejuk pula tu. Sampai di rumahnya, kami berenam dijamu dengan pelbagai jenis lauk yang sedap termasuk lauk ketam masak lemak cili api yang memang telah disediakan dalam kuantiti yang banyak. Katanya fresh dan murah, so kena jamu kawan lama! Kami ingat saat tu kerana kami dilayan seperti kawan lama sedangkan hakikatnya, dia hanya kenal hubby seorang.

Isterinya juga seorang yang sangat baik dan lemah lembut. Anak-anak pun comel belaka. Malam tu kami pulang dengan perut yang kenyang dan hati yang gembira kerana dilayan sebaik itu. Sumpah, perkara tu yang buat I tak boleh lupakan mereka sampai sekarang.

Jadi bila hubby tiba-tiba telefon dan khabarkan berita sedih itu, I seperti tidak percaya.

Rata-rata semua dah tau kisah yang berlaku di Lahad Datu sekarang ni. Dalam pada I rasa geram apabila 6 lagi anggota keselamatan kita terkorban baru-baru nie dan masa tu jenazah mereka yang tidak dapat dibawa keluar dari tempat kejadian, I tak sangka salah seorang mangsa tu ialah abang yang kami jumpa 3 tahun lepas; Sarjan Detektif Baharin bin Hamit. Lain sungguh muka dia dengan gambar yang polis keluarkan. Mungkin gambar lama. Arwah yang kami jumpa tu menyimpan rambut panjang. Katanya, senang nak menyamar.

Betul ke? Mana mungkin dia menemui ajal sebegitu? I cuba sedekahkan Al-Fatihah tapi tiada suara yang keluar. Terbayang muka balunya, I menangis. Terbayang muka anak-anak dia, menangis lagi. I smsed Sue dan Zai yang sama-sama pergi bercuti dengan kami pada masa tu. Diorang pun terkejut. Nak dijadikan cerita, Weed pun pernah mengajar anak arwah. What a small world!

Malam tadi, ada nampak balu arwah dalam berita. Sedih tengok dia menangis. Betul kata Sue, bila yang mati tu adalah kenalan kita, baru kita tau macam mana perasaan keluarga mereka yang terkorban.

Al-Fatihah buat arwah Baharin bin Hamit. Pengorbananmu akan dikenang selama-lamanya. Semoga rohmu dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan mereka yang beriman. Amin.

5 scribble(s):

AyuArjuna BiGoshh said...

al-fatihah

cinonet said...

serius trkejut gla ok......semoga arwah dicucuri rahmat....

Fiza Rahman said...

AKu sedih lah liz bila baca pasal pencerobohan lat LD tu. Semoga perkara ni dpt selesai dgn cepat. Tak nak lah ada lagi isteri2 yg jadi balu & anak2 yg akan jadi yatim piatu. Sedih sgt tgk anak2 prajurit kita yg masih kecik dah kehilangan tempat bergantung.

Apa punca sebenar pencerobohan ni yer? Aku nak dgt tau. Byk sgt cerita sampai tak tau mana satu yg betul.

:: Cik Viva :: said...

Alfatihah untuk arwah. Semoga Sabah kembali aman..insya Allah

Liz said...

kak ayu> thanks kak.

sue> Amin. kita lakukan apa yang termampu. I'm still waiting for Weed to gimme the details.

Fiza> Puncanya? Mereka yang menggelar diri mereka waris kesultanan sulu menuntut kembali tanah mereka di Sabah. Sedangkan bertahun2 dulu, sultan mereka telah membuat perjanjian dan menyerahkan tanah tersebut kepada syarikat British. Kemudian, berlaku pertukaran hak tanah sebanyak beberapa kali dan akhirnya kerajaan British ambil ambil. Kemudian Sabah bersatu dengan Semenanjung dan mendapat kemerdekaan. Bertahun lamanya semua yang terlibat membayar duit pampasan kepada kesultanan sulu. Malah, kerajaan Malaysia pun masih membayar duit tu kerana perjanjian tu kekal hingga tiada bulan dan matahari. Nenek moyang dia dah ambil duit. Yang tak sedar diri ni berjuang kononnya nakkan kembali tanah mereka yang pada hakikatnya bukan lagi milik mereka.

Cik Viva> Sama-samalah kita berdoa. Amin

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.