Friday, March 29, 2013

Anakku sumber kekuatan

Berpeluang membaca One More Day hasil karya Mitch Albom. Dah lama tak pegang buku sejak sibuk dengan persiapan majlis perkahwinan adik. Baru baca sikit tapi ia dah mula buat I terfikir.

Charley seorang kaki botol dan hidupnya tidak terurus sehinggakan anaknya sendiri tidak menjemputnya ke wedding reception. Dia yang akhirnya kecewa dengan hidup membuat keputusan untuk membunuh diri. Setelah cuba membunuh diri sebanyak 2 kali, dia masih hidup. He was such a loser!

Ok, actually tu bukan jalan cerita buku tu. Tapi I ambil sikit je. Ia buat I terfikir betapa kadang-kala manusia boleh hilang pertimbangan apabila terlalu kecewa. Mereka boleh bertindak di luar jangkaan. Paling teruk, sanggup menamatkan riwayat diri sendiri. Mati dijadikan satu cara untuk menyelesaikan pelbagai masalah. Sebenarnya mati saja yang boleh membuatkan kita pergi dari dunia yang penuh masalah.

Tapi mati itu kerja Allah. Jangan campur tangan dalam kerjaNya.

Kepada semua yang mempunyai masalah (termasuk kamu yang mungkin tidak baca blog aku pada hari ni, thanks kerana rajin email aku. Hope our friendship will last forever), pejam matamu dan ingat kembali saat-saat gembira di sepanjang hidup kamu. Besar atau kecil sesuatu masalah tu, hidup perlu diteruskan. Dekatkan diri dengan mereka yang memberi impak positif. Jauhkan diri dari mereka yang memberi aura negatif.

I hanya perlu tatap muka anak. Bukan tatap muka masa dia mischievous. Hahaha... tu boleh jadi geram. Tengok masa dia tidur, masa dia senyum, lupa segala masalah remeh temeh yang menyakitkan hati tu.

Chill, mom. I'm here for you!

0 scribble(s):

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.