Tuesday, March 19, 2013

3 hari lagi

Lagi dua hari nak cuti panjang. Hihihi. Mood dah taknak kerja tapi bila tengok kerja yang berlambak itu, kena la kerja juga. Dari pagi tadi pulun cuba siapkan sebanyak mungkin. Alhamdulillah, tinggal 2 benda je lagi nak bagi setel. Boleh cuti dengan senang hati.

Dah terbayang lauk kenduri. Dah lama tak makan ayam masak merah. Ditambah pulak dengan puasa ganti sekarang ni, tu yang terbayang-bayang lauk kenduri.

Preparation tak tau la camne. Tenaga kerja nya 4 orang. Sorang kat KL, sorang kat Nilai, 2 orang kat Seremban. Kalau asyik nak call pun, susah juga. Semuanya main sms. Benda-benda kecik pun nak sms. I la tu. Nasib baik bukan I yang kahwin. Kalau tak, mau jadi Bridezilla. I rasa semua orang dah tension dengan I. Pakcik katering pun boleh tersilap. Dia ingat I yang nak kahwin. Mama selamba cakap, "Dah along je yang selalu tanya dia macam-macam". Erk, yaaa... I bersalah. Kalaulah I nak Seremban, kan senang.

Oh ya, geng Seremban.. I dah pos kad kahwin. Lama dah, korang dah dapat?


Now, kerja I siapkan hantaran dan segala mak nenek labels. It's fun sebab dah lama tak terlibat dengan benda-benda ni. Hopefully semuanya berjalan lancar sepanjang majlis 3 hari ini.

0 scribble(s):

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.