Wednesday, February 06, 2013

Sayang tapi gaduh

Kejadian petang semalam. Borak-borak lepas tu tiba-tiba bergaduh.

Batrisyia : Tisya ada mentos. Tisya tak bagi abi!
Abi : Takpe. Abi ada Cornetto.
Batrisyia : Cornetto tak sedap. Mentos lagi sedap.
Abi : Tak. Cornetto lagi sedap.
Umi : Eiiii, jangan gaduh boleh tak? Cakap je la tak sedap
Abi : Sedap!
Batrisyia : Tak!
Abi : Sedap!
Batrisyia : Tak!
Abi : Sedap!
Batrisyia : Taaakkk sedap! Mentos Tisya lagi sedap.

Dia terus menangis dan minta simpati dari I. Abi dia ni memang tau. Suka mengacau anak. Dengan budak 5 tahun pun dia nak cari gaduh. Bila tinggal sedu je..

Batrisyia : Tisya bagi 2 mentos je. Abi hisap je tau. Jangan telan. Nanti tercekik.

Walaupun umur dia dah 5 tahun, I masih hadkan pengambilan coklat, gula-gula dan keropok jajan. Bukanlah dia tak dapat makan langsung. Hehehe, kalau boleh memang taknak bagi makan langsung tapi takpe la. Be moderate. Jangan tiap-tiap hari nak makan, sudahla kan? Usually, candy will be our last option. Bila dia minta sesuatu, kami akan suggest roti/biskut dulu berbanding apa yang dia minta. Kalau dia still nak, baru bagi. Kalau dia nak candy, kami bagi option lain seperti coklat, keropok kurang MSG.

What about you? Masih hadkan pengambilan makanan ringan ke atas anak?

6 scribble(s):

Fiza Rahman said...

Aku sekat juga jajan² ni especially gula2. Tapi tu lah, kekadang tak tahan tgk muka sentap anak ☺

CHeeSYaNa said...

My son tak reti makan gula2... bile kite bagi, die bagi balik kat kite.. ehehhe.. Coklat pon die tak suke sgt sbb die tak suke bile benda tu lembik2.. skrg ni baru die pandai makan M&M.. Tapi, die tiap2 hari mintak ice cream! Pengsan.. Nasib baik ler calciyum tu pon die considered as ais krim :D

maisy said...

nope...dani pon mkan selamba badak je...dina dulu ada jugak pantang nya..now ape pon boleh...

Lagipon kalo aku tak bagi,makcik jaga dina n dani bagi je..takmo di labelkan cerewet...janji budak2 ni sihat sudah..tp dina mmg kureng gula2 ni..Dani je main belasah je...

Malas nak say no...janji happy dah...yg tak boleh sgt2 cuma air berkarbonat shj...

Liz said...

Fiza> hehe, lebih2 lagi bila dah meraung. lagi tak tau nak buat apa

Yana> good for him. Semoga berkekalan. Anak aku, dah tak tau camne nak larang sebab kat taska/tadika, ada benda tu

Maisya> air berkarbonat mmg anak aku taknak. Nak larang pun susah sebab kat taska dia, rajin je parents lain bekalkan jajan masa birthday anak dia. mana yang dia dah makan tu, tutup mata je la. tapi aku pernah marah anak aku sebab makan keropok sampai serdak pun nak makan. tu mmg aku hangin. aku tak suka

LaLaLOLa said...

comel pergaduhan tu... tak sabar nak tunggu anak pandai cakap huhu...

Liz said...

Lalalola> ye la. kecik2 ni comel lagi

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.