Monday, February 18, 2013

Saya unfriend kamu?

Bila dah ada FB, “Unfriend” menjadi sesuatu yang sensitive bagi sesetengah pihak. Sampai boleh putus kawan. Kenapa la sampai begitu sekali. Application je kot. For me, unfriend tak bermaksud kita tak suka orang tu. Ada BANYAK sebab bila seseorang buat keputusan untuk unfriend dia FB. Mungkin dia perlukan privacy. Mungkin dia tak berapa gemar dengan cara orang tu share stories kat newsfeed. Macam I, kalau sampai status dia boleh buat I rasa tak sedap hati/ berburuk sangka, I akan unfriend di FB. Hanya di FB tapi di luar tetap kawan macam biasa. I taknak FB tu “menghasut” I untuk berburuk sangka pada orang. Get it?

Kisahnya, ada member yang terasa bila I unfriend. Ok la, memang kita boleh pilih samada nak hide dia dari newsfeed atau unfriend terus. I malas nak hide, unfriend lagi senang. Ketahuilah, I hanya unfriend di FB. Kat luar, tak perlu nak marah I. Setakat ni dah 2 kali I buat “cleaning” kat my friend list. Berpuluh orang dah kena unfriend. Jangan nak kata kawan je la. Saudara, sepupu, adik-adik ipar, kawan lama pun I unfriend.

Kalau nak terlalu serious ber FB ni, susah juga. Kena la I merajuk dengan adik bongsu I sebab dia restrict kan FB dia. Tak gitu? Rileks…. Janganlah sebab FB ni sampai nak bergaduh. Jangan dirumitkan perkara yang tak perlu. Tapi kalau nak terasa juga, terpulanglah. Hati masing-masing :)

5 scribble(s):

maisy said...

agree...aku lagi best..sape yg unfriend aku pon tak perasan..unless lah org tu jenis update setiap 2 minit kan...

Org ni serius sgt..after all..hubungan reality lebih baik drp yg maya...

Irfa said...

Setuju 100%
Ada adik yg x fren dgn saya
rasanya dia x selesa kot kakak intai wall dia

Liz said...

Maisya> hahaha. sama la dgn aku. mmg aku takkan perasan sebab takde keje aku nak selalu belek FB. Tapi mmg ada org lebih bergantung pada hubungan FB berbanding hubungan realiti. Sampaikan wedding invitation pun thru FB.

kak Irfa> sama la dgn adik saya kot. hehe, nak privacy gitu. tapi takpe la. kita perlu hormat dia juga kan?

BugBahrain said...

hahaha,,sib baik aku still nmpk account ko dlm frenlist aku..

Liz said...

Bug> hihihi.

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.