Tuesday, February 19, 2013

Penghuni baru pintu peti ais

Batrisyia sangat excited bila I unwrap hadiah yang I dapat dari kawan I.

Wales, Holland, Istanbul, Minnesota, Edinburgh Castle dan Barcelona

Minah tu memang suka menyusun fridge magnets kat rumah tu. Tunggang terbalik dibuatnya. Sekarang dia dah tau. Yang jenis senang pecah, tak boleh selalu alihkan. Nanti umi marah. Kalau nak main, main yang jenis tak pecah je.

I dah tak kira berapa banyak magnets yang I kumpul. Sesekali, ia berkurangan sebab ada yang jatuh pecah. Ada juga magnet yang tertanggal. Bila letak tepi untuk digam, lama-lama jadi lupa dan hilang. Masa tengah susun magnets, terfikir juga. I nak magnet dari mana lagi ek. Hmmmm, kalaulah dapat pesan, I nak magnet dari Ireland, Sweden, Canada, New Zealand.. erk, banyak lagi la. Hihihihi. Bagi la magnet dari mana pun, ia boleh menggembirakan I.

Terima kasih untuk kawan yang sentiasa mengingati nak belikan magnet setiap kali berjalan jauh.

4 scribble(s):

Fiza Rahman said...

Cantik2 FM ko. AKu pon kumpul FM gak, tapi tak banyak lagi.

Liz said...

ala fiza. FM tu pun orang yang pilihkan. aku mmg suka simple design macam ni. yang penting ada nama tempat

Tuan Juhaida said...

cantiknya fm. saya pun suka kumpul hihi

Liz said...

Tuan Juhaida> kawan pandai pilihkan. teruskan mengumpul!

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.