Tuesday, February 05, 2013

Konsert Anuar Zain bertukar venue dan nota dari Anuar Zain

Petang semalam dapat sms dari seorang peminat tegar Anuar Zain. Hihihi. Hi YOU! Dia kata, venue konsert dah ditukar ke Stadium Melawati, Shah Alam.  I was like, "What? *^%$#%^*()!!".

Venue sebelum ni dah cukup cantik sebab ia dekat dengan LRT. So orang yang tiada transport, yang datang tidak berteman.. sangat senang naik LRT je. I can see ramai yang marah-marah kat Anuar Zain Network FB. Mostly fans yang datang dari jauh. Mereka dah booked flight tickets dan hotel yang berdekatan dengan kemudahan LRT. Tiba-tiba bila ditukar ke stadium yang jauh di Shah Alam (public transport hanyalah taxi dan bas), mereka jadi sedikit kecewa. I pun kecewa. Petang tu sepatutnya I ada bowling tournament di Bukit Jalil. Yuran pun dah bayar sebab masa tu memang confirm sempat ke konsert. Now kena tarik diri. Yuran lebur begitu sahaja.

Dikatakan, pihak stadium telah meminta pihak AZN mengemas stadium malam tu juga bagi memberi laluan kepada program yang akan diadakan keesokan harinya. Untuk konsert berskala besar macam ni, mana mungkin diorang nak kemas stadium dalam masa yang singkat. Logik tak? Grrrrr.... Dah la beritahu last minute.

So pihak yang selfish di sini ialah pihak stadium! Hubby cakap, program hari esok tu mesti melibatkan orang yang berkepentingan. Yah, itu dia. I punya rajin cari program apa yang akan berlangsung keesokan harinya.

Program Himpunan Perdana Anok-Anok Kelate. No offense to Anok-Anok Kelate. Cuma betul la cakap hubby. Kerana ada "orang besar" yang akan hadir, maka mereka boleh arahkan apa saja yang mereka suka (bagi short notice macam ni sedangkan konsert akan diadakan minggu depan).

Grrrrrr!

Nota terbaru dari Anuar Zain setelah pengumumannya semalam mendapat pelbagai reaksi dari peminat setia.

Morning my friends, wow.. where do I start? Penukaran lokasi konsert adalah satu keputusan yang paling sukar dan hanya diambil setelah semua langkah diambil kira. My team is working around the clock to ensure a smooth process. Kepada yang memberi pandangan, terima kasih. Kami semua sedang membuat yang terbaik, and I understand that at this point of time we cannot make everyone happy. But for me, I am happy kerana masih boleh dapat meneruskan konsert ini di Stadium Malawati, dan bersama-sama dengan semua peminat .. meraikan 3 Dekad di dalam industri muzik Malaysia.. sesuatu yang begitu istimewa bagi saya.. mungkin ramai yang tidak tahu, Stadium Malawati ini lebih intimate, so I will be closer to you all.. 

Wassalam..

6 scribble(s):

Syigim said...

ala change venue mcm tuuu je ye? gile diorg nk assign seat numbers balik to all yg dah beli tiket. can imagine the frustration, but like abg nuar said in the end, it's gonna be 'more intimate' - pandai dia pujuk peminat ;) that's our abg nuar :D

Fiza Rahman said...

Penangan 'orang besar'. Teruk kan.

Liz said...

kak Syigim> Camtu je kak. Padahal konsert minggu depan. Tu pun nasib baik ada stadium yang kosong. Like he said, team dia sedang bekerja around the clock. Mesti serba serbi nak kena setup balik. Hihihi. Betul tu kak, ayat last dia tu mmg pandai ambil hati peminat.

Fiza> Tu la. Aku nak berbaik sangka tapi bila hubby aku cakap camtu, rupa-rupanya betul. Sebab kalau ikut logik, takkan stadium sesuka hati nak keluarkan arahan last minute macam tu.

CIK NANA said...

I naaaaaaaaak tgk.. huhu.

semut-terbersin said...

alahai kesiannye kepada yg terlibat ngan konsert az! termasuk lah korang2 yg beli tiket tu..

Liz said...

Nana> Marilah.. hehehe...

Ila> Kami yang beli tiket ni mampu nak fikirkan plan baru. Mereka yang terlibat dengan perjalanan konsert ni, mesti tengah berhempas pulas buat pertukaran di saat akhir.

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.