Thursday, February 28, 2013

I yang fussy atau memang patut I tegur?

I ada juga terfikir, kenapa tiba-tiba ada je yang tak kena? Ke I yang terlebih fussy?

Kisahnya begini. Cikgu Dila yang jaga Batrisyia sejak umur sebulan 3 minggu telah pun berhenti kerja hujung bulan January yang lalu. Penggantinya Cikgu Lina yang sedang pregnant. Pregnant bukan 2-3 bulan tapi perut dah besar macam 7 bulan. Masa ni I terfikir, apa motif operator taska ni hire seorang perempuan pregnant? Budak-budak ambil masa nak attach dengan cikgu. Lepas tu nanti dia berpantang 2 bulan. Cikgu mana pulak yang datang ganti?

Tu perkara pertama yang I tak puas hati. Sikit je la. Kemudian, bermulalah episod benda-benda kecil yang buat I geram.

1. Rutin harian - I akan ambil Batrisyia sekitar jam 1.20 petang. Selalunya masa ni Batrisyia dah cantik beruniform, dah wangi, dah berbedak. Pernah sekali masa I datang, Batrisyia tidur. Masa tu cikgu-cikgu semua ada kat bawah. Cepat-cepat kejutkan Batrisyia bawa pergi mandi. Tak sampai 20 saat, Batrisyia keluar dengan muka basah. Cikgu kata DAH MANDI. Padahal terang-terang kot ko setakat basuhkan muka dia. I dah cakap, takpe.. mandikan dia dulu. Dia masuk kelas pukul 2 petang. Tapi takkkk, basuh muka saja, pastu kata dah mandi. Anak kucing pun mandi lagi lama, tau tak?

2. Kali kedua, I datang pukul 1.30 petang. Batrisyia tidur. Dia terus tarik Batrisyia pergi mandi. Kali ni badan basah. Disabun atau tak, tak sure. Tapi badan tak berlap. Terus nak pakai baju. I masuk ke taska. I tanya Batrisyia. Mana tuala? Pergi la lap dulu. Cikgu dia datang, boleh tanya I, "Kak, tuala Batrisyia yang mana satu ye? Isnin aritu saya takde waktu pagi. Tak tau tuala dia yang mana satu". Damn, hari tu dah hari Khamis. So selama 4 hari tu, anak aku pakai tuala apa? Fuh, menyirap darah rasanya. I pergi ke rak tuala. Selalunya tuala elok dijemur. Masa I datang tu, tuala-tuala berlonggok! Masya Allah.

3. Ni kejadian Isnin baru-baru nie. Masa turunkan Batrisyia kat tadika, baru I perasan baju dia kedut seribu. Hari Isnin, baju baru pakai tapi berkedut. I tanya Batrisyia, "Kenapa baju kedut?". Dia cakap dia tidur dengan baju tu. Whattt? I sms cikgu lagi sorang, tanya betul ke Batrisyia tidur dengan uniform sekali. Betul, katanya. This time, I cakap elok-elok. Next time, jangan pakaikan awal-awal sebab baju berkedut sangat. Apa motif I gosok baju tiap-tiap malam kalau baju tu berkedut sebelum dia sampai sekolah? Rasanya benda logik ni semua orang boleh fikir. Tapi mungkin cikgu ni nak senang, dia mandikan Batrisyia sebelum tidur tgh hari, terus pakaikan uniform. So bila sampai masa I nak ambil, dia tinggal suruh Batrisyia basuh muka je.

Sekarang korang cakap.... I yang fussy atau memang patut I tegur? Dah la yuran transit kat situ mahal. Tapi service dah makin kureng. I rasa nak je bercakap dengan operator taska tu.

5 scribble(s):

Fiza Rahman said...

Klo dah mcm ni gaya nya memang patut tegur.

Syigim said...

pasal towel tu paling concerning. sbb melibatkan hygiene. xtau mane satu towel is one thing, cara longgok2 tu dah satu hal lain!

bagus liz tegur dgn cara lembut sbb kalo marah2 pun kita nk amanahkan dia jaga anak kita...harap2 lepas ni ade improvement!

Liz said...

Fiza> aku tegur melalui teacher lama. huhuhu.

kak syigim> towel tu mmg buat saya terperanjat kak. tapi masa tu tak ckp apa2.

tu la, nak marah dia pun tak boleh sebab anak kat sana. nanti dia buat apa2 x elok, anak kita juga yang susah. saya tegur melalui cikgu yang lebih lama bekerja kat situ. pagi ni nampak ada lagi sorang cikgu baru.

Faizah said...

bab towel tu takleh diterima. sabo jek la

berapa yuran transit ko bayar?

Liz said...

Faizah> hmm, tak tau la kenapa dia taknak sidai elok2. kotor!

yuran transit RM1++. hihihi. aku kata mahal sebab tempat lain lagi murah. dan service dia makin kureng so aku tka puas hati. tapi sebab pk anak aku dah biasa kat situ, aku pejam mata.

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.