Thursday, January 17, 2013

Umi minta maaf

Dear Batrisyia,

Umi minta maaf sebab Umi tipu Batrisyia tengah hari tadi.
Sebenarnya Umi dah tak tau nak jawab apa.
Batrisyia asyik tanya soalan yang sama sejak semalam.
Bukan boring tapi Umi rasa Umi buat perkara yang betul.

Lagipun, itu je cara nak bagi  Batrisyia diam
selama 2 minit.. Then, Batrisyia tanya soalan yang sama lagi.

Umi tetap berkeras!

Umi fikir banyak kali.
Kenapa Batrisyia asyik tanya soalan yang sama?
Kenapa??
Perlu ke Umi percayakan Batrisyia bulat-bulat?

Mungkin akhirnya Umi dah buntu, tak tau nak jawab apa.
Jadi Umi cari kebenaran di sebalik soalan Batrisyia.

Hari ni, Umi belajar sesuatu.
Umi patut percayakan Batrisyia :)






Batrisyia : Umi, bawa gambar Tisya tak?
Umi : Bla bla bla (create macam-macam alasan).

Ni perbualan sejak 3 hari lepas. Ceritanya, dia suruh I bawa gambar dia ke tadika. I tengok Communication Book, takde pulak teacher suruh bawa. Dia kata kawan-kawan dia ada yang bawa. So I ingatkan dia saja nak menunjuk.

Sampai la malam tadi, berkali-kali dia ingatkan. Masa ambil dia tadi, dia tanya soalan yang sama lagi. I cakap la I tak bawa. Terus dia "membebel".

Kat tadika, I tanya principal. Sekali.... memang kena bawa gambar! Ni untuk dilekatkan di Performance Chart di kelas. Adoiii.... kesian anakku sebab Umi tak percayakan dia.

Baiklah Princess, petang ni kita pilih gambar yang cantik.

3 scribble(s):

Irfa said...

sian dia
cikgu lupa tulis dlm buku pesanan ye

Fiza Rahman said...

Kesiannya tisya.

Liz said...

Irfa> cikgu bkn lupa tapi memang tak tulis. dia pesan kat students

Fiza> hehe, kesian ke?

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.