Thursday, January 03, 2013

Terlanjur Cinta


Itu dia. Satu lagi drama dari Eirma Fatima. Hehehe... Bagi yang tak pernah tengok, minta maaf. Rasanya drama ni dah nak habis kot. Bersiaran di TV9 setiap Isnin dan Selasa pada jam 8.30 malam.

Jalan cerita agak sama macam drama melayu arahannya. Kena kahwin paksa, pastu perempuan jadi sangat tabah, ada perempuan jahat, ada lelaki yang sangat baik walaupun cintanya tak berbalas. I taknak buat synopsis la. Korang boleh cuba tengok drama ni.

Yang buat kami melekat kat TV ialah watak Nia ni. Kenapalah ko tabah? Tabah sangat sampai tak boleh berfikir dengan waras. Dah kena pukul banyak kali pun masih boleh hidup dalam rumah tu. Tak pergi kursus kahwin ke? Eh, dia kena kahwin paksa. Mungkin tak ambil kursus kahwin. I pantang sikit kalau watak perempuan tu jadi terlalu naif sampai macam ni. Sampai kena pijak-pijak.

Ok la, kalau korang baru nak layan minggu depan, dah takde adegan pukul-pukul dah. Nia pun dah kena halau dari rumah walaupun dah pregnant (secara paksa). Tapi sekarang sibuk nak jaga suami dia yang dah lumpuh akibat kemalangan (walaupun suami dia dah kahwin lain).Emo tengok drama ni sebab geram dengan watak Nia. Cuba jadi kuat sikit boleh tak?

Syabas pada Aqasha yang berjaya bawa watak suami yang suka memukul isteri. I tengok pun rasa seriau. Giler.. macam betul ganas mamat ni pukul isteri. Raja Ema pun boleh tahan juga jadi mak mertua bermulut jahat. Kelas ko Raja Ema! Tapi sekarang dah tak celupar sangat sebab Fareth (Aqasha) pun dah selamat kahwin dengan Amanda (Marsha). Marsha pulak, maybe sebab dah selalu bawa watak perempuan macam tu, I takde feel tengok lakonan dia. Nazim.. Nazim... selalu dapat watak lelaki baik. Muka ikhlas tolong perempuan. Hehehe...

6 scribble(s):

~Cik Viva~ said...

salam..

sakit ati tengok nia tu sebab "baik" sangat..

elok je nanti kawin dengan nazim tu daripada stay dengan si fareth tu...

Liz said...

Cik Viva> wasalam. memang baik sangat sampai kita yang geram. rasa macam bod*h sangat sebab bersabar dengan Fareth. Betul... elok kahwin dengan Am tu. Dah la baik sangatttt sampai sanggup jaga Nia

FiraHamzah said...

babe,
i pun tgk gak drama nih..siap husband pun join skali sbb dia gatai nak tgk siti saleha tuh..haha..memang geram sesangat tgk pompuan naif macam tuh ek..kot yer pun baik tapi dah sampai kena pukul pun skema lagi..parahhhh sungguh!
apapun tetap enjoy layan drama nih sebab suka dengan Aqasha..hahah..

Ila said...

ala,dh lm tak tgk tv...huhuhu

semut-terbersin said...

alamak termiss minggu ni..kawen dah fareth ngan amanda? fareth lumpuh? haha padan mukaaaa!! tu laa kejam sangat ngan bini yg baik innocent! fareth lom tau gik eh amanda tuh jahat ada muslihat?

Liz said...

FiraHamzah> hehe, husband saya pun layan sama. agaknya sebab ada siti saleha la tu (tapi taknak ngaku.. kuikuikui). mmg parah kan? dah la tak perlu kahwin tapi sanggup juga nak kahwin sebab nak tolong fareth. bila kena pukul, tak reti nak lari. mengikuttt je.

Ila> saya pun tgk waktu malam je.

Ila Semut Terbersin> minggu ni fast forward la, babe. tiba2 dah 7 bulan kemudian. hahaha... aah, dia dah kahwin dengan amanda. eh, fareth dah tau amanda gunakan position dia dan sub-con kan tender fareth kat semua anak syarikat amanda. tu pun sebab bapa fareth pergi siasat. baru dia tau wife dia ada muslihat. lps tu dia gaduh dengan amanda. tu yang malam tu dia tak balik rumah. dalam kereta dok teringat apa yang dia dah buat kat nia. macam nak menyesal kot. then, dia keluar dari kereta tanpa tengok kereta yang lalu. tu yang kena langgar. memang padan muka kan? aku tak kesian langsung kat fareth.

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.