Thursday, January 17, 2013

Tak tahu yang mana satu

Akhirnya.... dah habis baca ketujuh-tujuh edisi The Chronicles of Narnia. Bukunya tak tebal tapi ambil masa nak baca sebab tiada masa lapang yang panjang untuk habiskan secepat mungkin. Lagipun, nak baca tu kena imagine sikit macam mana kehidupan kat Narnia tu.

Memang puas hati. Recommended untuk mereka yang sukakan kisah fantasi dan pengembaraan. I paling suka buku ketujuh : The Final Battle sebab ending sangat sweet (eventhough Susan takde, well.. who cares about her. Kalau baca buku-buku tu, kita tau yang Susan tak berapa jatuh cinta dengan Narnia). Akhirnya Lucy dapat apa yang dia idamkan selama ni.

Ok, next! Tak tau nak baca buku yang mana satu.

Sama tebal tapi berlainan jalan cerita. Please Look After Mother berkisar tentang seorang ibu tua yang mengidap strok, menghilangkan diri dan bermulalah kisah keluarganya yang cuba mencarinya. The Abduction pula berkisar tentang.. apa lagi, tentang penculikan la. Hehehe..

Belum dengar sesiapa cerita tentang The Abduction lagi tapi my friend yang dah baca Please Look After Mother kata, buku tu sedih. Kawan I dia boleh berhenti baca, pergi buat kerja lain.. Bila dah habis kerja, dia menangis balik. Aisey, sedih sangat ke?

Ada sesiapa dah pernah baca buku-buku di atas?

3 scribble(s):

Maria Menado~ said...

dua dua tak pernah baca. akak baca dulu nati review ea. hehe~

Irfa said...

jarang baca novel english ;(
kalau bca bertahun kot baru abis

Liz said...

Maria Menado> rasanya nak baca Please Look After Mom dulu kot.

kak Irfa> hehehe, lain org lain fave. saya minat english novel

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.