Thursday, January 31, 2013

Please Look After Mother

Takdir menemukan I dengan buku ni. Semasa ke booksale bulan lepas, I jumpa buku ni elok tersusun. Ada banyak! Lepas tu macam tak berusik. Hehe.. tapi sebab cover lawa, I ambil. I baca synopsis sikit. Terus masuk dalam troli. Baru ada kesempatan nak baca. Dah habiskan 2 minggu yang lalu. I’m glad that I found this book. It’s a keeper. This is my simple review. No spoiler.

Buku ni berkisar tentang pengorbanan seorang ibu tua yang selama ini tidak disedari oleh ahli keluarganya. Kisah bermula dengan gerakan mencari oleh ahli keluarga selepas ibu hilang di Seoul Station. Ibu dan bapa menuju ke rumah anak di pusat bandar bagi menyambut hari lahir bapa. Bapa yang sudah terbiasa berjalan di hadapan (dan suka meninggalkan ibu di belakang) tidak menyedari bahawa ibu tiada di belakangnya. Akibatnya ibu tidak sempat naik tren. Habit yang tidak baik ni menjadi punca ibu telah hilang.

Bermulalah kisah mereka semua cuba mencari ibu di kota yang sesak tu. Penulis membawa kita ke dalam kehidupan keluarga ini melalui kacamata setiap ahli keluarganya. Memori setiap ahli keluarga bersama si ibu amat jelas dipaparkan di dalam buku ni. Kita dibawa “mengembara” ke memori lampau mereka dan kemudian dibawa kembali ke masa sekarang bagi menyelami hati dan perasaan setiap ahli keluarga yang telah kehilangan ibu dan isteri. Rasa kesal, bersalah, malu dan marah mula terasa di setiap ahli keluarga kerana selama ni mereka tidak peka terhadap ibu. Mereka tidak kejam tapi percayalah, mungkin kita juga melakukan perkara yang sama tanpa disedari. Malah, ibu juga “muncul” di buku ni. Kita dapat “membaca” isi hati ibu yang selama ni dipendam jauh di lubuk hatinya.

Somehow, you will think about your mother. If you’re a mother, you will think about yourself too. You might cry. I just felt so sad!

You can buy this book at big bookstores. Di Kinokuniya, boleh dapatkannya dengan harga RM 70.25(hard cover), RM 31.50 (paper back). I bertuah sebab beli hardcover dengan harga RM8 sahaja.

2 scribble(s):

maizatul said...

kak liz,saya ayu, adik kak maisya.
bole sy tau buku ni dalam genre ape? novel ye?. mcm sgt berminat buku mcm ni. huu.

Liz said...

Ayu> ni kira non-fiction novel. buku ni memang best. kalau boleh, nak suruh semua orang baca. hehehe

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.