Tuesday, January 22, 2013

Now, it's my turn

Night life di rumah jadi kurang busy sebab Batrisyia tidur awal. Tapi itu tak bermakna I dah boleh goyang kaki. I dah dapat kerja baru. Jadi Mak Supir.

Kadang-kadang rasa envy bila dengar cerita kawan-kawan. Mereka boleh je keluar dari office untuk ambil anak, hantar anak. Kira masa macam flexible la. Lepas tu boleh je pergi lunch. Waktu bekerja pun jadi singkat. Boss mereka memahami kot.

Macam I, lunch hour diperuntukkan sepenuhnya untuk jadi driver. Hehehe... Sekarang dah tak sempat nak lunch. Tepat pukul 1, keluar office. Jemput Batrisyia di taska. Lepas tu hantarkan dia ke tadika. Kemudian, balik ke office. Sampai office, masa berbaki 5-10 minit sebelum pukul 2 petang. My boss tak kesah pun kalau masuk lewat sikit tapi entah la. I rasa macam taknak ambil kesempatan. Lagipun, tak rasa lapar sangat sebab dah ambil heavy breakfast. Kalau I pergi lunch dulu, mesti masuk office dalam 2.30 petang. Rasa dah lambat sangat.

Harapnya boleh kurus. Hahahahah... ok.. ok.. serious sikit!

Tapi night life agak best. Bermula dari masa ambil Batrisyia. Sepanjang jalan nak balik tu, dia akan bercerita tentang apa yang dia belajar. Kalau terlalu excited, sepanjang jalan dia nak menyanyi. Kalau penat, dia "pengsan" dalam kereta sampai ke pukul 8 malam. Lepas dinner, baca Iqra. Masa ni dah tak tau sape cikgu, sape anak murid sebab dia sibuk nak jadi cikgu. Bila abi dia pura-pura salah baca, dia marah. Garang macam cikgu! Hahahahah...

Rasanya dia ada tokoh nak jadi cikgu la. Tapi abi dia nak dia jadi pilot. Umi dia? Fuh, I pun tak tau nak dia jadi apa bila dah besar nanti. Tapi kalau tanya Tisya, dia jawab senang je, "Tisya nak kahwin!"

2 scribble(s):

maisy said...


ko ni kat KL mane ade ramai org dah ade masa flexible mcm tu..ko pun dah beruntung sebab dpt amik anak..

Kalo aku..dlm mimpilah shj..tp aku mmg tkleh skip lunch..bole pitam n muntah2 bila mlm...

ajar anak 2 kali seminggu or ikut mood...ada time rajin hari2...kalo kah boleh balik awal...and kije dlm area same..heaven nyee

Liz said...

maisya> ada la 3-4 kerat kawan aku yang boleh buat camtu. tapi mmg ramai tak boleh la kan. huhuh, aku dpt ambil pun sebab taska dan tadika dekat dengan office. memang plan gitu. kalau jauh-jauh, susah aku nak gerak pagi-pagi.

aku kalau dah heavy breakfast, mmg boleh skip lunch tapi kena makan snek macam biskut Jacob. ajar anak pun bukan selalu. hahaha. kalau aku penat, gilir-gilir mengajar dia.

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.