Monday, January 21, 2013

Missed call

Teknologi tu sepatutnya memudahkan kita. Betul tak?

Paling senang, handphone. Kita nampak ada missed call. Kalau sekali, mungkin ada hak nak ignore. Tapi bila nombor yang sama call kita lebih dari sekali, kita patut anggap panggilan tu penting. Takkan orang suka-suka nak call kita banyak kali.

Tapi ada yang buat tak peduli. Lagi parah bila pemanggil tu baik hati send sms (bersangka baik kot-kot org tu tak bangun tidur lagi ke, atau tengah memandu ke) dan beritahu yang dia ada call kita atas perkara itu ini. Kita tak reply call dan sms. Senyap! Baik tak payah pakai handphone. Paling kurang, reply la sms. Kalau busy, beritahu busy. Tak la orang ternanti-nanti.

Kalau tak reti nak reply call dan sms, campak je handphone tu dalam longkang. Teknologi hanya membawa kebaikan apabila DIGUNAKAN.

0 scribble(s):

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.