Monday, January 14, 2013

Krisis air

Teruk juga krisis air di kawasan Ampang kali ni. Rumah I tak terlibat tapi tadika Batrisyia dan my office terkena tempiasnya. Dah la tadika tu ada sesi pagi dan petang. Air memang tak cukup eventhough tangki penuh. A week after sesi bermula, principal sudah mula gusar. Katanya, tadika mungkin akan ditutup sementara kalau bekalan air tidak sampai kepada mereka.

Tapi principal ambil jalan dengan cara membeli sebuah lagi tangki air. Kemudian, kami ibu bapa ramai-ramai membantu dengan cara membawa air dari rumah. Yang ada bekas, bawa air berbekas-bekas. Yang tiada bekas, beli 1-2 cartons air mineral untuk dihantar ke tadika. Bila ibu bapa datang membawa air, jiran sebelah memandang. Memang teruk betul sebab air berhari-hari tiada di kawasan tu. Alhamdulillah kawasan rumah kami tak kena.

Dengar cerita bekalan akan pulih selepas CNY. Betul ke? Janganlah sampai begitu. Lama sangat rasanya. Menyusahkan orang. But I yakin pihak terlibat dengan cuba sedaya upaya untuk memulihkan bekalan air seperti sediakala. Tidak ada gunanya menuding jari dan menyalahkan antara satu sama lain. Benda pun dah jadi. Daripada bertelagah, baik sama-sama buat kerja.

3 scribble(s):

Masherna Mustafa said...

liz... sampai begitu sekali ye tak de air...
lama tu nak tunggu sampai cny baru nak ada air.
anyway byk2 bersabar la ye...

Fiza Rahman said...

Alhamdulillah...umah kau tak terjejas. Tapi umah mak kau kena tempias gak. Air kejap ada kejap tak der. Kesian kat org2 yg ada anak kecik.

Laki aku kata, salah satu puncanya sebab dorang tak selenggara pam tu secara berskala.

Liz said...

Masherna> kak, tu la. kesian kat orang yang terjejas. tadika ni bukan apa. air sampai waktu malam. mana la ada orang kat sana nak tlg tadahkan air lebih2. so kena bergantung pada air tangki.

fiza> ko maksudkan rumah mak ko kan? hehehe.. aah, sebab tak selenggara pam. dan pam tu pulak dah terlebih "bekerja".

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.