Friday, January 25, 2013

Kelmarin, Semalam dan Akan Datang

Badan lemah sejak 2 hari lepas. Nak kata membanting tulang, tidaklah pulak. Bermula pada hari Rabu malam, leher dah rasa semacam. Terasa kelenjar membengkak sikit. Lepas tu mula lenguh tangan. Malam tu tak boleh tidur. Hubby pulak pergi main badminton. Suruh dia kejutkan bila dia dah sampai rumah sebab I nak guna Flanil. Entah bila, tertidur. Pukul 2.30 pagi baru dia balik. Nice sangat la! Sapu Flanil, terus tidur.

Ingat nak jog lepas subuh tapi bila bangun pagi, satu badan sakit-sakit. WTH! Tak jadi jog. Sambung tidur sampai minah kecik tu kejut, "Bangun... bangun... dah terang kat luar tu la!" sambil bukakan langsir bilik. Adoi anakku ni...... mengalahkan mak-mak. Today, Badan masih lemah. Batrisyia pulak dah mula demam pagi tadi. Nampaknya hubby kena jaga kami  :)

Semalam, rakam montaj video for Anuar Zain. Urm, I won't talk much about it. I kena cakap dalam masa 15 saat kenapa I suka Anuar Zain. Buat beberapa shots. Nampak senang tapi bila dah beberapa kali cakap benda yang sama, rasa lain macam pulak. Hehehe.. Tak tau la hasilnya macam mana. Malu....


Alhamdulillah, menang contest anjuran Real Women Real Voices. Tak sia-sia memerah otak fikirkan jawapan best.


I will be going to JomFit this Sunday. Ada sesiapa yang sudah mendaftar? See you there.

0 scribble(s):

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.