Tuesday, January 08, 2013

JomFit!

Azam tahun baru kami ialah untuk menjadi lebih fit dan lebihkan bersenam setiap minggu. Tahun lepas, I tak aktif sebab nak pregnant punya pasal. Setelah setahun berlalu, I dah malas nak fikir bab pregnant ni. So mari kita aktifkan diri semula.

Start jog a week before 2013. Dah setahun, badan pun jadi manja. Tapi masalahnya asyik hujan je petang-petang. Bila hujan dan balik lewat, kami buat Zumba dan BodyCombat kat rumah. Malam-malam habiskan masa 30 minit hingga sejam untuk buat. Kadang-kadang rasa tak larat sebab dah penat satu hari. Hubby la gagah sikit. Hehehe.. Bangun pagi rasa sakit-sakit badan tapi takpe. No pain, no gain.

Last week, kami sempat ke JomFit anjuran Kevin Zahri. Kami booked untuk 3 sesi. Insya Allah akan terus join JomFit yang akan datang.

150 peserta tapi tak semua ada dalam gambar

Sesi JomFit yang berlangsung selama 3 jam ni berupaya membakar sekurang-kurangnya 1000kcal. Untuk 1st session, hubby berjaya bakar 1400kcal. Ada sorang perempuan tu berjaya bakar 1900kcal. Mereka antara peserta yang terlibat dalam Suunto Challenge di mana jumlah kalori yang dibakar akan dikira melalui pemakaian Suunto M-Series Heart Rate Monitor .

Masa ni dah masuk sesi Kickboxing... 764kcal terbakar

Yang baju kuning tu paling tinggi.. 1900kcal terbakar dengan jayanya

Hubby cakap, patutnya dia punya lebih sebab lepas Bokwa, Kevin tengok heat rate monitor tu tak di set dengan betul. So Kevin reset semula. Hehe, tak puas hati ke bang?

Exercise dalam setiap sesi tidak sama. Minggu lepas, sejam Bokwa, sejam Kickboxing dan sejam Sh’bam. Penat tapi memang best. Bak kata semua orang, “Yang penting kita enjoy!”. Sesi kedua pada 27 January ni pula kami akan buat setengah jam Abs Workout dan 2 jam setengah Zumba. Hehehe, Batrisyia suka la Zumba nie.
Bokwa by Tini. Comel je orangnya.

Kickboxing. Sorry, tak tau nama instructor sebab I bawa Batrisyia ke toilet.
Tapi memang best la dia buat rutin kickboxing tu.

I think her name is Gladys (Huh, bawa Batrisyia ke toilet lagi.)
Dia buat Sh'bam. 

Meriah! 

Budak kecik yang setia ikut. Disebabkan dia, I banyak kali berhenti

Kalau korang teringin nak join JomFit, boleh ke website Kevin Zahri untuk mendaftar. Jangan sibuk nak cuba slimming product je. Sebenarnya badan kena fit dan kena banyakkan exercise. Tu je keyword untuk kekal sihat. Insya Allah, berat pun boleh turun. Biar lambat asal selamat dan berkekalan. Tak kesah la kalau orang nak perli, nak senyum simpul ke… yang penting kita tau apa yang kita buat tu penting untuk diri kita sendiri.

Just do it! 

Note : Gambar-gambar diambil dari FB Kevin Zahri

2 scribble(s):

FiraHamzah said...

wow! macam best aje aktiviti nih..bagus arr u jaga kesihatan..hehe..macam nak ajak husband gak arr..hehe..thx for info babe! :)

Liz said...

kak Fira> memang best! seronok bila ramai-ramai walaupun ramai yang "kayu". hehe... jom la kak. kita jumpa di sana.

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.