Friday, January 04, 2013

Hari pertama persekolahan

Wajib update cerita ni. Anak sorang, mestilah kan! Nak cerita pasal sape lagi.So semalam  kami ambil cuti setengah hari. Batrisyia masuk sesi petang iaitu dari jam 2 petang hingga 6 petang.

Ruang bawah merupakan hall untuk berkumpul / solat.
Classrooms kat tingkat atas.
Laman tadika pula untuk aktiviti luar.

Ibu bapa tidak dibenarkan masuk ke dalam kelas. Hanya dibenarkan hantar di luar, tunggu sekejap hingga jam 2 petang. Selepas tu, tiada ibu bapa dibenarkan untuk menunjukkan muka.. walaupun di depan pagar sekolah. Good, biar anak tu jadi berani sikit. Kalau ikut hati, I nak je balik lepas Batrisyia masuk ke kelas tapi tak sampai hati. Taknak la dia nangis.

Muka masih ceria masa on the way ke tadika

Sampai sana, dah ada ibu bapa kat laman tadika. Setiap pelajar disambut oleh teacher. Teacher akan beri salam. Kemudian, pelajar akan salam teacher. Teacher minta bukakan kasut/selipar dan letak di rak yang disediakan. Lepas tu pelajar terus masuk ke tadika.

Ada 2 teachers yang berpurdah tapi hanya berpurdah di hadapan ibu bapa.


"Assalamualaikum", teacher ajar pelajar untuk ucapkan salam kepada ibu bapa sebelum melangkah masuk ke dalam tadika.

Batrisyia? Masuk je terus duduk depan sliding door. Tak nangis tapi muka cuak. Takut kitorang balik. Puas suruh dia masuk ke dalam sikit tapi dia taknak. Bila dah ramai pelajar kat sliding door, teacher suruh masuk dan tutup sliding door tu.


Ok lagi. Kemudian, datang seorang pelajar perempuan. Dia menangis dan taknak masuk ke tadika. Berjurai-jurai air mata. Sudah, kalau dia masuk kelas, confirm kawan-kawan dia yang lain pun turut serta menangis. Mak pelajar tu paksa anak dia masuk. Seperti dijangka, tangisan tu "merebak" ke pelajar lain.

Batrisyia pun menangis. Adoiiii, I senyum je. Kalau dia dah nangis, macam mana I nak balik? Kitorang pun tunggu je la. Lagipun belum pukul 2 petang. Nampak principal dukung Batrisyia dan lekakan dia dengan mainan. Terus kitorang balik. Hehehe...

Dalam pukul 4 petang, principal WhatsApp gambar-gambar Batrisyia. Disebabkan bekalan air tiada di kawasan Ampang, teachers gunakan kesempatan tu untuk ajar pelajar cara bertayammum sebelum solat Asar. Lega hati sebab nampak Batrisyia senyum dan buat peace sign dalam gambar. Dah ok la tu kot.

Masa ambil dia pukul 6 petang, dah takde riak sedih lagi. Dia rasa seronok je. Kalau masa hantar tak dengar langsung suara dia bila teacher tanya, masa balik becok mulut dia berkata-kata. Dah tak takut dah. Alhamdulillah.

6 scribble(s):

~ As ~ said...

aku nak tanya cikgu Azam juga lah kalau dia boleh whatsapp kan aku gmbar Azam sikit2 eheheh... aku suka lah tgk cikgu tu berpurdah.

Ila said...

good tisya...senang hati mama kn

Fiza Rahman said...

Comel anak dara nih. Wah...canggih tu, siap whatsapp lagi ☺☺

Syigim said...

comelnye dia. good girl. lama2 semakin byk cerita dia potpet2 shows how much she's enjoying school :) kak dulu, khaleef seronok gile je masuk kelas. takde riak sedih lansung. mak dia pulak yg terasa kecik ati! haha

Azizan Zolkipli said...

Moga rajin2 pergi kelas ya adik Batrisyia !

Liz said...

As> try la. kot2 cikgu boleh share

Ila> Alhamdulillah

Fiza> Hahah, principal pun dah modern. Rajin dia whatsapp gambar students

kak Syigim> bagusnya Khaleef tak sedih langsung. Setakat dah 2 hari sekolah ni, ok la. Balik je memang potpet. Tapi tetap tanya ke mana saya pergi, kenapa saya tak tunggu dia.

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.