Tuesday, January 29, 2013

Dance Extravaganza - JomFit

I'm not a good dancer. Heck, tak pernah menari pun! Hahaha.. I must be crazy for joining the Dance Extravaganza last Sunday.

I felt cheated by Kevin Zahri (in a good way, of course). Paid 3 sessions JomFit. Tiba-tiba dia cakap 2nd session tu Zumba Marathon selama 3 jam. Zumba selama 3 jam? I boleh bayangkan betapa penatnya. Hahaha.. Then kerana apentah, nama program ditukar kepada Dance Extravaganza.

For the first 30 minutes, kami buat warm up, squats, lunges, side flanks, push ups etc. Well, this is kacang goreng je la kan? Tak boleh berpeluh lebih-lebih sebab nak ambil group photo.

Lepas beberapa sets, semua gigil nak maintain pose macam ni. Hihihi 
Wah, muka segar tanpa peluh :p 

Group photo

Our instructor for that day is Gladys. Hoh, perempuan ni memang banyak tenaga. Ok la, dia ada putarkan lagu yang dia pernah ajar di sesi sebelum ni. Jadi I boleh ikut steps untuk lagu-lagu tu. Untuk lagu-lagu baru, ada yang tak terkejar. Ada yang ok.Sebabnya I duduk row paling belakang. Jadi bila tak nampak Gladys tunjuk kat depan, I kena tengok apa orang lain buat. Tak dapat nak duduk depan sebab kami bawa Batrisyia. Dia pula kena duduk belakang sekali. Nak taknak, kami pun kena la pilih tempat paling belakang.


Group kali ni ramai perempuan. Sebelum mula tu, I ada kira juga. Tak sampai 20 orang lelaki. Agaknya bila dengar zumba/dance, lelaki macho taknak join. Even hubby pun cakap dia tak berapa reti nak menari ni. Eleh, macam la kita ni reti sangat tapi mungkin perempuan ni lembut sedikit. Tak "kayu" sangat. Ada yang kata 1st session lagi best tapi I rasa 2nd session ni lagi buat I terasa sengal. Woke up in the morning with a crazy sore. Satu hari suami isteri "tersadai" kat sofa.

Next session is on 24th February. Jom jadi Jomfitter!

Nota : Photos semuanya dari Kevin Zahri. Untuk view gambar lain, boleh ke sini.

0 scribble(s):

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.