Tuesday, January 29, 2013

City Hunter

Oleh kerana sebelum ni I suka last minute bagitau drama-drama best dan lepas tu korang tak sempat nak layan, I nak bagi tau nie...

Sila tonton City Hunter setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 8.30 malam di 8TV.

Drama ni di inspirasikan dari Japanese manga series yang diilustrasikan oleh Tsukasa Hojo.

Pada mulanya, I "tertipu" dengan iklan di TV. Macam tak best je. Ala, typical story about a mysterious guy who saves the world from bad people. First episod I tak layan pun. Tapi lepas tu macam tak tau nak layan cerita apa lagi. Dah terbiasa layan cerita korea di waktu tu. Sudahnya layan dengan hati terbuka bersama Batrisyia yang tengok siri ni sebab suka lagunya.

Tersuka drama ni sebab ehem, ok la... hero cute la juga kot. Ala-ala Won Bin pun ada tapi Won Bin dah tua kot. Hehehe... Tapi lagi cute bila dengan heroin. Ni hero standard muka nakal tapi baik hati dalam diam. Lagi best bila dia ada secret identity tu kan? Tapi dia ni bukan menghapuskan semua penjahat. Sebaliknya, dia membalas dendam atas kematian bapanya bersama-sama 19 orang tentera yang lain (dibunuh selepas satu misi rahsia melibatkan kerajaan North Korea).


Ok, drama ni dah halfway. Kalau korang layan sekarang, sempat lagi nak catch up jalan cerita. Kalau tak sempat tonton, boleh cari review di DramaBean. Oleh kerana drama ni banyak adegan pertarungan, hubby pun dah tersyok melayan sama. Ajak makan pun, dia boleh kata tunggu cerita ni habis T_T

12 scribble(s):

Nur H said...

mmg best crita ni, tp spoil sket sbb alih bhs ke cina. kalo maintain bhs korea lg best rasanya. (^_^)

AyuArjuna BiGoshh said...

lee min ho lead actor die dulu belakon dlm boys over flower

FiraHamzah said...

hhhehe..suka giler cite nih gaks! Suka actor Lee Min Ho!!
latest drama dia Faith pun best! tengok online.
City Hunter pun terbaik, lepas je berlakon drama nih, hero & heroin nih mmg betul2 bercinta kat luar..hehe..so sweet..

maisy said...

harus layan..ke ke ke..ni kan hero boys over flower..mestila ensem...yg pompuan tu cun pasal wat bedah plastik..ha ha..spoil tak aku...apepon aku pon nak layanlah dlm youtube..nak tgk dlm bahasa korea...

deena awanis said...

cite ni memang best.. I dah abes tgk!hahaha..best best best. sila layan.hero hensem pulak teww...(terus jadik gedik)..=)

semut-terbersin said...

dulu tengok cite ni kat channel ONE..tp asik dok terbayang dia ni berambut kerinting dalam boys over flower..lawak je!

Liz said...

Nur H> aah, tak syok sbb dlm bahasa cina. lps ni nak layan dalam bahasa korea pulak.

kak Ayu> tau kak. tapi dulu rambut tak cun. ahaks.

kak Fira> akak tgk Faith kat online? Boleh share link tak? Teringin nak tengok movie tu juga. City Hunter ni berjaya bagi dia gelaran Best Actor kan?

Maisya> heroin buat plastic surgery ke? patutlah lebih lawa dari dulu. tapi lee min ho dalam ni lagi hensem dari kat boys over flower tu. biasa la, tgk rambut dulu :p

deena> hahaha, ni yang rasa nak gi donwload cepat2 nie. berzaman nak tunggu episod akhir. amboi, ramai betul kata dia hensem. cuci mata korang eh!

Ila> BETUL! rambut kerinting tu tiba2 jadi macam kurang hensem.

~Cik Viva~ said...

salam..

cite city hunter & lee min ho ni pernah menjadik kegilaan akak2 opis saya yang sememangnya kaki drama korea.. tapi sekarang dorang dah bertukar ke Zain Min ho...hehe

Liz said...

Cik Viva> wasalam. alamak, zain min ho pulak? hehe, dia kaki pukul dan panas baran. jauh beza dengan lee min ho yang sweet dalam diam itu. hehehehe

Fiza Rahman said...

Ok. Nak try tgk malam nih ☺☺

FiraHamzah said...

babe,
link utk drama korea ada bykkkkk..
hehe, akk bg awak beberapa link ek..ikut ar mana yang awak syok nak buka..

http://ocean-blu.blogspot.com/2012/08/korean-drama-faith.html

http://www.koreanshowsonline.com/search/label/The%20Great%20Doctor%20Faith

http://www.dramabeans.com/2012/10/faith-episode-16/ - recap drama

http://wkdrma.blogspot.com/2012/08/faith-great-doctor.html

kat viki & daily motion pun ada..

to me, drama ni best arrr..even heroin dia tua dari hero nyer..but still macam match aje. hope u like it! hehehe :)

Liz said...

Fiza> hehe..

kak Fira> waaahh, thanks kak!!! nanti bila free, saya nak tgk. I thought Faith tu movie. Drama eh?

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.