Friday, January 11, 2013

A week after...

Alhamdulillah, Batrisyia sukakan tadika dia.

Day 1 - Seperti yang diceritakan sebelum ni. Rujuk entry tersebut
Day 2 - Masa hantar, dia suruh I tunggu. I cakap, I tunggu dalam kereta sebab kat luar tu panas. Dia berdiri je kat laman tadika dan tengok I kat dalam kereta. Macam takut I lari. Bila teacher ajak dia masuk, I cabut. Hehehe.  Petang tu, dia kata dia menangis sebab teacher kata I dah pergi kerja. Huhuhu.
Day 3 - Masih suruh I tunggu dan dia suruh I bagitau teacher yang I tak pergi kerja. Bila jemput dia petang tu, nampak muka sedih dan ada air mata jatuh. Ingatkan apa. Rupa-rupanya, kawan dia tolak dan dia jatuh tangga.
Day 4 - Tidak tahu apa yang berlaku sebab abi dia yang baik hati hantarkan dia ke tadika. Balik petang tu, muka rileks je.
Day 5 - I hantarkan. Dalam kereta lagi dia dah cakap, "Umi tak payah tunggu. Umi pergi la kerja. Tisya tak kesah".
Day 6 - I hantarkan. Salam I, salam teacher. Terus menonong masuk tadika. Dah tak menoleh lagi. Macam dia kata kat I hari sebelum tu, " Tisya suka sangat sangat pergi tadika".

Yang best nya kan, minah ni dah tidur awal! Kalau dulu pukul 10.30 malam baru nak tidur. Sekarang tak payah susah-susah paksa dia tidur. Selalunya masa on the way balik ke rumah, dia dah tertidur dalam kereta. Lepas mandikan dia, dia makan dan tidur. Hari Rabu lepas lagi best. Tak tidur dalam kereta. Tapi dah tertidur kat sofa rumah dari jam 8 malam. Masa kami hantar ke nursery keesokan harinya (jam 7 pagi), dia masih nyenyak tidur.

Wow, malam tanpa anak yang berjaga... memang boleh rileks! Bagus juga dia masuk sesi petang. Nasib baik TLC ni jenis yang tak bawa balik homework. Semua homework akan disiapkan di sekolah. Students hanya perlu buat revision di rumah (Iqra and reading).

2 scribble(s):

Fiza Rahman said...

Baguslah tisya. Tido awal sbb penatlah tu kat skolah ☺☺

Liz said...

Fiza> tu la. aku pun rasa macam tu

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.