Friday, December 27, 2013

Unboxing - Cerro Qreen Makeup Brushes


There is no doubt Batrisyia will go oh la la if she saw these brushes. This is CERRO QREEN Natural Pony Wool Professional Brush Set Makeup. Review shall come out soon :)

Tuesday, December 24, 2013

HP Launches "Game On" Promotion

Want to win a paid trip to Maldives? Why don't try your luck in Game On With HP?

On 18th December 2013, HP Malaysia announced the launch of an exciting new promotion that will see two lucky victors win all expenses paid trips to the Maldives, while another 50 runners up will be rewarded with a range of HP merchandise.



10 x HP Pavilion 11
20 x HP Pavilion 23fi 23” IPS Monitor
50 x HP Wireless Mouse and Headphone Gift Pack 
50 x HP Deskjet Ink Advantage 1515 All-in-One Printer 
50 x HP Goodie Bags

Sounds exciting?

To enter the competition, participants need to have purchased at least RM50 worth of HP products from any authorised HP reseller in Malaysia. Once they have done this, they need to complete the slogan "It's time to game on with HP because..." in no more than 15 words.

For every purchase of HP Products, participants will be entitled to one entry. This is how it work.

Once all entries have been received, the top 50 contestants will be chosen based on the creativity of their slogans. The 50 contestants will be invited to a Grand Final in Kuala Lumpur, where the winners will be decided through a series of fun, interactive games designated to test the participants' memory and reactions.

For just reaching the Grand Final, the chosen 50 will receive goody bags, an All-in-One printer, a wireless mouse and headphone gift packs. After the first round of games, the original 50 will be reduced down to 20, all whom will progress to the second round and receive a 23fi Monitor.

Upon completion the second round of games, a fortunate 10 will progress to third round and will each receive two hybrid PCs. The third round will result in the selection of the two winners, who will each be awarded two trips to the fabled Maldives, which will include return airfaces, accommodation and meals.


The competition open to all residents of Malaysia and will run until just before midnight on 31st January 2014. Further details can be found at : www.hp.com.my/gameonwithhp

Monday, December 23, 2013

My 2014 Beauty Resolution

How time flies! Sekejap je rasa.. kita dah nak masuk ke tahun 2014. I know bila sampai hujung tahun je, ramai yang dah mula pasang azam tahun baru. Me? I tak pernah nak ada specific resolution for each year. Simply because I guess I don't want to pressure myself. Hahaha...

But I perasan yang I pun tak muda sangat dah. Tahun depan umur dah masuk 32 years old yo! So I really need to take care of my health and beauty. You don't think you're beautiful? It's about time for you to change the way you see yourself. Jangan terlalu merendah diri, ok?

Sebagai pembuka tirai tahun 2014, The Butterfly Project telah berkolaborasi  dengan Yadah untuk mengajak butterflies mengetahui dengan lebih lanjut tentang produk Yadah.


Do you remember my previous post about Yadah? Nevermind, let me refresh your memory. Yadah is from Korea and it offers a wide range of botanical skincare products that are gentle yet effective to your skin. The best part is all the products are 100% chemical-free and have no artificial colouring. You will get all the benefits from the natural plant ingredients. Do not underestimate the power of natural and organic product.



So what is my 2014 beauty resolution?

1. To get enough sleep. Semua orang tahu kita patut tidur sekurang-kurangnya 8 jam sehari tapi berapa ramai yang tidur 8 jam sehari? Me? I rasa I hanya tidur 5-6 jam sehari sahaja. You have to get enough sleep to make sure your body get enough rest. Penting ke? Penting kerana ketika tidur, badan kita akan 'repair' segala 'kerosakan' di luar dan dalam badan. Bila tak cukup tidur, you will get tired easily, become grumpy and muka terus tak cantik. I know it's not easy but I have to try. Hey, I can have enough sleep during the weekend.

2. Exercise more. I have to stop giving excuse to myself. Dulu rajin buat zumba dan aerobik. Lepas tu bila mula pasang angan-angan nak tambah anak, I stop sekejap. Tapi takde juga rezeki tu. So lepas ni no turning back. Kita exercise sampai penat. Hehehe..


That's it!  Inilah 2 perkara yang I nak ubah untuk tahun 2014.


To celebrate the new year festivities with a cute lil girl name YADAH! from Yadah Malaysia, click here.

Thursday, December 19, 2013

Apalah nasib... semua benda naik naik harga

Semua orang bercakap tentang kenaikan kadar tol pada tahun hadapan. It's a slap on your face. Petrol naik, kadar elektrik naik, ni tol pulak? Belum lagi ambil kira orang yang banyak pakai gula (seperti peniaga) di mana mereka tak suka bila subsidi gula diturunkan.

This is not easy. Untuk mereka yang berpendapatan tinggi, kenaikan ni tidak memberi kesan kepada mereka. Tak heran pun. Tapi yang berpendapatan rendah dan sederhana, mereka sudah mula garu kepala dan cuba adjust kos hidup. Nak adjust macam mana? Memang ada sesetengah yang suka berbelanja melebihi kemampuan tapi lagi ramai yang pandai uruskan duit mereka. Kenaikan petrol, elektrik dan tol ni sudah cukup menekan.

They said harga barang takkan naik walaupun harga petrol dah naik. Siapa cakap? Mereka hanya boleh cakap tapi cuba tengok sekeliling, harga barang dah mula naik. Suppliers pun cepat-cepat keluarkan price list baru. We cannot blame the suppliers because the price hike affects their business too.

They said nak kurangkan kadar tol dalam masa 5 tahun tapi dah ada ura-ura nak naikkan kadar tol. Guna jalan biasa kalau taknak bayar tol? Cakap senang la. Orang yang cakap tu mungkin tak perlu menempuh kesesakan jalan di waktu pagi. Di kala orang lain risau kalau lambat masuk kerja (dan terpaksa gunakan jalan tol untuk cepat sampai), dia mungkin tak perlu bangun awal pagi.. kereta pun ada orang pandu, silap-silap ada police escort.

Kenapa susah untuk orang atas pandang orang bawah? Jangan keluarkan statement, "Kalau tak suka, pergi duduk luar negara". This country doesn't belong to you. It belongs to all of us.

Tuesday, December 17, 2013

Review : Lenovo K900 vs Ninetology U9X1

Asyik aim nak pakai Samsung S4 je sampaikan I tak tau pun yang satu Malaysian-based smartphone manufacturer telah mengeluarkan smartphone di bawah jenama yang sama.  Jadi apabila I dapat email dari pihak Ninetology untuk buat short review Ninetology U9X1 bagi Tech Kaiju Arena blogging campaign, I ambil peluang ni untuk mengetahui tentang Ninetology smartphone dengan lebih lanjut. The Blogger's Review Program - "Tech Kaiju Arena" is a blogging campaign by Ninetology Malaysia to inspire creative writing and transparent blogging in the Malaysian Community. Senang cerita, I have to give my honest review about these two smartphones. Takde 'ayat kipas' berat sebelah.

Ninetology memberi 2 buah smartphones untuk I pakai selama seminggu. Ninetology U9X1 dan Lenovo K900. So yeah, terpaksa ketepikan S4 buat seketika. Hehehe...



I taknak review the tech spec of each smartphone. Being me, I lebih suka pastikan beberapa perkara apabila nak beli smartphone: SAIZ, WARNA, KAMERA dan HARGA.

Jom tengok kedua-dua buah smartphone tu.

LENOVO K900


Wow! Perkara pertama yang I perasan ialah K900 ini sangat nipis! To be exact, it is ultraslim at 6.9mm and weighing just 162 gram!


The best part is it comes with a stainless steel body. Ia mengingatkan I kepada satu brand lama keluaran Motorola iaitu Motorazr. So in term of design, K900 is best-looking smartphone in the market. To check the tech specs, click here.

Cuma saiznya agak besar untuk tangan I yang tak berapa lebar ni. I rasa tapak tangan I ni penjang la juga tapi I tetap rasa kurang selesa bila pakai Lenovo K900. Mungkin sebab saiznya hampir sama besar dengan tapak tangan I. To be exact, it's 157 x 78 x 6.9 mm. Instead of using one hand to operate the keypad, I have to use both hands to text message.

Oleh kerana badannya dari stainless steel, ia hanya didatangkan dalam satu warna iaitu steel. Boring? For me, steel is stylish :)

Ok, yang paling best tentang Lenovo K900 ni ialah camera. Walaupun ia 13 megapixel camera (and to be truth, dah banyak smartphone mempunya 13MP camera) seperti beberapa smartphones di luar sana, camera Lenovo K900 ni menghasilkan gambar yang sangat sharp. 

The last time I check, the retail price is RM 1,499.



NINETOLOGY U9X1




It is unfair to say this but I cannot help comparing Ninetology U9X1 body with Lenovo K900. Seperti kebanyakan smartphone di luar sana, Ninetology U9X1 menggunakan polycarbonate aka plastik. Hehehe. It's not a big deal. Tapi kalau letak Ninetology U9X1 sebelah Lenovo K900, pasti banyak mata terpikat dengan Lenovo K900.

Tapi ada yang I suka tentang Ninetology U9X1.


First, saiznya just nice untuk I. Tidak terlalu besar. It's 137.8mm x 69.9mm x 10mm and weighing at 160 gram. To check the tech specs, click here.

Smartphone ni boleh didapati dalam dua warna iaitu hitam dan merah. Korang pun tau betapa I suka warna merah kan? Sadly, unit yang I pinjam tu berwarna hitam.


It looks so nice in red, don't you think?

Dari segi camera, Ninetology U9X1 mempunyai 13MP camera and it is zero shutter delay. Ni yang I paling suka sebab kita boleh dapat kualiti gambar yang baik walaupun objek tu bergerak. Fall in love with it instantly!

The retail price is RM 1,099. Cheap!


OVERALL

Setiap orang akan melihat beberapa kriteria ketika membeli smartphone. I guess guys will look through the technical specifications such as the OS, memory, connectivity, battery life etc. I pulak, janji boleh guna tapi kualiti kamera mesti baik sebab I suka ambil gambar.

I love Lenovo K900. It looks outstanding than other smartphones in the market with its stainless steel body. Tapi sebab ia terlalu besar untuk I, I will not buy it. I jenis yang kadang-kadang nak cepat. Malas bawa handbag. Kalau boleh, semua nak masuk poket. Hehe... So agak leceh bila nak pakai Lenovo K900 ni. Tapi kalau saiz tak penting untuk korang, maybe boleh consider untuk beli smartphone nie.

Now.. now.. Ninetology U9X1. It surprise me! First, ia nampak seperti biasa-biasa je. Nothing to shout about from the outside. No "Wow Factor" dari segi design. But zero shutter delay berjaya mencuri hati I. I kan suka ambil gambar. Ada pulak anak yang aktif dan tak reti duduk diam. So dengan Ninetology U9X1 ni, gambar memang cantik dan ia berjaya capture apa yang I nak. Dengan harga RM 1,099, ia sebuah smartphone mampu milik!



A good news for all. The 1st 100 pre-orders of the U9 devices every month via the newsletter will enjoy E-Vouchers worth up to RM200! Apa tunggu lagi? Click banner di bawah untuk dapatkan lebih penjimatan.


Monday, December 16, 2013

Beli contact lense melalui MrLens

Wanna know one thing. I can't wear sunglasses. Bukan atas sebab kesihatan tapi I memang tak boleh pakai cermin mata. Rasa rimas dan panas. Erk, normal ke tak normal? Nasib baik la mata I ni tak rabun walaupun I mengadap computer bertahun-tahun. Kalaulah I rabun, I rasa I sanggup rabun daripada pakai cermin mata kot. Hehehe...

But boleh je nak pakai contact lense, betul tak? Contact lense is a new thing for me. Did you know that you can buy contact lense online?

Welcome to MrLens.


The website is straight-forward and easy to browse. Korang boleh pilih jenis lenses yang korang ingini : Daily Disposable, Monthly Disposable etc. Click je dan korang akan terus di bawa ke page seterusnya di mana korang boleh browse pelbagai brand yang menawarkan contact lense yang dipilih tadi.

Sebelum mula shopping, kena register dulu. Ini untuk memudahkan kita monitor our purchase.



 Done!


Now I know it's not easy to choose colored lenses. Macam mana nak tau color tu sesuai dengan kita ke tak, betul tak? Colors like violet, green, honey... tak dapat bayangkan! No worries. All you have to do is scroll the mouse to photo given and wallah... dah boleh bayang macam mana warna mata korang :)


Next step is to choose the power and color of your lense.


Then click "Add to Cart". Still want to buy more lense? Just continue shopping and click "Add to Cart" whenever you decided to buy. Selesai, boleh click link "Currently In Your Shopping Cart". Skrin akan tunjukkan apa yang korang nak beli.


Lepas tu boleh click "Checkout" button and follows the next few steps.




Now you can see your order status.


MrLens akan hantar email juga. Agak cepat juga mereka proses order. Hari kedua mereka mula process dan shipping out. Hari ketiga I dah dapat contact lense tu. I rasa ia bergantung kepada lokasi korang juga la.

Dari segi pembelian atas talian, I takde masalah tapi sales service ada masalah sikit la. I had a problem bila nak check my package status di Poslaju. Kelihatan seperti package id yang diberi di email tu tiada dalam rekod Poslaju. Bukan takde tapi seperti id tu tak sama format dengan id poslaju. I ada cuba hantar email kepada MrLens tapi tiada jawapan hingga ke hari package tu sampai. On the same day, I dapat email dari server yang mengatakan email I tu tidak dapat dihantar atas sebab teknikal dari pihak MrLens. Hopefully pihak mereka boleh improve dari segi ini.



Ahaks, belum pakai pun lagi. Kalau dah pakai nanti, I share gambar ye :)

Untuk senarai produk, layari MrLens Website dan MrLens FB Page. Thanks to The Butterfly Project for this opportunity.

Thursday, December 12, 2013

Kinohimitsu Luau Party bersama Kinohimitsu

Do you remember my post about Kinohimitsu Luau Party? Didn't expected to get the invite. But yes, I made it! Thanks to The Butterfly Project. I went to Kinohimitsu Luau Party on 20th November. Tapi baru sekarang sempat update.

Bertempat di Vila Manja Spa, tema pada malam itu ialah Hawaiian Tropical. Rata-rata bersemangat dressing ikut tema. Yang Muslim pula bersemangat hias tudung dan tangan dengan bunga-bunga. Semangat beb!


Oh, Vila Manja Spa ni terletak di Jalan Damai. Petang tu, I pergi dengan Sabby, Sab dan Innanie. Dah pergi waktu petang.. apa lagi, jalan sesak sangatlah. Sabby la jadi penghibur kat dalam kereta :)

Kami antara yang terawal sampai. Lepas register, kami dapat bunga kalung dan games card. Ada 4 game stations yang kami mesti cuba. Kumpulkan stamp dan kemudian boleh redeem goodies bag.

Innanie

 Baru lepas hujan. Jalan masuk dihiasi rose petals.

More rose petals

Party bermula lepas maghrib. So lepak dengan bloggers yang lain dulu. Masing-masing pun dah kenal. Yang best, kami dapat complimentary shoulder massage. Ambik, sedap betul tukang urut tu mengurut. Katanya, badan I keras keras gitu. Ahahahah...

For a start, party dimulakan dengan games! Kami diminta membuat kumpulan yang terdiri daripada 5 orang. Terus je pilih orang kiri kanan.  I satu group dengan Sabby, Cik Lily Putih, Inannie dan Leya. Game simple je. Tapi boleh menang pulak tu. Basah pun tak kesah. Janji menang.

Illy dan Tammy sebagai MC's of the night

Dramatik! Hahaha

Tujuan utama kami menghadiri Kinohimitsu Luau Party ni ialah untuk mengetahui dengan lebih lanjut akan produk terbaru Kinohimitsu iaitu Kinohimitsu J'Pan Bio-Booster. Sedikit berlainan dengan J'Pan beauty drinks yang lain, Kinohimitsu J'Pan Bio-Booster ini dalam bentuk serbuk. Boleh dimakan begitu sahaja atau dibancuh dijadikan minuman.



Tapi apa tu Kinohimitsu J'Pan Bio-Booster? Ia merupakan gabungan simbiotik organik yang membantu usus kita menyerap semua nutrient dalam makanan dengan lebih daripada 2 kali. Korang pun tau betapa pentingnya usus kita ni. Ia bukan setakat memproses makanan menjadi partikel yang lebih kecil, tetapi ia juga perlu memilih apa yang perlu diserap dan apa yang perlu dibuang. Tapi jika kesihatan usus kita berada di tahap yang kurang baik, maka proses ini tidak akan menjalan lancar. Badan tidak dapat menyerap nutrient dengan maksimum. Malah, kesan buruk boleh berlaku apabila kita mengalami sembelit.

Pendek kata, Kinohimitsu J'Pan Bio-Booster ni berupaya untuk "menyihatkan" usus kita. Sesuai sangat untuk mereka yang mengalami sembelit, cirit birit dan masalah usus yang tidak serius.

Selepas mendengar penerangan mendalam tentang Kinohimitsu J'Pan Bio-Booster, kami dijamu dengan pelbagai makanan yang enak. Lepas makan, semua serbu game stations. I got lucky at Spin and Win station. Dapat extra Kinohimitsu Stem Cell Beauty Drinks!

From here

Malam tu, 123Cheese Photo Booth telah menjadi salah satu sponsor kami. Banyak betul gambar kami ambil. Pose, snap dan tunggu sekejap. Gambar terus siap. Awesome!




It was a fun night. Paling seronok bila berkumpul dengan bloggers yang lain. Semuanya peramah dan sporting belaka. Goodies bag penuh berisi produk Kinohimitsu.



Thanks to The Butterfly Project and Kinohimitsu Malaysia for this opportunity.

Tuesday, December 10, 2013

Kembali bersiaran

Hello, kembali bersiaran :)

Dah balik hari Sabtu. Semalam busy sangatlah kat office. Hari ni pun busy tapi ada pulak member tanya, "Cuti lagi kah?". Tidak... dah balik dah ni. Cuma tak sempat nak berblogging. Nak kena setelkan kerja. Lepas I cuti, bos I pulak pergi cuti. Maka terkejar-kejar sikit siapkan kerja.

Marilah I share satu gambar percutian. Photographer tak pandai cari angle nampaknya. Apalah guna bergambar dengan kapal selam kalau tak nampak kipas kat belakangnya. Betul tak? Ahaks, takpe la... bawah tu gambar kapal selam ye. Harga billion. 'Nangis' I tengok harga yang terpampang kat papan kenyataan.


Motif suami I berpayung? Panas weih! Sebab nak bergambar, I paksa dia pegang payung.

Thursday, December 05, 2013

Hiatus


Natta Cosme Charity Drive

Kurang sebulan yang lalu Taufan Haiyan telah melanda Filipina. Walaupun amaran awal telah dikeluarkan, impak dan kesan buruk dari taufan tu amat sukar dikekang kerana ia merupakan taufan terburuk yang pernah direkodkan. Kelajuan angin dalam Taufan Haiyan mencecah 315km/jam.

Banyak after-impact photos telah dirakamkan. Kemusnahan harta benda dan kehilangan nyawa telah mencecah beribu orang. Ramai yang telah kehilangan orang tersayang dan tempat tinggal. Pada hari yang sama, ramai bayi telah dilahirkan dan bayi-bayi ini terpaksa survive dalam keadaan yang serba kekurangan dan tanpa bekalan air yang bersih.



Prihatin dengan nasib yang menimpa rakyat Filipina, Natta Cosme telah menjalankan charity drive untuk pelanggan mereka. 

In Natta Cosme, we strongly believe that absolute beauty does not stem solely from the external perfect skin, the internal beauty expressed through various kind acts is equally crucial to show your unique gorgeousness as well. Natta Cosme has been committing to the meaningful line; life gives to the giver and takes from the taker. The less valuable things you are having may mean the world to others; by contributing to others tiny things you have, you will be rewarded in some other ways.

Para pelanggan boleh membeli sambil menderma. Hanya perlu beli produk yang berada dalam kategori "Charity", setiap hasil dari pembelian tersebut akan disalurkan kepada tabung bagi membantu mangsa Taufan Haiyan.



Untuk keterangan lanjut, boleh ke sini : Natta Cosme Charity Drive

Monday, December 02, 2013

The blue eyed actor.. Paul Walker 1973 - 2013


It all started in year 2003.

Ada movie baru nak keluar. Kebetulan I  cuti. I decided to watch a movie. Tengok trailer macam best. It was morning, definitely. I nak beli tiket untuk first show. Tak ramai pun yang beratur sebab hari bekerja.

The worker at ticket counter refused to sell the ticket to me. Dia kata tak boleh sebab movie tu untuk mereka yang berumur 18 tahun ke atas. I said, "Tapi umur saya 21 tahun". He just smiled and asked me whether I want to watch other  "U" rated movie. I wanted to show him my IC but he shaked his head and called his manager.

What the heck?! Dia mesti ada cakap sesuatu dengan manager dia sebab sampai je kat kaunter, manager dia terus cakap yang I tak boleh tengok movie tu. I terus keluarkan IC dan letak atas kaunter. "Now, kenapa saya tak boleh tengok movie tu?". Dia tengok my IC dan terus minta maaf, "Maaf adik, ingatkan awak budak sekolah lagi".

Fuhhhhh..... sabar je la. Tapi ia berbaloi kerana tak ramai pun orang dalam panggung masa tu. I dapat seat cantek. Paling syok, cerita tu best sangat!!! Keluar dari wayang, I rasa nak tengok lagi.

2 Fast 2 Furious. Masa tu la I mula kenal Paul Walker. Memang best sangat dia berlakon dalam movie tu. Sejak tu, memang tak ketinggalan tengok setiap kali keluar kat TV. Perwatakan dia sangat sempoi. Ok la, cute la juga eh. Tapi I memang suka lakonan dia. Sampaikan masa The Fast and the Furious : Tokyo Drift keluar wayang, I boikot tengok sebab takde Paul Walker. Hahaha...

I'm so in love with his acting. Movie bertajuk Vehicle 19 yang bosan tu pun I berjaya tengok sampai habis sebab Paul Walker jadi lead actor. Kalau tak, memang confirm I tak tengok.Tapi paling I tak boleh lupa ialah filem Eight Below. Oleh kerana ia berdasarkan kisah benar (dan sebab ada Paul Walker), I tengok movie tu. Sedih kan? Bergenang air mata bila dia jumpa balik anjing-anjing tu. Setiap kali tengok, mesti rasa sedih.


I terbaca tentang kemalangan yang menimpanya melalui Facebook. Macam tak percaya. Is is a hoax? Must be a hoax. But then, Dailymail pun keluarkan kisah yang sama. I was speechless. He was so young, a good actor and down to earth man. Thing like this make me want to say, "Kenapa tak Lindsay Lohan tu je yang accident? Dia lagi bawa banyak masalah". Ok, sorry Lohan.

I don't know. Kenapa diorang tak keluar dari kereta tu? I know kereta tu terbakar tapi kalau ye pun, mesti la diorang cuba nak selamatkan diri. Atau mereka pengsan? Entah la. Terbaca witness statement di sini, I dapat bayangkan apa yang berlaku. 

Malam tadi layan Fast and Furious 6. Fast and Furious 7 will be a heartbreaking movie. No more Brian O'Conner :(

Make a wish with Hermo.my

For those who celebrate Christmas, it is a day to be with your family. A celebration where you have special meals for Christmas Eve, singing Christmas carol, exchange gifts etc. I know because I had watched too many Christmas drama and movies.

I'm not celebrating Christmas but it doesn't mean I can't make a wish. Especially this time when Hermo.my is willing to grant a few wishes. Again, this project is brought to you by The Butterfly Project.


Guess what girls? Santa Hermo is looking to grant wishes from butterflies this Christmas! You know how we love making wish list of things we so dearly want but never check out from the shopping cart online. Now it's your chance to blog about all the things you wish for from hermo.com.my and well if you really want to catch Santa's attention, mention Hermo Christmas promotions on your post!

I had a hard time to choose what I want. This is my wish.

RM 80
This is high-concentration multiberry extract yogurt pack that nourishes skin from deep inside and leaves skin supple.

I heard a good reviews about this product from other beauty bloggers. It contains new fermented yogurt which can stimulate collagen production. It smells good too. It will leave your skin smooth and supple. Wow, I really want to know whether it's true.

Hermo.my , please grant my wish.


Girls, did you know that Hermo.my is having Christmas sale right now?


You can get a limited edition gift card, participate in "Spin to Win" where you can win great prizes and many super value gift set to buy for someone you love! So why not head off to Hermo.my to shop.

Interested to join this giveaway? Click here : My Christmas Wish List

Friday, November 29, 2013

Stop yelling at your kids

Let's face it. No matter how patient we are, we will yell at our kids at least once a day. No? Wow, you are a very patient parent.

I yell at my daughter. Bukanlah sampai terjerit-jerit. Lebih kepada marah.. nagging her until she does what I want. It can be really frustrating for me and for her too. Maybe for my husband too because her daughter get scolded and her wife are turning into a mad woman T_T

It is not a good feeling at all.

I read one article yesterday. Thanks to Nazz Mumin for sharing it on Facebook. Then, Imee shared the same post. And kak Wardina too. The first time I read it, I felt like I have to change to someone better. No more yelling, no more nagging but try to change.

Mommies and daddies out there, please take your time to read this :

10 Things I Learned When I Stopped Yelling at My Kids

Thursday, November 28, 2013

The Hunger Games : Catching Fire movie review

What? No review about The Hunger Games : Catching Fire? Ehem, I bukan taknak buat review tapi I nak beri masa kepada diri sendiri untuk settle down. What will happen kalau balik je dari tengok wayang, I terus buat review? Mesti korang pun pitam baca I puji berbakul-bakul.

So mari kita review.



Catching Fire merupakan buku kedua dari The Hunger Games Trilogy. Sesapa yang dah tengok filem yang pertama, korang mesti tau bagaimana Katniss dan Peeta dinobatkan sebagai juara The Hunger Games yang ke 74. Sepatutnya hanya seorang juara dinobatkan dalam setiap game. Tetapi disebabkan trick yang digunakan oleh Katniss, The Head Gamemaker memberi laluan agar kedua-kedua mereka menjadi juara. Katniss ingatkan semuanya berakhir di situ saja. Tanpa disangka, perbuatan dia membuatkan President Snow naik berang kerana ia seolah-olah menunjukkan bahawa sesiapa saja dari district lain boleh melawan Capitol. Malah, beberapa district sudah mula melakukan pemberontakan.

President Snow yang suka pakai white rose di bajunya.
Ada sebab dia gemarkan white rose.
Mungkin ia akan dijawab dalam Mockingjay.. hehe.

Katniss diugut agar cuba meyakinkan semula penduduk Panem sewaktu perjalanan meraikan kemenangannya di setiap district. Malangnya, apa yang Katniss lakukan tidak cukup untuk membendung pemberontakan di Panem, sebaliknya lebih mendorong kepada penduduk Panem untuk memberontak. Akibat dari itu, Katniss dihukum.

On the seventy-fifth anniversary, as a reminder to the rebels that even the strongest among them cannot overcome the power of the capital, the male and female tributes will be reaped from their existing pool of victors

Kembalilah dia dan Peeta ke The Hunger Games, Cuma kali ini, hanya seorang juara akan dinobatkan. Katniss inginkan Peeta hidup dan Peeta pula sanggup bergadai nyawa untuk Katniss.


Peeta yang sentiasa memberi kejutan during tribute interview

Jadi siapa yang akan menjadi juara? Haa, kenalah tengok sendiri!!

Tak patut rasanya nak bandingkan buku dengan movie berdurasi 2 jam setengah. Cuma I lega kerana filem kedua ni lebih bagus dari filem pertama.

 - Camera movement lebih baik dan tidak memeningkan kepala. I faham bila pengarah dahulu buat ia kelihatan shaky sebab nak kita merasa sendiri perasaan berada dalam The Hunger Games. But seriously, pening kepala bila tengok kat skrin besar. Kalau tengok kat TV kat rumah tu, tahan la juga.

- Capitol diserlahkan dengan baik, seperti yang diceritakan di dalam buku. Jalan cerita tak nampak tergesa-gesa. Kita diberi peluang memahami cara hidup penduduk di Capitol, dapat tengok cara pemakaian mereka yang keterlaluan dan bagaimana Peeta dan Katniss setiap hari cuba melawan trauma dan kesan dari The Hunger Games ke atas mereka.

 - Ada la scenes yang diubah sikit-sikit yang I rasa takde pun takpe tapi bila dia ada, rasa mcm bagus. Salah satunya scene di mana Peeta keluar dari Training Room selepas melukis gambar Rue. Muka dia nampak bengang dan sedih dalam masa yang sama. I was like, “Good Peeta! Show it to them”.

 - Yes, I sedih sikit. Mula-mula sedih bila orang tua dari district 11 tu kena tembak. Memang la dah tau sebab dah baca buku tapi bila tengok dia kena heret tu, sedih giler la. Jahat betul Peacekeeper! Lepas tu sedih bila Effie macam nak menangis bila nak berpisah dengan Katniss dan Peeta. Ye la, dia pun tak sangka benda akan jadi macam tu. Sedih juga masa Cinna kena belasah. Tapi sekejap sangat pulak dia kena belasah. Huhuhu…

 -The Prep Team. At last, ada juga la diorang bercakap panjang sikit dari movie pertama tu. Kalau kat buku, prep team ni sangat la peramah dan menyeronokkan. I suka!

-Adegan yang mengejutkan. Haha... ni memang terbaik. Satu panggung terkejut. Orang sebelah I kaki dia sampai ternaik kat atas seat. Sabar je la.

Satu je yang I rasa kureng sikit. Kenapa The Arena tu tak berapa nak hijau? Ke sebab screen kat wayang tu? Bukan apa, I tengok trailers, hijau dan cantik. Tapi bila tengok wayang, kelam sungguh warnanya. Tak puas tengok. Nak tengok lagi!

"I wish I could freeze this moment, right here, right now and live in it forever."

Tuesday, November 26, 2013

The best at 1 Utama Wonder Food Adventure

Hello peeps! Whoever follow me on Facebook and Instagram must already know about my food adventure on 16th November at 1 Utama Food Street. Thank to The Butterfly Project and 1 Utama for giving me this opportunity. Basically, ia seperti jalan-jalan cari makan di mana bloggers yang terlibat perlu cover sekurang-kurangnya 5 outlets. Terdapat 15 restoran dan gerai yang kami boleh kunjungi pada hari tersebut.


It is like a food feast but this activity is mainly about promoting the wide variety of chic eateries offered at 1 Utama Food Street. Tak perlu lagi nak ke Penang, Melaka atau Korea untuk merasa makanan dari sana.

Anyway, did you know that 1 Utama is the World’s 4th Largest Mall? Wow, tak sangka sebab I memang tak tau pun fakta menarik ini. Jom kita lihat antara outlets yang kita boleh dapati di 1 Utama Food Street.

LG Promenade 
1. SS2 Goreng Pisang
2. Ninja Joe
3. Seaweed Club
4. I Love Yoo
5. Eat and Happy Yong Tau Foo
6. Oyster King
7. Bisou
8. Mr Cendol
9. Pao Xiang Bak Kut The
10. Ko Hyang Korean Country Delights

LG Highstreet 
1. Lammeeya
2. BBQ Chicken
3.Food Box
4. Viva American Pizza and Panini
5. Molten Lava

As you can see, some of the outlets are non halal but I didn’t face any problem on that day because I don’t have to eat if I don’t want to. I met Edazz during registration and thought that maybe we can go cover each restaurant together. But guess what? She already had another 3 awesome bloggers with her : CP, Shiv and Claudine. They were kind enough to start the food journey with a halal restaurant first. Lets go!

No 1 : BBQ CHICKEN 


Our first pit stop. Yeah, I feel like in The Amazing Race – Food Edition here. Hahaha. BBQ Chicken bukanlah sesuatu yang baru bagi I. Ia merupakan salah satu restoran pilihan setiap kali I terasa nak makan ayam yang dimasak dengan cara yang lebih menyihatkan.

It all started in year 1995. BBQ Chicken ni dah terkenal di Korea dan mempunyai lebih 1000 outlets di sana. Kalau korang nak tau, BBQ Chicken hanya menggunakan EVOO (Extra Virgin Olive Oil) dalam masakan mereka. BBQ Chicken is not under fast food chain restaurant because all the dishes are cook upon order and they only use fresh ingredients. No compromise! Malah, mereka mencipta sendiri sos rahsia yang digunakan dalam pemerapan ayam dan ayam akan diperap dalam 12 jam untuk memastikan ramuan itu benar-benar diserap ke dalam ayam. Patutlah sedap!

 
This outlet is big and spacey. Setiap meja tidak disusun terlalu rapat. BBQ Chicken memilih merah dan hijau sebagai warna utama untuk outlet mereka. Kami disambut oleh Ms. Josephine Koh selaku assistant Manager di HQ . Beliau memberi sedikit penerangan tentang sejarah BBQ Chicken, apa yang membuatkan mereka berbeza dari restoran yang lain dan memperkenalkan their signature dishes : Jerk Chicken, Korean Charboil dan Golden Olive Chicken. I am a big fan of Jerk Chicken.


Memang sedap. Setiap kali ke BBQ Chicken, mesti nak order yang ni je. Yummy! Since all of us can tolerate spicy food, Ms Josephine had asked the kitchen to prepare Hot Hot Drum for our table.


Wah, nama pun dah kedengaran pedas. Tidak terlalu pedas untuk lidah I. It’s spicy but you will keep on eating it because it’s delicious. Will definitely try it again next time.

Group photo

BBQ = Best of the Best Quality

No. 2 : LAMMEYA



This is non halal restaurant. Eventhough it is non halal, my fellow members decided not to eat there. They help me to ask a few questions to the waiter. According to the waiter, Lammeya signature dish is “Lam Mee”. You can see the big photo on the wall.


No 3 : MOLTEN LAVA


Molten Lava merupakan sebuah kedai kecil yang menjual delicacies seperti kek, cupcakes, Lava Thick Toast, Roti Paratha dan macam-macam lagi. Outlet ni kecil sahaja. Ada kerusi dan meja di bahagian dalam dan ada juga yang disediakan di bahagian luar. According to the waiter, their signature dish is Kiddy Churros.


Rupa macam finger food. Sedap sebab makan panas-panas dan ada bau cinnamon.

No 4 : FOOD BOX


Ia terletak di sebelah Lava. It’s a non halal outlet. Choy Peng dan Claudine ada cuba makanan di situ. Menu is simple. Pelbagai lauk bergoreng boleh didapati di sini. Oleh kerana ia terletak di hujung, ruang makan sedikit luas berbanding outlet berhampirannya.

No 5 : PAO XIANG BAK KUT TEH


Again, non halal outlet. Jadi tak dapat nak describe banyak dari segi makanan. Outlet ni sangat luas. Penggunaan glass window yang besar di sekeliling membiaskan cahaya semulajadi dari luar. Siling yang tinggi membuatkan kita tak rasa kawasan tu menyesakkan. Bagi yang bukan penganut agama Islam, bolehlah mencuba restoran ni.

No. 6 : BISOU


Everybody's favourite! Semuanya excited bila nak ke Bisou. Ia terletak bersebelahan Seaweed Club. Bisou menjual pelbagai cupcakes dan cakes yang semestinya manis dan sedap. Rambang mata tengok cupcakes kat sana.


Kami sempat membawa pulang Chocolush Cupcake. It’s a chocolate cake with chocolate cream cheese frosting. Cupcake ni sedap dan tak rasa muak. The texture is not dense and the cream is not too sweat. Recommended. Kalau nak makan kat situ pun boleh kerana ada kerusi dan meja disediakan di bahagian hadapan.

No 7 : SEAWEED CLUB


Sekali pandang menu yang dipaparkan di TV, I ingatkan outlet ni jual sushi. I was wrong. Seaweed Club menawarkan kelainan dalam popiah yang mereka jual kerana popiah tu dibalut dengan seaweed dan dipotong seperti sushi. It looks so good! The menu selection is simple. Ada 4 pilihan yang boleh dicuba : Original, Tuna, Spicy dan Wasabi.


Unlike other popiah, you won’t get chilli sauce here. No.. no. It will be weird. I rasa chilli sauce dan seaweed bukanlah kombinasi yang menarik. Surprisingly, popiah ni sangat sedap sebab sayur-sayuran (fresh cucumber, crunchy carrot, juicy yam bean) yang digunakan sebagai isi popiah sangat rangup. I tak boleh berhenti makan sebab rangup dan sedap.


Tau-tau je dah habis. Recommended!

No 8 : MR CENDOL


We were so thirsty so we decided to try cendol at Mr. Cendol. Outlet ni berdekatan Bisou. Sejarah Mr. Cendol ini bermula seawal tahun 1952 di Sitiawan, Perak. Selain cendol, ia juga ada menjual laksa, rojak, mee rebus dan pelbagai minuman yang lain. Untuk mereka yang lapar, boleh la cuba makan di sana. Dah datang kat Mr. Cendol, mestilah kena cuba cendol! I rasa cendol tu sedikit masin. My group member pun cakap macam tu. We ended up put more palm sugar to cover up the saltiness.

No.  9 : OYSTER KING


O-Chien or Fried Oyster is once made popular by hawkers and coffee shops. Oyster dan lala dalam setiap menu mereka.


Mereka ada beberapa jenis oyster dan lala. So pilih je mana yang korang nak cuba. Kami cuba Fried Oyster yang disebut-sebut oleh orang.


I tak tau macam mana dia masak tapi rasanya macam ada campur telur sikit. Sedap dimakan panas-panas. Bagi yang sukakan pedas, boleh makan hidangan ni dengan kuah cili yang disediakan.

No 10 : SS2 GORENG PISANG


Kalau dah pergi Oyster King, SS2 Goreng Pisang ni sebelah dia je. Ini gerai goreng pisang moden. Dekorasi dia menarik! SS2 Goreng Pisang bukan saja menjual goreng pisang tapi korang juga boleh beli keledek goreng, keladi dan ubi kayu.


Kami mencuba Sweet Glutinous Rice Cake Layer with Yam and Sweet Potato. Tak pernah makan. Rasanya memang unik.

No 11 : NINJA JOE


This is a non halal burger outlet. For a non muslim who wants to try pork burger, this is a place you should go. I didn’t enter this place but I took a photo to give a general view about this restaurant.

No 12 : KO HYANG KOREAN COUNTRY DELIGHTS


Ok, should I write in korean language? Hehehe… korang pun tau I sukakan korean food. I suka sebab makanannya seimbang dan banyak sayur, tofu dan perisa semulajadi. No MSG added. We tried Bi Bim Bap dan Soon Du Bu Ji Gae with Seafood.

Didatangkan dengan nasi dan kimchi


Tengok buku menu, makanan yang dijual di sana boleh dikatakan merupakan makanan tradisi mereka. Malah, Bi Bim Bap tu satu masa dahulu hanya boleh dimakan oleh keluarga diraja. Tapi sekarang ia telah menjadi signature dish orang Korea kerana makanan ini cukup lengkap dan berwarna warni.

No 13 : I LOVE YOO


Felt thirsty again! This is the place that CP had been waiting for. Katanya, air soya kat situ sangat sedap. I Love Yoo memulakan perniagaan pada tahun 2007 dan ia membuka outlet pertama di Pavilion. Memang sedap! Yang bagusnya, gula tidak dimasukkan di dalam air. So lepas kita dapat air soya tu, kita boleh masukkan sendiri air gula yang ada disediakan di kaunter. Korang boleh pilih samada nak air gula putih atau hitam. Rasanya sangat menyegarkan.


I Love Yoo juga ada menjual taufu fa dan beberapa kuih kuih. Jadi bolehlan menjamu selera di sana.

No 14 : EAT AND HAPPY YONG TAU FOO


It’s hard not to notice this place. Satu-satunya outlet yang menjual yong tau foo, ia terletak berdekatan I Love Yoo. Seperti yong tau foo yang kita boleh dapat di luar, outlet ni menjual beraneka jenis homemade yong tau foo seperti fish ball, taufu, cili sumbat dan sayur-sayuran.


Oh my, tak sangka kami berjaya cover 14 outlets dari pukul 11 pagi hingga 4 petang. It was a great experience. I met new people along the way; CP, Shiv, Claudine, Keryi and Kerchi. Met some familiar faces too. Most of all, now I know that 1 Utama Food Street offers so much variety of local favourite delights.




An unexpected goodies for all the bloggers.
Bath towel, RM50 shopping voucher, power bank and pillow.
(Pillow nya tiada dalam gambar sebab Tisya dah ambil).
Thank you!

Salah satunya ialah ONECARD Shopping Voucher. With this voucher, I can register for the 1 Utama’s Loyalty Card for free and get rewarded with endless privileges for shopping, dining, entertainment and parking around Bandar Utama with ONECARD.

-Earn 1 UPoint for every RM1 spent at ONECARD outlets.
-Redeem UPoint like cash to pay for purchases, meals, services and entertainment.
-Enjoy cheaper parking rates
-Exclusive entry to member-only parking at ONECARD Preferred Parking or Platinum Parking.
-Exclusive invitations to ONECARD sale previews, invitation-only events, members-only offers.

Don’t worry, you can still register for ONECARD by paying RM10 fees for one year application. For more information about 1 Utama and One Card, you can click the below links:

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.