Monday, December 31, 2012

Hanya engkau yang tahu, hanya engkau yang mengerti

Some of you dah tau yang I nak beli tiket ke konsert dia. Memang dah minta orang buatkan booking. Tapi sehari lepas tu, I decided not to proceed with my plan. Sekarang, rasa menyesalllll.... nak sangat pergi! Macam mana ye? Ku dalam dilema sangat nie. Tengok la. Mana la tau tiba-tiba dapat pergi pulak.

Sementara tu, I tinggalkan lagu ni untuk korang semua. Powerful vocal, as always. I dapat bayangkan berdiri di stadium, bertepuk tangan dan rasa sangat terharu bila dapat dengar suara pemilik vokal lagu ni. Ramai yang kata tiket konsert tu mahal. Kalau rasa mahal, ambil tiket seat belakang pun takpe. Yang penting, dapat dengar suara dia. Kalau duduk belakang, korang nak berdiri dan menjerit-jerit pun orang takkan marah sebab selalunya, peminat yang sporting berada di seat belakang. Sporting sebab mereka tak kesah tak nampak muka penyanyi depan mata asalkan dapat dengar suara.

Kalau korang dah pernah dengar dia menyanyi live, korang takkan rasa tiket dia tu mahal. Memang berbaloi!



AJARI AKU by Anuar Zain

Ajari aku tuk bisa
Menjadi yang engkau cinta
Agar ku bisa memiliki
Rasa yang luar biasa
Untuk ku dan untuk mu

Ku harap engkau mengerti
Akan semua yang ku pinta
Kerna kau cahaya hidupku
Malamku tuk terangi jalanku
Yang berliku

Hanya engkau yang bisa
Hanya engkau yang tahu
Hanya engkau yang mengerti
Semua inginku….

Mungkinkah semua akan terjadi
Pada diriku

Hanya engkau yang bisa…
Mencintaiku

Hanya engkau yang bisa
Hanya engkau yang tahu
Hanya engkau yang mengerti
Semua inginku….

Hanya engkau yang tahu
Hanya engkau yang mengerti
Semua inginku….

Ajari aku untuk bisa mencintaimu

Friday, December 28, 2012

6 hari dan 61 hari

Itu dia.. countdown untuk Batrisyia mula bersekolah.

6 hari lagi tapi tak rasa apa-apa pun. Mana tak nye. Tak perlu nak sediakan kelengkapan persekolahan dia pun. Cuma nak kena pendekkan seluar dia je. Tu pun jahit jelujur je. Kalau potong, sayang pulak sebab dia cepat meninggi. Nanti sekejap je dah senteng seluar. Kasut tak perlu beli. Beg tak perlu beli. Teacher kata tak perlu bawa beg sebab hanya buku yang ada homework akan dibawa balik dan ia akan diletakkan dalam box folder yang disediakan. Peralatan sekolah macam pencil, pemadam, warna pensil dan sebagainya tidak perlu dibeli kerana semuanya telah dimasukkan dalam yuran dan akan dibekalkan oleh pihak tadika. Cool huh?

Tapi kalau nak bawa beg, bawa la. Tidaklah sampai dilarang langsung. Kot-kot nak standby baju spare. Boleh je.

Batrisyia? Yang dia tau, kitorang kena hantar dan tunggu dia sampai sesi tamat. Yang dia tak tau? Ibu bapa pelajar dilarang untuk stay di situ sampai sesi tamat. Kami hanya boleh hantar je. Kalau teacher tak cakap macam tu pun, memang itu yang I nak buat. Hehehe, taknak bagi muka.

Yes, hari ni mau pulang ke kampung halaman. Dah 61 hari tak balik Seremban. Macam jauh sangat je kan? Jangan ingat I lupa diri. Ada reason di sebaliknya yang I tak boleh kongsi di sini. Jadi cuti sampai New Year dan I nak habiskan masa ni dengan berehat di rumah sepuas-puasnya.

Wednesday, December 26, 2012

Kejutan di CZ12

I suka tengok wayang. Kalau zaman U dulu, pergi tengok sorang-sorang tu dah kira biasa. Movie pertama yang I tengok ialah filem Jackie Chan. Masa tu, pergi satu family. Papa bawa pergi tengok kat panggung wayang area The Store baru. Panggung pun zaman dulu-dulu punya.

Bila Jackie Chan mengumumkan CZ12 akan menjadi filem aksinya yang terakhir, kami anak beranak tak melepaskan peluang untuk pergi tengok. Panggung dipenuhi oleh kaum Cina, Melayu dan India. I guess Jackie Chan ni memang diminati oleh semua bangsa.


CZ12 berkisar tentang seorang lelaki bernama Asian Hawk (Jackie Chan) yang terlibat dengan kegiatan menjual artifak dan misinya kali ini ialah untuk mencari 12 kepala gangsa berbentuk Zodiak Cina. Dia tidak bertindak sendirian sebaliknya mempunyai pasukan yang terdiri daripada seorang wanita dan 2 orang lelaki lain.

We're talking about Jackie Chan here. Semestinya filem penuh dengan aksi dan Jackie Chan memang famous dengan pergerakan aksi yang bersahaja dan menggunakan prop di sekelilingnya. Memang menghiburkan. Tidak ketinggalan beberapa shot yang gagal telah dipaparkan di akhir filem. Dah jadi trademark dia kan?

Filem ni ada aksi, ada humor dan sedikit sedih di hujung cerita. Even Batrisyia pun dok bisik-bisik kat I, "Jackie Chan tu mati ke? Kesian dia darah-darah. Jackie Chan masuk syurga ke?" Errr... tak dapat nak jawab.

Sedikit kejutan untuk I dan penonton lain. I memang tak tau siapa lagi watak utama filem ni. Jadi sangat terkejut bila munculnya pelakon Korea yang I minat. Lepas tu ada kejutan di akhir filem di mana Jackie Chan menjemput 3 orang pelakon undangan untuk jadi pelakon tambahan. Panggung jadi kecoh kejap bila watak-watak ni muncul.

Overall, tak rugi tengok movie nie. Recommended!

Friday, December 21, 2012

Jack Reacher

Dapat 4 free tickets untuk tengok mana-mana movie (exclude 2D & 3D) di GSC Pavilion. Memandangkan tak banyak movie yang best, we decided to watch Jack Reacher.

Tom Cruise... hero tua, bak kata hubby. Ada aku kesah? Hihihi. Takkan nak layan The Hobbit pulak. Tak pasal-pasal Batrisyia boring kat dalam tu nanti.

I tak tau pulak cerita ni diadaptasikan dari sebuah novel bertajuk One Shot by Jim Grant (who writes under the pen name of Lee Child). Actually novel tu ada banyak siri. Boleh check kat sini.

At first, I didn't give a damn about this movie. Tak tau jalan cerita langsung. Yang tau ada Tom Cruise. Tapi pembukaan cerita dah berjaya menarik perhatian I ( 5 murders with 6 shots are done by an expert sniper). Bila seorang tentera dituduh membunuh kelima-lima mangsa, tentera tu tak buat pengakuan (walaupun evidence menunjukkan dia yang buat) sebaliknya dia meminta polis mencari Jack Reacher.

The thing is Jack Reacher is like a ghost. Dia hidup secara sederhana. Tanpa credit card, tiada rumah, tiada lesen memandu. Tiada cara untuk track di mana dia berada. Sesiapa pun takkan dapat cari dia melainkan dia sendiri yang datang kepada kita. Dia hanya akan cari orang yang bersalah untuk dia bunuh.

So kenapa tentera tu minta polis carikan Jack Reacher? Adakah tentera tu bersedia untuk dibunuh olehnya? Apakah motif di sebalik pembunuhan 5 mangsa yang tidak berdosa tu? Kalau nak tau kena la tengok :)

Rasanya, cerita ni ok untuk ditonton. 13PG ye. So sape rasa taknak bawa anak, tak payah la bawa. Banyak adegan tembakan. I bawak Batrisyia tapi anakku pun boring. Dia sampai baring kat lantai pawagam dan sibuk ajak balik. Hehehe.. Dia layan part kejar mengejar je. Ok la nak tengok kehebatan Jack Reacher ni tapi bagi I, jalan cerita sedikit longgar. Motif di sebalik pembunuhan tu tidak diterangkan dengan baik. When we seee the mastermind (Zec), kita macam tak tau kenapa dia buat macam tu, siapa dia yang sebenarnya, mana dia dapat duit (padahal appearance serabai je), macam mana dia boleh buat orang lain tunduk ikut perintah dia. Tu je yang I tak puas hati.

Maybe kena layan novel la kot.

Thursday, December 20, 2012

Fenomane Durian Crepe

Sana sini sebut pasal durian crepe. Kalau kat FB tu, tiap-tiap hari mesti ada kawan post gambar durian crepe. Ada yang makan sampai 3-4 biji sehari. Fuh, memang fenomena luar biasa sedangkan durian crepe ni sebenarnya dah lama famous. Kalau dulu, boleh dapatkan ia kat Mid Valley tu. Tapi mungkin tiba-tiba meletup lepas kak Zalina buat kelas durian crepe. Rasanya la kot.

Kenapa I malas sangat nak buat? Bayangkan nak kopek durian, nak lumatkan isi, nak buat crepe, nak buat adunan custard, nak balut crepe, nak kena sejukkan dulu.... PAYAH BEBENOR! Patutlah harga dia pun mahal. Kalau makan durian, lagi cepat dan fresh! Hehehehe... memang dasar pemalas. Tapi keinginan nak buat tu memang tak dapat ditahan-tahan. Cuma risau bila dah buat sendiri kat dapur, silap-silap I yang makan banyak.

Untuk mengelakkan daripada terbayang-bayang durian crepe ni, I cuba cari info tentang durian. Thanks to Susu Sejat for sharing this info.

 Setiap 100g durian mengandungi kalori sebanyak 147kcal dan 5.3g lemak. 

Fuh, cancel nak buat Durian Crepe. Ada sesiapa pernah kira jumlah kalori dalam sebiji Durian Crepe? Rasanya tak la tinggi mana sebab isinya pun sikit. Kalau makan beberapa biji Durian Crepe sekali hadap, memang tinggi la kalori yang masuk dalam mulut. Tapiiiiiiii, kalau makan durian beberapa biji pun, sama juga hasilnya kan? Hehehe.

I cerita pasal durian sebab malam ni ada orang nak hantar durian ke rumah. 4 biji Mosang King katanya. My favourite tu. Setakat ni, Mosang King memang paling sedap untuk tekak I. Kalau dah melantak durian, jangan lupa bakar balik kalori tu.

Monday, December 17, 2012

6

Alhamdulillah, sempat merasa ulang tahun perkahwinan yang ke-6 semalam. I rasa ia bukan apa-apa sangat hingga perlu celebrate beriya-iya. Kami tak buat apa pun. Hehehe... Mungkin bila dah sampai anniversary ke 10, kita boleh celebrate sikit.

Orang kata, 10 tahun yang pertama itu merupakan fasa menyesuaikan diri. Jika usia perkahwinan berjaya mencapai usia 10 tahun, insya Allah hubungan akan berkekalan. Tapi I rasa tidak semudah tu kerana ada juga kes yang bercerai selepas 20-30 tahun berkahwin.

It's not easy. Ada halangan kecil dan besar yang menanti di sepanjang perjalanan. Kita akan merasa pahit manis perjalanan itu. Kita akan senyum dan ketawa. Sesekali, kita akan bersedih dan menangis tapi kekuatan satu ikatan tu terletak pada kita yang menyimpulnya. Jika kita acuh tak acuh, semestinya ikatan tu mudah terlerai.

I suka baca quotes. Minggu lepas, I terjumpa satu quote tentang love and marriage.

"I have no way of knowing whether or not you married the wrong person, but I do know that many people have a lot of wrong ideas about marriage and what it takes to make that marriage happy and successful. I'll be the first to admit that it's possible that you did marry the wrong person. However, if you treat the wrong person like the right person, you could well end up having married the right person after all. On the other hand, if you marry the right person, and treat that person wrong, you certainly will have ended up marrying the wrong person. I also know that it is far more important to be the right kind of person than it is to marry the right person. In short, whether you married the right or wrong person is primarily up to you" ~ Zig Ziglar 

Does it makes sense to you too? Peringatan untuk diri sendiri juga agar sentiasa beringat.

It's about time to change.

Friday, December 14, 2012

Life is....

Life is an opportunity, benefit from it. Life is beauty, admire it.
Life is bliss, taste it. Life is a dream, realize it.
Life is a challenge, meet it. Life is a duty, complete it. 
Life is a game, play it. Life is a promise, fulfill it. 
Life is sorrow, overcome it. Life is a song, sing it. 
Life is a struggle, accept it. Life is a tragedy, confront it. 
Life is an adventure, dare it. Life is luck, make it. 
Life is too precious, do not destroy it. Life is life, fight for it. 
~ Mother Teresa ~

Thursday, December 13, 2012

Random - One More Night

Woo.. I'm addicted to this song. Masa mula-mula keluar, rasa macam ntahapehapentah. Sekarang mesti nak dengar berkali-kali tiap-tiap hari :)

ONE MORE NIGHT by Maroon 5

You and I go hard at each other like we're goin' to war
You and I go rough, we keep throwin' things and slammin' the door
You and I get so damn dysfunctional, we stopped keepin' score
You and I get sick, yeah, I know that we can't do this no more

But baby there you go again, there you go again, making me love you
Yeah, I stopped using my head, using my head, let it all go
Got you stuck on my body, on my body, like a tattoo
And now I'm feeling stupid, feeling stupid, crawling back to you

So I cross my heart and I hope to die
That I'll only stay with you one more night
And I know I said it a million times
But I'll only stay with you one more night

Trying to tell you "no" but my body keeps on telling you "yes"
Trying to tell you to stop, but your lipstick got me so out of breath
I'd be waking up in the morning, probably hating myself
And I'd be waking up, feeling satisfied but guilty as hell

So I cross my heart and I hope to die (yeah, yeah)
That I'll only stay with you one more night (yeah, yeah)
And I know I said it a million times (yeah, yeah)
But I'll only stay with you one more night (yeah, yeah)

Wednesday, December 12, 2012

Afternoon Tea Party & Bathroom Makeover

Last week telah berlangsung afternoon tea party di rumah. Tetamu yang datang ingatkan I buat sendiri juadah petang tu. Sebenarnya tea party ini ditaja sepenuhnya oleh Coway atas penyertaan I mencuba Coway Bidet melalui program yang dianjurkan oleh Real Women Real Voices.

Hujan lebat petang tu. Mungkin sebab tu ada tetamu yang tidak hadir. Ada juga yang kata on the way tapi tak sampai-sampai. Takpe.... bak kata James, "We just proceed and enjoy all the foods!". That's the spirit. Foods sedap dan sesuai untuk tea party.

Table deco 

Macaron. 
I tak minat tapi yang ni memang sedang-sedang je manisnya. 
Just nice with the peanut butter and vanilla filling.

Mini Fruit Tartlets

Carrot Cake with Cream Cheese Frosting 

Breadsticks with dip

Chocolate Brownies yang sedap! 

Petang tu juga, tetamu sempat dapatkan info mengenai Coway Bidet melalui Cody (Coway Lady) yang hadir iaitu kak Wan dan kak Mas.

Demo di dalam bilik air

Actually, pagi-pagi lagi kami dah get ready untuk bathroom makeover. A few days before, I kena hantar gambar-gambar bathroom kepada mereka. Bathroom I kecil je. Lepas tu memang takde apa-apa sebab baru pindah pun kan. Lepas tu memang takde apa nak di makeover kan kerana dinding pun dah siap-siap tiled wall. So kira memang kosong.. kosong.. kosong. Yang ada pun cuma wall cabinet yang memang dah ada kat rumah sewa dulu. Tu pun hubby pasang ikut ketinggian dia. I yang tak berapa tinggi ni tengok cermin pun tak puas. Dia kata, kalau nak puas kena panjat bangku. Cis!

So bila dapat free bathroom makeover ni, semestinya happy. I beritahu mereka yang bathroom tu kecil so pandai-pandai la buat. Hehehe.. tak membantu betul. Jadi pagi tu Keith dan Fatma dah sampai depan pintu. Wah, macam-macam barang mereka bawa. I tak dapat ambil gambar sebab katanya suprise. I cuma dengar bunyi grill, bau wangi.. wah wah!

Presenting you my bathroom makeover.

OMG! Bila Keith suruh masuk bathroom, ternganga sekejap. Ternganga je sebab awal-awal Keith dah pesan, "Don't shout!" sambil sengih-sengih. Bilik air nampak besar dengan penggunaan cermin besar tu. Memang puas tengok cermin. Lepas tu deco memang cun la. Bau wangi sampai ke luar.

Overall, I had a great weekend!

Monday, December 10, 2012

Big Bad Wolf Book Sale 2012 - my honest review

"Tahun ni nak beli 10 buah buku je. Ok la tu"

Nasib baik I tak cakap "I solemnly swear" kat depan ayat tu. Kalau tak, I dah mungkir janji. Ramai minta buat review. So ni review utk Big Bad Wolf Book Sale 2013.

Ok la, tunjuk hasil pembelian "10 buah buku" dulu.

41 items (termasuk 2 set flash card dan sebuah ensiklopedia)

Pagi tu lepas hantar Batrisyia, I terus ke Mines. Alhamdulillah, jalan tak sesak. Sampai sana sekitar jam 7.30 pagi. Dah banyak juga kereta kat car park. Yang datang tu, ada yang bawa troli macam I, ada yang bawa beg besar, tak kurang juga yang lenggang kangkung tak bawa apa. Lepas tu bila tengok orang lain bawa troli, mereka berbual dengan kuatnya, "Eh, kenapa orang lain beriye sangat?", "Entah la, kena bawa troli ke? Takde plastik ke?".

Kihkihkih.

Masuk exhibition hall, orang dah ramai tapi belum sesak. Pemandangan deretan buku yang menimbun memang buat rasa macam nak rembat semua. 3 juta buku dibawa masuk untuk book sale nie. There's book for everybody! Pilih je mana yang berkenan.

I target Non-Fiction section dulu. Banyak giler novel kat situ. Berpinar mana mencari buku yang sesuai. Mata memang dah tak pandang orang. Instead of masukkan je apa-apa buku kat dalam troli (dan pilih kemudian), kali ni I pilih mana yang I betul-betul nak, lepas tu baru masuk troli. Rasa macam tak elok la kalau kita pilih kemudian, lepas tu malas letak balik kat meja. Ramai yang pilih kemudian, lepas tu letak je kat lantai eventhough terang-terang dah ada banner yang meminta mereka meletakkan kembali buku yang mereka taknak beli ke atas meja kembali.

Sebelah Non-Fiction, bahagian Children pulak. Pun rambang mata nak pilih sebab ada pelbagai jenis buku menanti. Flash card, storybook, activity book, games. Fuh, tak tau nak pilih mana satu. Berkali-kali I sms hubby, minta pendapat dia. Cuma tak banyak activity book for pre-school.


By 11am, I sampai di Cookbook. Wah, tak semena-mena perut terus lapar. So I hantar troli ke storage counter dulu.
Boleh simpan buku di sini sampai malam. Kalau buku tak dituntut,
ia akan dipulangkan semula ke meja

Lepas tu, terus ke Food Court tingkat 1 di mana ada beberapa kiosk dibawa masuk khas untuk pelawat-lawat BBWB menjamu selera. Kat Food Court tu ada KFC, Pizza Hut, Baskin Robin.. erk, ape lagi eh? Ada la beberapa yang lain, tak ingat. Di tingkat 1 ni ada playground untuk kanak-kanak bermain. Caj untuk sejam ialah RM10. Untuk ke Food Court, playground dan toilet, buku tidak boleh dibawa bersama. So korang boleh simpan dulu buku-buku tu kat storage counter. Mereka akan bagi satu nombor untuk kita pegang. So lepas hal lain dah setel, boleh collect balik buku-buku kita kat counter tu.

I teruskan pencarian buku-buku hingga ke pukul 4 petang.
Jamie Oliver. Nak je rembat Jamie at Home tu. Tapiiiii
ada 2 buah buku dia kat rumah. Tak jadi nak beli.

Memang penat giler sebab I pusing hall tu 2-3 kali la juga. Ada je buku baru yang menarik perhatian. Tapi sebab nak ambil Batrisyia, kenalah berhenti. Queue untuk bayar sangatlah panjang. Sedikit slow. Tak macam tahun lepas. Maybe sebab tahun ni ramai yang datang. Walaupun banyak lines dan setiap line ada 2 cashiers, ambil masa juga nak check out.

Nak keluar dari carpark pun ambil masa sebab masa tu dah kira tima orang balik kerja. Jalan kat Mines pun sesak. Makan masa lebih 30 minit juga untuk keluar dari kawasan tu. Agak stress tapi takpe, sabarrrr.

Malam tu pergi lagi sebab mak I minta belikan novel melayu pulak. Rabak lagi wallet :)

Pukul 2 pagi 

Ahaks, ni pukul 11 malam. Minah ni excited giler tengok buku 

Setel! Dah, jangan pergi lagi ke sana.

 Untuk kali ni, ini tips yang I nak beri.

1. Datang masa hari bekerja. I rasa la kot sebab weekend macam ramai je ambil peluang untuk datang. Queue untuk bayar akan jadi sangat panjang. Dah la penat cari buku. Nanti penat berdiri nak tunggu bayar pulak.

2. Kalau datang masa hari bekerja, keluar dari tempat tu sebelum waktu orang balik bekerja. Mines tu jalan utama. Kalau masa orang balik kerja, memang hazab nak tunggu keluar.

3. Or else, park kat luar. So tak perlu beratur macam kereta lain untuk keluar dari car park. Tapi tips ni sesuai untuk waktu malam sahaja.

4. Bawa troli, small bag or luggage bag. You'll never know... sanggup ke ko nak usung kotak ke sana sini? Penat!

5. Tidak dibenarkan makan dan minum di dalam hall. Tapi bawa la air dalam botol. Kalau haus, minum dengan berhati-hati. Jangan sampai tertumpah kat buku pula.

6. Kalau ada plan untuk naik komuter, kemudian menapak ke MIECC, lupakan saja hasrat tu. Jauh beb! Bukan dekat kat berjalan tu. Lain la kalau naik taxi kat stesen komuter.

Harga novel ialah RM8. Harga children book pulak boleh dapat antara RM3 - RM 15. Cookbook boleh dapat antara RM15 - RM30. Oh, total damage for these 41 items is only RM313. Berbaloi-baloi!!!

Thursday, December 06, 2012

Chef kedekut resipi?

Nota : Perbualan adik beradik ni tidak mengandungi ayat kurang ajar. Kalau kedengaran macam kurang ajar tu, abaikan. Kami tulis je camtu tapi tidak benar-benar maksudkannya. Sesungguhnya adik beradik kena saling hormat menghormati.


I can cook. Yes, I can. Tapiiiiii I tak reti masak kari, mihun goreng dan kuew tiau goreng. Mihun goreng dah mula rajin buat. Ye la, kalau tak rajin nak cuba, macam nak nak pandai. Ye tak? Bukan ape tau. Dulu la, mesti ada je yang kurang. Not sure what went wrong. Lately, dah ada improvement kot.

Ok, dah melalut cerita. Ni nak bercerita tentang adik no 3. Anak lelaki pertama dalam keluarga. Orangnya boleh diharap. Paling best, dia pandai masak maggi goreng. Maggi goreng dia memang terbaik!! Kalau dia masak, kelentang kelentung kat dapur sorang-sorang, bau semerbak sampai ke ruang tamu. Bila dia bawa ke depan, ada la sepinggan je kot. Cis, masak untuk dia sorang. Tapi ok la sebab boleh share ramai-ramai. Semua nak mengecek sikit.

Sedapppp!!!!

So ni cerita minggu lepas. I kelaparan kat rumah. Hujan lebat pulak tu. Entah kenapa, teringat nak maggi goreng dia. Lama-lama, tak boleh jadi ni. Kena masak juga. So I smsed dia. Tak boleh call. Kot-kot tengah kerja kan. Orang kerja syif, tak boleh kacau lama-lama.

Me : Tlg bg resipi maggi ko
Dia : Mane ade resipi... letak minyak skit,pas2 masuk bwang,cili api... pas2 sos..maggi rebus siap2..tuang air skit, ltak maggi..last telur
Me : Cili api potong2 ke? sos ape nak kena letak?
Dia : Ptong la... sos cili, n tiram
Me : Bawang kecil ke besar? Hiris ke?
Dia : Bwang besar... xla potong biase je. aku mmg mkn besar2

So dengan rasa confident nya, I pun mula rebus maggi.. potong bawang.. siapkan semuanya. Ye la, dah dapat resipi dari chef 1368. Bila dah masukkan maggi dalam kuali, kacau bagi rata.. I pelik. Apehal tak cantik kaler dia??? Adik I buat kaler mesti gelap-gelap sikit. Ni dah kaler macam angel hair yang mak I selalu masak.

I called adik. I ulang resipi tu. Dia kata betul. Pastu dia gelak-gelak bila I kata kaler tak sama. Dia kata dia tak tau kenapa jadi camtu. Hampa, I tutup api. Angkat!

Rupa macam angel hair mama masak. Rasa pun sama. Tak puas hati, I sms adik lagi.

Me : TAK JADI. ko tipu aku eh?
Dia : Ape la tipu... jap2.. perencah megi tu ko masuk tak?
Me : Bengong ko. tadi takde pun sebut pun perencah maggi dalam resipi! Saja nak sabotaj aku. Adoi, dah keluar dari kuali. Camne nak masuk?
Dia : Haha... dah agak dah.. giler.. nama pun maggi goreng. xkan perencah buang. masuk same dgn sos tadi. adoii.. dah rugi.

I kata "bengong", dia balas "giler". Hahahah... Boleh pulak bahan utama dia tak bagitau suruh masukkan. Patutlah kaler out. Rasa pun tak sama macam yang dia masak.

Wednesday, December 05, 2012

Hidup berdua

Pukul 5 pagi tadi, Batrisyia terjaga dari tidur. I pun terjaga sama sebab terasa dia bergolek-golek di katil. Belum sempat I berhentikan dia, dia terjaga. I tau kenapa dia terjaga.

"Umi, mana abi?". Yups, dia bergolek-golek dan sedar katil tu agak kosong.

Isk, nak cakap straight ke nak tipu? Tipu la. Kalau cakap straight, lagi teruk dia bagi reaksi nanti.

"Oh, abi dah bangun awal. Abi pergi kerja. Tisya tidur dulu ye."

"Taknak! Abi...... mana abi? Tisya nak sayang abi. Tisya nak sayang abi". Dah mula nangis berlagu. Sayang di sini bermaksud nak cium pipi abi dia.

5 pagi dan dia menangis. I risau mengganggu jiran tidur je. Puas pujuk dia tidur. Tak jalan. Entah berapa minit ntah, last-last dia tertidur sambil pegang tangan I. Aiyoo, sedihnya anak aku ni. Sempat dengar dia sebut, "Nak sayang abi".

Tunggu la nak. Nanti jumpa abi Jumaat nie.

9.05 pagi ni, hubby hantar sms.
"Baru sampai Medan".

I'm missing my boo.

Tuesday, December 04, 2012

Excited dapat uniform

Last Saturday ada Parents Teachers Meet kat tadika Batrisyia. Tujuan utama ialah untuk setelkan baki bayaran registration fees, ambil uniform dan dapatkan penjelasan lanjut tentang aktiviti untuk sesi tahun hadapan. Batrisyia la excited kot sebab finally dia dapat cuba uniform dan sport attire.


Uniform tu dia paling suka. Maybe sebab warna kuning. Tudung siap ada soft awning. Lepas tu baju ada butterfly patch. Tudung memang dah ada embroidery kat bahagian hujung. Letak nama setiap pelajar agar tidak tertukar tudung. Untuk uniform sekolah, kami hantar ke kedai embroidery. Senang dah ada nama.


Masa booking dulu, ada 4 pelajar nama Batrisyia. Kali ni, total ada 10 pelajar nama Batrisyia! Inilah masalahnya bila pilih nama popular di tahun 2008. Dalam 10 pelajar bernama Batrisyia tu, hanya seorang sahaja yang menggunakan nama panggilan "Batrisyia" iaitu anak pengetua; Aisyah Batrisyia. Anak orang lain, kena panggil nama lagi satu.Jadi, Batrisyia akan dipanggil Humaira.Dia dah la tak layan sangat bila orang panggil "Humaira" so kami cakap dengan cikgu, kalau dia tak layan, boleh panggil "Tisya".

Malam tadi sudah jadi malam memperaga uniform sekolah. Kena pujuk suruh dia buka. Kalau tak pujuk, mau dia bawa pergi tidur.

Manis!

Sesi akan bermula 3 January 2013. I pulak yang berdebar-debar.

Monday, December 03, 2012

December.. please be nice to me

Rasanya korang pun tahu betapa excited nya I dengan Big Bad Wolf Book Sale. BBWB pada tahun ni akan bermula Jumaat ni. Awal-awal I apply leave sebab I nak masuk sana tepat 9 pagi. Basically, this is my schedule for that day. Awal-awal dah set plan camni.

6.45 pagi - Keluar rumah. Hantar anak ke taska.
7.00 pagi - Sampai di taska. Then, terus gerak ke MIECC. Bersarapan di mana-mana yang sempat.
9.00 pagi hingga 4.30 petang - Beli buku sampai penat. Lepas tu ke Mines Shopping Centre untuk late lunch.
6.00 petang - Ambil anak.

You see. Tahun lepas I pergi sampai pukul 2 petang sahaja. Rasa tak puas nak melepak kat sana. So tahun ni nak pergi lama sikit. Sape yang dah pergi di tahun-tahun sebelumnya, memang ada rasa macam tu. Bila ada banyak sangat buku depan mata, semuanya murah-murah.. memang korang tak tau mana nak beli.I bajet nak beli 10 buku sahaja. Tu bajet sahaja ye. Tapi bawa extra money sebab takut hilang kewarasan kat sana nanti :p

Bulan December ni, ada beberapa event yang I sangat nantikan. Bermula dengan BBWB hari Jumaat, Real Women Real Voices Coway Tea party bakal menyusul hari Ahad nie. Fully sponsor by Coway. I cuma jemput tetamu je. Tu pun ramai yang tak RSVP but it's ok. Siapa yang datang je la kan? No hard feeling.

Kemudian, I berjaya masuk slot demo Durian Crepe di Bzee Cake. Resipi durian crepe memang boleh ambil di Internet tapi resipi dari Chef Zalina ni memang masih belum bocor di Internet. Dengarnya, resipi dia memang lain kerana tidak menggunakan langsung tepung gandum. Sebaliknya dia gunakan 6 jenis tepung dan hasilnya, crepe lebih halus mulus dan tidak pecah. Vavava.... I teringin sangat nak dapatkan resipi dia. Date demo kali ni pun cantek sangat sebab I takde hal lain.

Diharapkan bulan December ni boleh menjadi penutup yang baik untuk tahun 2012. Amin...
 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.